December 25, 2025

Budak Tahun 3 Belum Pandai Membaca

Bismillah, 
Assalamualaikum




Zaman sekarang, ini adalah kenyataan yang paling ditakuti oleh mak-mak..sedangkan mak-mak yang sekarang ni sudah pastinya diorang sekolah dulu pun 2 x 5 belum pandai membaca tahun 3, termasuklah yang tengah menaip ni hihih tapi itu dulu mak oi, dulu tak wajib pun masuk tadika, lompat terus masuk tahun 1, time tu lah cikgu baru ajar murid, ok anak-anak jom kita menyanyi lagu abc, time tu masuk sekolah untuk pandai, sekarang ni dah lain bos ku, kena pandai dulu baru masuk sekolah..

tapi betul ya, berlaku di area tempat sha tinggal memang ada beberapa budak aliran perdana masih belum pandai membaca, malah tidak dapat menguasai 3M, di manakah silap nya? adakah ibu bapa yang membiar dan mengharapkan cikgu yang mengajar si anak atau cikgu sambil lewa??? ish ish ish..mana la bah cikgu mampu mau ajar dekat 40 orang murid setiap kelas, hilang fokus, sekejap "cikgu mana pensel ku?'' sekejap ''cikgu c anu bah pukul aku..'' 

tapi biasanya sekolah akan asingkan murid yang belum menguasai 3M tapi untuk tahun 1 sahaja, tahun 2 dah boleh pergi kelas masing-masing tapi bila difikirkan balik takkan suda diasingkan, masih belum menguasai kan?

ibu bapa la mainkan peranan sebenarnya, masa bersama dirumah lebih banyak dari di sekolah..kesian dekat anak yang tak pandai membaca, bukan saja tak tahu, tapi akan selalu diejek oleh rakan lain..

sini sha ada share tips ajar anak membaca -> Baca Di Sini <-

anak sha sulung tu sha memang push dia sebelum tahun 1 kena pandai membaca, menangis jangan cakap lah, tapi akhirnya dengan bahasa english sekali dia pandai baca, cuma nda la dapat anugerah, tak apa yang penting dia dah buat yang terbaik dah cukup..biasalah budak tahun 1 lelaki lagi, kuat main hihi

anak sha kedua ni up sikit 5 tahun dah pandai membaca, so tahun depan boleh fokus perbaiki tulisan dan baca english, biasalah gugurl cepat sikit progress nya..tapi syukur alhamdulilah dekat pra dia antara top 3 pelajar terbaik 5 tahun..ajar dia sama cara dengan abang nya.

terfikir sha nak buka tuisyen nak ajar anak-anak yang tak pandai membaca tapi takut tahap kesabaran 'terlalu tinggi', anak orang beb hihi maklumlah cita-cita nak jadi cikgu hihi tapi tak kesampaian pula

apapun sama-samalah kita peka dengan pendidikan anak-anak ..at least pandai membaca..

Happy Birthday Dan Happy Anniversary 2025

Bismillah, 
Assalamualaikum


Bulan 12 memang bulan dua kali makan kek, hihi bulan disember merupakan bulan kelahiran sha, sha pilih juga tarikh perkahwinan pada bulan yang sama supaya kepuasan betul kita makan kek, asi bah kan haha...sebab dua-dua juga mulai-mulai sudah gemuk, jangan-jangan sebab makan kek? haha, alhamdulilah untuk umur yang telah dipanjangkan oleh Allah, sikit lagi mau sampai 40an, jangan la kamu teka-teka berapa umur sha, tua sudah juga ni, itu muka saja masih muda atching..hahah
favourite place kami untuk celebrate, adalah Secret Recipe, apa lagi mau sambut-sambut, nda suda ngam dengan umur kalau mau berparty lagi haha, husband bawa makan di SR pun cukup bersyukur suda..maka makan kek saja pun happy suda..tapi sekali sekala bah kan..apa lagi, order lah makanan yang sedap-sedap. 


