Giveaway Azam Baru 2018 By Elihjapahar.com

Giveaway Azam Baru 2018 By Elihjapahar.com | Assalamualaikum, selamat tahun baru 2018 hihi, memang teringin mahu buat entry mengenai AZAM BARU, almaklumlah sudah masuk pengakhiran bulan Januri 2018, tapi masih belum tentu apa azam untuk 2018, eh penting kah azam ni? eh, Bro Elih ada buat Giveaway ni, ada juga asalan untuk melalut pasal azam 2018 haha.

Klik banner kalau mau join ya

Menjangkaui usia ketuaan ini, haha, bagi sha azam itu sangat penting, kerana disitulah kita boleh lihat bertapa usaha untuk menjadikan ianya berjaya ataupun tidak, tapi persoalannya disini, adakah azam yang lama sudah tercapai? ermm..cuba korang ingat balik apa azam korang tahun lalu? 

Secara jujurnya sha mula ada azam pada tahun 2014, masa itu, sha baru habiskan pengajian di Uitm dan secara tidak langsung ini adalah antara salah satu azam sha, dimana kepayahan mendapatkan segulung kertas yang luar biasa setelah berhempas pulas keberadaan dimenara gading.

2015, sha mengimpikan berada di puncak Gunung Kinabalu, dimana sha telah kecundang untuk merealisasikan azam tersebut, tapi sha bangkit untuk membuktikan azam itu bukan untuk dilepaskan, akhirnya pada 2016 sha terjaya tawan puncak Gunung Kinabalu, terasa sha begitu hebat jika punya azam hihi..

Agak pelik azam ini, tapi alhamdulilah 2017 merupakan tahun tamatnya zaman bujang sha, status cik sudah bertukar puan hahaha, sha tidak begitu yakin untuk dapat kahwin pada tahun 2017, disebabkan banyak sebab yang berlaku, tapi itu tidak membataskan sha dan suami untuk capai azam gila-gila sha ini hihi nak kahwin azam yang gila-gila kah??..tapi suami sha langsung nda tahu bahawa azam sha pada tahun 2017 adalah kahwin hahaha..

Apa azam sha di Tahun 2018? memandangkan azam sha ditahun yang lepas tercapai dengan jayanya, terutamanya part kahwin tu, haha, maka dengan itu, tahun ini sha berazam kalau ada rezeki, sha nak dapatkan baby pula..hihi part ini, berserah pada kekuasaan Allah yang maha berkuasa, kita hambaNya teruskan berusaha, sha yakin sangat-sangat bila rezeki itu atas nama kita, cepat atau lambat, ianya tetap milik kita..hihi

Jadi apa azam korang?

19 Comments

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

  1. Waahhh! Tahniah kerana azam 2017 dah tercapai. Semoga tahun ini dikurniakan cahaya mata buat Kak Sha dan suami :)

    ReplyDelete
  2. Aamiin..moga impian 2018 tu tercapai..hehe

    ReplyDelete
  3. Semoga tercapai azam 2018 tu. Good luck ye.

    ReplyDelete
  4. Good luck sha. Semoga azam 2018 ni tercapai. Usaha, doa, tawakal.insyaAllah ada rezeki buay sha.

    ReplyDelete
  5. Dari segmen yg sama, gudluck sis :)
    https://herlittlehome.blogspot.my/2018/01/giveaway-azam-baru-2018-by.html

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah. semua azam tercapai!
    aida ni tak pernah ada azam yg statik hi hi hi...
    tapi thn ni ada tau.
    aida join jugak giveaway ni. sebab tu la ziarah blog Sha ni :)
    http://www.adianiez.com/2018/01/giveaway-azam-baru-2018-by.html
    moga sha dikurniakan anak yg comel dan cerdik pintar :) aminnn...

    ReplyDelete
  7. all the best sha. alhamdulillah =D ju dtg melawat sini dan masih karang draft utk GA ni =D

    ReplyDelete
  8. All the best sha! Bestnyaaa dah kawennnnn. Doakan ayu menyusul. Hehehe

    ReplyDelete
  9. Salam perkenalan. Tahniah, selamat pengantin baru. Semoga azam 2018 tercapai, pasti hidup lebih meriah dan bahagia dengan kehadiran cahaya mata.

    ReplyDelete
  10. Selamat pengantin baru, nampaknya tercapai azam tahun lepas. Tahun ni pasti dimurahkan rezeki. Amin.

    P/s: Thanks join GA ni, semoga berjaya nanti ya..

    ReplyDelete
  11. Semoga berjaya tau mncapai azam ni. Semoga setiap yg dilakukan, membuahkan hasil dan dipermudahkan.

    ReplyDelete
  12. macam best je azam tawan gunung kinabalu tu..semoga semua azam tahun ni tercapai..amin

    ReplyDelete
  13. wahhhh. inshaaAllahhhh kalau ada rejeki moga dapat baby yang sihat dan sempurna fizikal aminn :D

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah dah dapat capai azam 2017.
    Semoga dapat capai azam 2018 pulak ye

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum... semoga rezeki dapat anak sis tahun ni, insyaAllah... :)

    ReplyDelete
  16. Aamiin..semoga tercapai hajat tahun ni dapat anak ye :)

    ReplyDelete
  17. good luck dengan azam tahun baru ini :) inshaAllah klau ada rezeki, baby akan datang XD

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Previous Post Next Post