Tanda-Tanda Mengandung Anak Lelaki || Assalamualaikum hi guys, sha dah scan kandungan sejak usia baby mencecah 27 minggu, dan ianya lelaki, alhamdulilah geng baba, geng biru hahaha..korang dah scan ka belum?? sudah ka belum scan jom make sure betul ka tidak Tanda-Tanda Mengandung Anak Lelaki
Picture credited to google
Tanda-Tanda Mengandung Anak Lelaki
- Ibu yang sedang mengandung mengalami degupan jantung kurang dari 140 beat/minit. ~ ok check balik buku mengandung, nurse start kira degupan jantung baby sha pada minggu ke 17 tapi degupan jantung baby sha semua 150 ke atas..hurmm???
- Bahagian perut ibu mengandung akan lebih menonjol atau tajam ke hadapan. ~ yes, perut sha memang tajam kedepan, ala-ala bentuk telur gitu hihi
- Perut ibu hamil pada bahagian bawah akan kelihatan membesar. ~ betul juga, macam berat kebawah
- Kulit ibu akan sedikit gelap, kusam. Malah ada juga sebilangannya ditumbuhi jerawat-jerawat kecil. Tapi ia akan hilang selepas bersalin. Jangan risau! ~ haha betul sangat kusam dan lesu, ada jerawat halus membiak dibahagian dahi, tapi masih cute :P
- Tidak mengalami morning sickness. Tapi mungkin ada cuma tidak berat ~ yup sha tiada morning sickness atau apa2 sickness, tapi awal kandungan memang ada sikit...tak berpanjangan lah..hihi
- Ibu lebih menggemari makanan masin dan protein seperti keju dan daging. ~ sha kurang suka ayam, daging yes, sha suka makan tapi husband tak bagi makan sebab takut nanti ada darah tinggi
- Kulit ibu akan kelihatan kering. ~ sebab sha malas minum air putih haha, jangan amalkan tau kesian baby
- Rambut lebih lebat dan berkilat sepanjang kehamilan ~ indeed, rambut sha tiada gugur dan semakin lebat, mungkin sebab makan acid folic?
- Hidung kelihatan lebih kembang ~ hahaha maybe :P
- Payudara kanan lebih besar dari kiri ~ opsssss...ntah hahahha, sejujurnya no !
- Sakit kepala sering menyerang ibu mengandung ~ jarang jugalah tapi selalu pening sebab high blood rendah
- Bayi lebih suka pergi ke arah sebelah kanan dalam perut ibu. ~ yes, baby suka gerak sebelah kanan
- Garisan hitam pada perut ibu dari bawah ke atas nampak gelap dan tak putus. ~ betul sangat tiada putus dan nampak jelas
ada beberapa fakta kurang tepat, tapi sha yakin kandungan sha baby boy, baju pun dah beli, nama pun dah cari, hopely baby senang keluar dan sihat hendakNya, amin..
kite masih lagi tak sure 100 percent tentang jantina baby. sbb baru nak masuk trimester kedua. barang2 pun tak beli apa2 lagi sbb rasa mcm awal sgt lagi pulak nak beli hahaha. semoga dipermudahkan semuanya!
ReplyDeleteSyoknya. Semoga di permudahkan sehingga urusan bersalin nanti
ReplyDeleteAlhamdulillah.. semoga dipermudahkan semua urusan sehingga berslain..
ReplyDelete