alhamdulilah untuk 8 tahun bersama, bertepuk tampar, kawan bergaduh, yang balik-balik merajuk, yang selalu bersubahat dalam hal-hal tersembunyi haha, 2920 hari tidak jemu bertentang mata, nda bosan melihat karenah masing-masing, ditambah lagi karenah sepasang anak yang ada istail dorang sendiri, nah cukup sudah jangan lagi ditanya tambah-tambah anak ah awas..cukup sudah dibagi sepasang haha.. 



hayati lah beberapa keping gambar yang sedang ikut peredaran masa dan saiz badan haha, ternyata yang paling besar itulah gambar yang terkini..inilah yang dikatakan kurus bersama, gemuk bersama..tak apa guys makan tetap diteruskan cuma kawal gula hihi nasihat dari org yang obes, obeslah sebab sha pendek ja..so rajin bersenam hahaha..

terima kasih husband sebab tahun ni banyak bawa jalan-jalan, pusing-pusing Sabah, sampai ke KL husband bawa jalan walaupun hanya oustation haha..sha dah 10 tahun tak ke sana, kali ni bawa anak sekali..yang itu bagi sha cari idea dulu mau taip apa di entry tu..apapun happy birthday untuk diri sendiri dan happy anniversary untuk sha dan suami...semoga yang disemogakan, dimakbulkan..amin :)







November 23, 2025

Majlis Apresiasi Pra Sekolah Sk Sungai Manila 2025

Bismillah, 
Assalamualaikum


Isnin lalu, pra sekolah anak sha, adakan majlis apresiasi, dah lama plan start pertengahan tahun, jadi boleh lah ibu bapa prepare duit untuk majlis yang diadakan di Hotel Sabah ni, RM100 untuk murid dan 1 penjaga,  walaupun eshal baru 5 tahun, sha bagi juga dia join ambil pengalaman, abangnya pun tadika 3 tahun tiga-tiga tahun juga sha bagi dia naik pentas, alhamdulilah, ini pengalaman pertama eshal naik pentas pakai baju convo..



eshal walaupun dia 5 tahun tapi dia aktif join persembahan dan pertandingan kali ni untuk majlis apresiasi dia join dikir barat, tu yang baju nya lain. semangatnya mahu pergi sekolah tu dari awal persekolahan sampailah dah nak habis sekolah ni balik-balik tanya hari ni sekolah ka tidak..harapnya sampai kebesar la ya.


ini sesi bergambar, ibu bapa boleh pergi, cuma baba dorang ni time tu ada kerja di kk, so sha ja yang pergi, abang nya ni sha jumpa time merayau disekolah..alahai anak..dah serupa bekerja di ladang pula kotornya tu, sha tak perasan pula kasut dan seluar abang tu kotor betul hihi..umie eshal dan fyirdhan dah macam adik dan kakak pula hahaha..

 


untuk harga RM100 dengan menu masakan yang dihidangkan sha memang puas hati, makanan dan kuih muih sedap betul..walaupun meja kami ramai orang tapi percayalah tak habis juga makanan ni hihi..


tahniah eshal dapat anugerah kreativiti dan estetika, actually semua murid pun dapat hihi cuma lain-lain anugerah lah..


al kisah dah tempah awal bouquet ni dekat orang lain tapi, ntah lah dimana silapnya last minit nak ambil dia berdiam diri, nasib ada jual dekat luar, harga pun murah RM15, bolehlah untuk menyemarakkan majlis bergambar, ada juga gambar dari photograper tapi belum dapat nanti sha update sini.

tahniah sekali lagi eshal dan kawan-kawan dari pra bijak 2025
pra sekolah sk sungai manila :)










August 24, 2025

Menginap di K Avenue KK, Hotel Moden di Tengah Bandaraya Sabah

Bismillah, 
Assalamualaikum


Cuti sekolah semakin dekat, kalau korang sedang merancang percutian ke Kota Kinabalu, Sabah dan masih tercari-cari tempat penginapan yang selesa, moden serta mampu bayar, sha syorkan korang wajib try menginap di K Avenue Hotel. Asal sha dan family pergi KK, kami sudah 3 kali menginap di sini, dan secara jujurnya, ia satu pengalaman yang sangat memuaskan.

