July 9, 2012

Pendakian ke Bukit Botak Part 1

Semula jam 7 kami telah berkumpul untuk pembahagian kumpulan, makanan dan ceramah tentang pendakian..
ni sebelum pendakian..cute ja kan

ambik mood dulu, bergambar dengan classmate

semangat nak daki bukit

Di sepanjang pendakian ada 5 check point, semua 10 group, kami adalah group yang terakhir..ada dua jalan yang kami akan lalui..means 5 group akan lalui jalan pertama dan 5 group lagi akan lalui jalan kedua..dan memang akan bertembung, jalan sempit dan curam, ada risiko untuk jatuh..

Check point 1 : tibanya kami di check point inim ada tugasan yang perlu kami selesaikan..iaitu voting new leader..simple ja..hehe..perlukan pengurusan yang baik dan new leader yang bertanggungjawab..dan ini adalah new leader kami

memang ngam dengan saiz badan

Check point 2 : kami di uji dengan kelengkapan mengusung kawan yang sakit/penat ke check point ke 3..memang susah sangat sebab jalan agak sempit dan curam

ini adalah komender yang bertugas

mempersiapkan usungan dalam masa 5 minit

jejaka yang mencari kayu

sesi mengikat

sesi melihat

selesai..dan mangsa usungan adalah baju merah sebelah sha tu..

Nasib ja dia yang sakit, senang sangat nak usung..ringan..meskipun begitu, lelaki tetap susah nak angkat sebab curam sangat..alhamdulilah kami sampai ke check point ke 3..nak tahu apa yang kami buat di check point ke 3..tunggu entry seterusnya..

7 comments:

  1. dulu mnt gak mendaki..sekarang..minta maaf ler...kuat stamina yer..ialah masih muda kan..

    ReplyDelete
  2. bestnya.. terkenang masa dolu2 bila baca ni ^_^

    ReplyDelete
  3. Bestnya mendaki Bukit Botak,tp nak mendaki2 nie mesti ada stamina kuatkan....

    ReplyDelete
  4. bestnya.. dah lama rasanya akak pencen dalam daki mendaki ni.. tu pun dulu masa sekolah menengah jak tu.. sekarang ni memang nda lagi la.. hehehehe

    ReplyDelete
  5. Nasib bek bukan team leader yang sakit ek? Lol. Juz kidding.

    ReplyDelete
  6. lame dah tak buat aktiviti mcm ni.. rindunya...

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)