September 13, 2017

SEGMEN SUAI KENAL BLOGGERS SELURUH MALAYSIA

Segmen Suai Kenal bloggers Seluruh Malaysia | Assalamualaikum dan salam suai kenal, segmen kali ini, blogger sofie nak ajak korang untuk suai kenal dengan blogger seluruh Malaysia, semangatnya sha nak tulis tentang diri sendiri, boleh capai 300 patah perkataan dalam Tips SEO :) Jom join Segmen Suai Kenal bloggers Seluruh Malaysia



Nama sha ikut IC, pasti semua orang dah tahu kan, Sharina Binti Saimon, pendek dan ringkas sahaja, senang bakal suami nak lafaz nikah nanti haha, Sha lebih senang bila orang panggil SHA, tapi ada beberapa kawan rapat panggil sha dengan nama CHANG, sebab sha suka tengok Korea, walaupun sha berbangsa Dusun, dengan Korea tidak jauh bezanya haha.

Sha anak ke 4 dari 8 orang adik beradik, sha merupakan anak bongsu perempuan, dimana keempat-empat adik sha adalah lelaki. Sha telah kehilangan ayanda tersayang pada tahun 2012, namun dia masih dihati kami :)

Sha adalah anak kelahiran Negeri Dibawah Bayu, Sabah. Lahir di Tawau, membesar di Sandakan dan sekarang kerja di Kota Kinabalu. Sha kerja sebagai Guru Tadika, alhamdulilah, akhirnya cita-cita sejak kecil untuk menjadi pendidik, tercapai dengan aturan Allah, meskipun sha bukan dari bidang pendidikan, tapi Allah bagi sha peluang untuk merealisasikan impian sha.

Sebelum memulakan langkah Diploma dalam bidang Pengajian Perniagaan di UiTM Sabah, sha pernah mengambil Sijil Teknologi Komputer Sistem di ILP Sandakan, namun tidak dapat menyambung pembelajaran ke peringkat seterusnya disebabkan tempat berkenaan jauh. Malah mengubat hati yang kecewa dengan menyambung ke Universiti awam UiTM dihatiku..hihi.

Sha mula berkecimpung dalam dunia blog pada 26 September 2010, kenapa sha pilih OPZZPINKY? actually perkataan opz itu adalah dari kedai pakaian di Sandakan (sekarang dah tutup) asal ja sha masuk, rasa macam terpanggil untuk sebut nama kedai tu, limpas (lalu) pun terus orang senang baca nama kedai tu, bila sha terfikir untuk menamakan sesuatu dalam jangka masa yang panjang, maka Opzzpinky adalah jawapannya, dan korang tahu kan, sha memang minat pink gila-gila haha.

Sedihnya, blog terpaksa bersawang pada tahun 2014 akibat putus cinta yang teruk, dasyat kan? tapi sekarang dah fully recovered, namun masih gagah sampai sekarang walaupun mood sekejap ada, tiadanya begitu lama, hihi dan sha masih ingat blogger kegemaraan sha sejak awal berblog sampai ke hari ini adalah Blogger Lyssa Secret.

Azam sha untuk dunia blogging ini, sha nda (tidak) perlu dikenali ramai orang untuk menjadi seorang yang popular, cukuplah, kandungan dalam blog sha memberi manfaat kepada pembaca, malah untuk rujukan masa depan. Bolehlah kongsi pahala sama-sama kan :)

Untuk menyertai Segmen ini,
sila klik>>Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia<<klik

18 comments:

  1. comelnya blog. Hihi, selamat kembali ke dunia blogging,dan selamat bersegmen.

    Salam kenal,
    Mai,
    www.missobsesi.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. Boleh tengok kat sini senarai peserta untuk blogwalking dan berkenalan - http://www.sofinahlamudin.com/p/peserta-segmen-suai-kenal-bloggers.html

    ReplyDelete
  3. welcome back Sha..Umi jengah bw dulu..nanti2 boleh join

    ReplyDelete
  4. Dah tahu serba sikit pasal sha. Nak join jugaklah nanti.. hehe

    ReplyDelete
  5. hihi..salam kenal kak sha.. best pulak baca.. i love this segment..jap lagi mau join..

    ReplyDelete
  6. Salam singgah sini dik Sha...tempat lahir kita samalah dik Tawau dan membesar di Sandakan...cuma keja lahir..akak masih juga d sandakan...hihi

    ReplyDelete
  7. eh eh putus cinta 2014...siannya sha..tapi semoga bertemu cinta sejati

    ReplyDelete
  8. kak pip belum sempat join lagi segmen ni, nnt akan join juga insya allah ...
    mak oiii, pasal putus cinta terus blog bersawang? lepas ni no more sawang2, sayang byr domain kan ..hehe...all the best Sha ...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Sha..salam perkenalan daripada akak..nama blog awak memang unik skali dan akak suka pd namanya.. 😊.. akak pun dah join segmen nie..

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/09/segmen-suai-kenal-bloggers-seluruh.html

    ReplyDelete
  10. Hai Sha geng pink! Dah lama kenal kan kita :)

    http://www.azhafizah.com/2017/09/segmen-suai-kenal-bloggers-seluruh.html

    ReplyDelete
  11. Salam kenal sis Sha 😄😄 Nak join jugak segmen ni. Blogging dah lama tapi baru nak aktif balik.

    ReplyDelete
  12. SEGMEN SUAI KENAL BLOGGERS SELURUH MALAYSIA
    1. Pengumuman ke-4 = http://www.sofinahlamudin.com/2017/11/pengumuman-4-segmen-suai-kenal-bloggers-seluruh-malaysia.html
    2. Selamat berkenalan = http://www.sofinahlamudin.com/p/suai-kenal.html

    ReplyDelete
  13. Salam kenal sha. Sama la kita. nak kembali aktif blogging balik. singgah sini arini

    https://gadistudungbunga.blogspot.my/

    ReplyDelete
  14. Putus cinta? hehe..baiklah, move on 2018 hehe..

    http://www.elihjapahar.com/2017/11/segmen-suai-kenal-bloggers-seluruh.html

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)