๐Ÿ’ฐHarga Berpatutan

Datang KK bercuti mestilah kita nak penginapan yang murah-murah saja, save bajet la katakan, kalau korang nak tahu penginapan K Avenue ni harga dari RM100 sampai ke RM200 mengikut jumlah orang yang menginap, kalau 2 dewasa boleh dapat RM100 - 1 queen bed. Baru-baru ni sha pergi sekali dengan mertua, dapat harga RM150 - 2 queen bed, ada pilihan lain juga macam 1 rumah tu ada 1 bilik, ada yang 2 bilik tapi yang sha selalu booking ala studio, so tiada bilik, harga juga bergantung kepada hari korang menginap, hari biasa ada murah sikit, sabtu ahad lain harga.

๐Ÿ›️ Bilik yang Selesa & Bersih

Bilik di K Avenue ringkas tapi moden, fasiliti asas lengkap, ada TV, WiFi percuma, penghawa dingin, serta meja kerja sesuai kalau korang jenis suka bekerja dalam bilik atau sekadar mahu bersantai. Juga disediakan katil, almari dan tandas. Di setiap bilik juga lengkap di sediakan mini kitchen; pemanas air, microwave, peti sejuk, piring, gelas dan sudu.

Mostly, sha suka dekorasi minimalis pada bilik, warna dinding lembut, pencahayaan cukup. 

๐Ÿ‘ Staf Mesra & Servis Pantas

Pengalaman check-in dan check-out sha di sini sangat lancar. Staf kaunter sangat mesra dan membantu, cuma jangan lewat check in, takut lambat pula korang tunggu di lobby sebab diorang ada waktu rehat dalam jam 9-10 malam. Sha suka tengok lobby nya memang cantik apatah lagi lampu sangat nampak exclusive. Di setiap lobby juga ada tandas bersih dan selesa. Ada 3 tower ya. 





Fasiliti yang lain

Anak-anak sha memang suka menginap di K Avenue sebab swimming pool.. cuma diwajibkan pakai baju renang. Paling best berenang waktu pagi, cuaca tidak panas, lagipun tak ramai orang, start jam 8am-8pm kepuasan anak berendam. Ada juga playground disediakan, sauna kering dan basah, laluan batu refleksologi, bilik mainan lego dan gym semua fasiliti ini berada di tingkat 3 percuma untuk semua yang menginap. Berdekatan kawasan K Avenue ada juga dobi dan pelbagai tempat makanan dan kedai 24jam.






Yang tak bestnya, korang kena parking kereta luar dari kawasan, kadang menyusahkan jugalah sebab kena jalan jauh dari parking, tapi ok apa boleh bakar lemak haha, kalau nak parking dekat, ada yang free itu pun first come first serve, ada juga yang berbayar kalau sha tak silap 1 hari RM30.

Booking di mana? sha booking awal melalui whatsapp, tapi boleh juga booking online melalui booking.com atau agoda tapi biasanya ada cas lebih untuk cleanning service. Untuk deposit RM100 akan dikembalikan selepas check out, korang kena hati-hati di facebook banyak scammer. Untuk contact staff homestay K Avenue boleh contact sha..

Penafian : post ini hanya suka-suka dan tidak berbayar. 

August 22, 2025

Anak Jatuh di KAFA: Apa Sebenarnya Berlaku?

Bismillah, 
Assalamualaikum



Pada hari rabu yang lalu, anak sha, Fyirdhan pergi ke kelas KAFA seperti biasa, jam 7 pagi, sha dan adiknya hantar sampailah dia masuk ke dalam masjid, jadi sha pun balik, bila tiba dirumah, sha terkejut ustazah yang mengajar di KAFA menelepon sha, memang sha sudah syak mesti ada hal yang berlaku ni kalau sudah ustazah nya sendiri menelepon, dan betul ; anak sha yang baru dihantar tadi jatuh dengan kesan darah di baju. Sebagai mak, sha terfikir juga macam mana boleh jatuh sampai berdarah?

