Alhamdulilah, I'm Pregnant

Alhamdulilah, I'm Pregnant | Assalamualaikum, sujud syukur kepada Allah, walaupun usia perkahwinan sha dan suami baru sebulan lebih, inai dijari pun belum hilang lagi namun rezeki itu tidak pernah salah alamat, bagaimana cara sha mengetahui yang sha sedang pregnant? mari sha nak sharing hihi..*excited mommy to be*

Belum sebulan sha bergelar isteri, mood honeymoon masih ada, namun simptom mengandung sangat ketara, antaranya mual, pening, sakit bahagian breast, kerap kencing, perut cramp dan lain-lain lagi, tersangat nda selesa pada awal perkahwinan, sha selalu mengadu sama suami, dia pun hairan, sebelum kahwin jarang betul sha ada sakit sebegini. Jadi dengan hati yang curious, sha pun cari dekat internet, blog banyak membantu,  hampir setiap hari sha google sakit yang sha alami, dan semua jawapan menjurus kepada simptom PREGNANT, "eh nda akan lah aku pregnant, awal sangat kali" itu ja ayat sha selalu cakap dalam hati, bila bagitahu suami tentang perkara ini, dia jawab "nda mustahil, Allah bagi rezeki awal"


24/1/2018 - Sha suruh suami beli pregnancy test dekat farmasi, sebab curios sangat dengan tanda-tanda yang sha alami sejak kebelakangan ini. Lagi ketara apabila sha gemar makan asam boi cicah dengan limau kasturi pada waktu malam, suami sedang kusyuk dibuai mimpi sha merata benda masam seorang diri haha, sedap owww. Jadi, sebelum solat subuh sha sudah siap-siap kencing dalam bekas, sebab excited betul mau test air kencing buat kali pertama hihi. Lepas suami pergi kerja, sha buat pregnancy test sorang-sorang sebab takut harapan untuk punya anak kecewa depan suami hihihi..sha terus titis air kencing 3 kali pada pregnancy test tadi, kemudian kelihatan 1 line warna merah pada alat tersebut, dalam kepala otak sha, pregnancy test ni kena ada 2 lines baru dicop mengandung, "ok fine, 1 ja pula line yang keluar" dengan nada kecewa sha tengok kotak pregnancy test tu, "eh kejap dia bilang mau tunggu 5 min baru result ada, adehh excited punya pasal bah ni haha" the result showed me 2 lines, 1 line sangat terang dan 1 lagi nda betul terang, macam samar-samar (macam dalam gambar diatas), jadi sha pun dengan rasa excitednya pergi tanya my bff, "tahniah sayang, pregnant sudah kau tu", terus terkaku, Allah mendengar doa sha dan suami.

Sampai ja tempat kerja, suami whatsapp sha tanya result, terus sha kasih tengok dia gambar pregnancy test, dia bilang belum ada rezeki, "astaga b, 2 line bah tu" hahaha suami sha macam nda percaya sebab yang satu line nda clear kan, so dia sudah tanya cousin nya yang juga seorang doktor, dia bilang test balik hari ahad, sebab time sha test pun period baru 1 hari missed, jadi memang baru lagi la kan..adehh sharinaaa, walaupun suami sha macam masih meragui keputusan tu tapi naluri keibuaan sha tu memang menunjukkan yang sha pregnant hihi..kuat kan aura nyaa.


28/1/2018 - Again, sha pun test lagi, memang test waktu subuh sebab air kencing pertama itu memang berkesan, jadi sha pun pergi tandas sorang-sorang lepas kami solat subuh, kali ini main rendam tu pregnancy test di dalam bekas, senyum-senyum sendiri bila kenampakan sudah itu line yang hari tu nda clear, terus dalam hati "nah kan, mengandung bah aku" haha terus cepat-cepat naik pergi atas bilik, kasih nampak result sama suami, terus dia happy tapi nda kasih nampak tu muka happy dalam hati, jadi bapa sudah aku haha

Mulalah hari-hari sha sebagai orang yang mengandung haha

Perkara pertama yang sha mau buat lepas tahu sha sahkan sha mengandung, ialah kasih tahu semua orang tentang berita gembira ini, tapi sayangnya suami kasih limit sama orang yang terdekat sahaja, cehh haha..orang sudah excited dia mau tangguh-tangguh lagi, tapi setiap apa yang dia cakap mesti ada terselit 1001 kebaikan, itulah bestnya suami sha ni, haha kematangannya terserlah haha, lepas itu, nda jadi sha share sama seluruh dunia, sha just bagitahu keluarga terdekat sama kawan-kawan sahaja.

Dan hari ini sha mengambil keputusan untuk sharing dalam dunia blog selepas 6 minggu baby dalam perut dengan izin suami atas niat perkongsian pengalaman kali pertama mengandung, InsyaAllah selepas ini lagi banyak entry mengenai pregnant sha dalam blog ini, harap sangat sha rajin mau taip haha..

Itu sahaja setakat ini, cerita Alhamdulilah, I'm Pregnant, dikesempatan ini, sha tadahkan kedua tangan,  mendoakan agar pasangan diluar sana semoga Allah makbulkan doa korang untuk mendapat zuriat yang soleh dan solehah..amin..

Dan sha mohon doa kalian agar sha dapat menempuhi hari-hari yang mendatang sebagai ibu yang mengandung, yang juga sha yakin dugaannya sangat kuat terutamanya bab alahan..hihi

Sekian dari sha dan baby dalam perut hihi

17 Comments

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

  1. Alhamdulillah tahniah sis :) Semoga baik-baik saja kandungannya ;)

    ReplyDelete
  2. tahniah.. semoga dipermudahkan dan diberi kesihatan kepada baby..

    Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan
    2. SEGMEN BLOGWALKING BY ZATI

    ReplyDelete
  3. I'm glad to know that you will be a mommy soooooooon, pretty soon ! congratulations dear friend. :) Take good care.

    ReplyDelete
  4. Congratess shaa. Padahal haritu baru jee shaa naik pelamin. Betullah kata hubby shaa, Allah bagi rezeki anak utk sha dan suami awal.. Bertuah bha kamurang. hihi

    Doakan kin pula dapat rezeki jodoh baik-baik yaa. Ameen hihi. #sisselitdoa

    ReplyDelete
  5. tahniah...take care tau sis....jaga diri baik2.... mkn mknn berkhasiat tau tau tau !

    ReplyDelete
  6. Syukur Alhamdullilah... Tahniah Sha...

    ReplyDelete
  7. alhamdulilah. tahniah sis. jaga kandungan elok2. jangan buat kerja berat2 tau. sis doakan azah jugak tau :D azah pun dah kahwin 4 bulan dah tapi belum ada rezeki lagi. hehee

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah tahniah ya, boleh jenguk2 tips mengandung kat blog saya. Saya juga balas kunjungan dari segmen yang sama https://rodiahamir.blogspot.my/2018/01/happy-birthday-sishawa-dot-com.html

    ReplyDelete
  9. wahh bestnye kak shaaa... semoga akak dan baby dikurniakan kesihatan yang baik, take care kakak :*

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah. bestnyaaa. doakan kita juga kak. hee

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. congrates dear! nak jadi mommy dah sha. hehe

    ReplyDelete
  12. pmpuan mna yg x excited 1st preggy, hihi..

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah tahniah lagi sekali ! :) hee

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Previous Post Next Post