Jadi, sha up entry ini bukan untuk menyalahkan sesiapa tapi untuk berkongsi apa sebenarnya telah berlaku pada anak sha dan apa yang kita sama-sama boleh ambil dari kisah ini sebagai pengajaran. 

Kronologi Kejadian

Selepas sha hantar anak ke KAFA di Masjid, dia dan kawannya pergi ke kedai untuk membeli makanan, dalam perjalanan balik ke Masjid, Fyirdhan dan kawanya berlari sampaikan Fyirdhan terjatuh masuk dalam longkang yang sepatunya bertutup tapi pecah, kata Fyirdhan dia termasuk dalam longkang dan ditarik keluar oleh kawannya yang berlari tadi. Kesan dari jatuh tadi, kakinya biru dan kepalanya luka, mungkin terhantuk bucu simen yang pecah.

Kata Ustazahnya, dia dan kawannya ada minta kebenaran keluar untuk membeli makanan dan ustazahnya benarkan juga. Selepas masuk Masjid, dia tengok fyirdhan berlumuran darah dan kepalanya ditutup dengan kopiah. Dia bergegas menelepon sha dan memberitahu yang dia akan bawa sha sekali untuk pergi ke klinik berhampiran untuk rawatan lanjut. 

Tapi time tu sha belum mandi lagi, jadi sha cakap dekat ustazah biar sha sendiri hantar Fyirdhan ke klinik lagipun luka tadi tidaklah teruk yang sha sangka kan, namun perlu di periksa juga memandangkan lukanya di kepala.

Selepas Kejadian

Sha hargai sikap ustazah yang pantas dalam mengendalikan situasi sebegini. Namun dalam masa yang sama, sha tak dapat menafikan bahawa kejadian ini sedikit sebanyak menggusarkan hati. Lagi-lagi bila mana ianya mengakibatkan kecederaan seperti ini.

Selepas kejadian tersebut, suami sha bercadang untuk tidak hantar Fyirdhan ke KAFA buat sementara ini, sebelum dia bersua muka dengan ustazahnya berkenaan kejadian ini memandangkan waktu kejadian berlaku adalah tempoh pengawasan pihak KAFA yang mana tidak sewenangnya membenarkan anak-anak murid keluar hanya untuk membeli makanan. Tapi itu yang sha dengar dari anak sha, dan sha belum lagi menanya mengenainya dengan ustazah tersebut, mungkin perlu masa untuk atur tutur bicara untuk memastikan perkara ini tidak bernada emosi. 

Cadangan yang perlu di ambil kira

Niat sha bukan untuk memburukkan mana-mana pihak KAFA, dan sha percaya tiada siapa mahu perkara seperti begini terjadi, tapi sebagai ibu bapa, guru dan pengurusan, rasanya kita patut peka dengan keadaan sekeliling..melihat dari aspek keselamatan, dan sha cadangkan tiada anak murid yang keluar dari masjid semasa pembelajaran bermula, pastikan kunci pintu dan pagar masjid, sebab sha pun tahu ramai murid di KAFA jadi mungkin kurang pengawasan.

Hal ini juga, sha tidak mahu berlaku kepada anak murid yang lain, bayangkan jika masih diberi kebenaran untuk keluar dan tidak balik ke KAFA, hilang atau dilanggar kenderaan memandangkan masjid berada dekat dengan laluan kereta, Allahuakhbar..minta dijauhkan

Sha bersyukur juga sebab kecederaan anak sha tidak serius. Tapi kejadian ini tetap menjadi satu pengalaman yang membuka mata. Moga insiden ini menjadi titik tolak untuk kita lebih peka terhadap keselamatan anak-anak di mana-mana institusi, termasuklah KAFA.