Bismillah,
Assalamualaikum
Pengalaman Melahirkan Anak Kedua Secara Induce | Alhamdulilah sha selamat melahirkan anak kedua pada hari isnin 6.7.2020 jam 9.30 malam di hospital dutchess of kent sandakan secara induce setelah menyerahkan diri pada 5.7.2020 disebabkan gdm on metformin. Hari ni genap seminggu kelahiran nya, Setiap anak tidak sama kelahiran nya, walaupun anak pertama sha pun lahir normal tanpa induce tapi saat melahirkan juga sakit, bersalin adalah sakit kedua selepas kematian. Hanya wanita mampu menghadapinya, maka dengan itu, suami tolonglah hargai isteri kamu.
Pengalaman melahirkan anak kedua secara induce, sha cakap terus terang sakit sangat bila melahirkan secara paksa ni, baby belum mahu keluar tapi doktor dah suruh bersalin, buatlah macam mana pun, tetap tidak mau keluar kalau belum masanya, jadi hanya pada Allah saja tempat kita meminta dipermudahkan proses kelahiran..pujuk baby keluar cepat alhamdulilah baby dengar cakap umienya keluar juga dia walaupun sakit tu bagai nak mati ja rasanya.
Baca : Tarikh Serah Diri ke Hospital sebab ada GDM on Metformin
Ahad lalu (5.7.2020) sha serah diri pada jam 4 petang, lepas check up jantung baby, check bukaan alhamdulilah dah 2cm, terus masukkan dalam wad, sha tak sangka tiada rasa sakit pun time tu, tiba-tiba dah buka 2cm, bersyukur sangat sebab time tu terfikir juga boleh ni kalau baby nak keluar tanpa induce tapi Allah nak bagi sha rasa bersalin secara induce sebabnya bukaan tetap sama 2cm sampai pagi isnin (6.7.2020) sha akur doktor masukkan 1 biji ubat untuk membantu bukaan jalan.
Dari jam 6 pagi sampai jam 12 tengah hari, sha dah start rasa kontraksi tapi tidak kerap, sha sempat berjalan keliling katil wad, mandi 3x, squat, gelek dan bernafas ala jamumall, dan makan untuk bagi tenaga masa meneran nanti. Jam 12 tengah hari Doktor datang cek bukaan alhamdulilah dah 4 cm, happy sebab tak perlu masukkan ubat kedua, jadi doktor suruh rehat dulu di katil jam 1.30petang baru masuk labour room, masa ni sha dah mandi air selusuh dan makan bubur sikit, sha dah ready untuk masuk labour room nak jumpa baby.
1.30 petang doktor pecahkan ketuban dan sedut air kencing, dan bermula lah kontraksi sekejap kejap, tapi masih boleh handle, doktor estimate bukaan 10 cm pada 6 petang, tapi jam 4 petang sha dah tak tentu arah, sakit nya bukan boleh main-main, sakit yang terlampau sakit, doktor sarankan sha injek tahan sakit dekat pinghul sha dah balik -balik sedut gas untuk mengurangkan sakit, terpaksa walaupun sha tahu efeknya lepas ni sha mungkin akan tertidur semasa meneran baby.
Baca : Sudah Masuk 3rd Trimester, apa ibu mengandung perlu buat?
6 petang bukaan masih 4cm sha dah menangis kesakitan, sudah begitu sakit bukaan masih 4cm, sha rasa macam mau mati, betullah kata orang bersalin induce memang sakit, dia hentam pinggang sha. Terfikir nak operate ja masa ni, tapi fikir 2x nanti operate susah nak jaga baby, jaga jahitan lagi. So sha pilih untuk tahan ja sakit tu. Jantung baby stabil, kontraksi makin kerap, sha tanya doktor, boleh kah sha bersalin biasa, doktor cakap boleh ni, cuma perlu masa, sebab ini anak kedua, pintu servik dah lembut, tinggal tunggu bukaan ja lagi, sha iktihar dengan miring ke kiri, sakit datang kerap, cuma kalau miring ke kiri jantung baby jadi tak stabil, itu yang doktor tak bagi sha miring ke kiri
8 malam, bukaan jadi 8cm alhamdulilah mungkin hikmah miring ke kiri jadi bukaan makin cepat, sha dah tak keruan, tinggal 2 cm lagi nak bersalin, sakitnya dah tahap 10/10 sha terus meneran baby, dengan harapan cepatlah bukaan 10cm, dalam pada tu bukan baby yang keluar, najis sha keluar, memang syak akan buang najis sebelum bersalin, anak pertama pun macam tu, better dari keluar najis bersama baby kan, sha dah tiada rasa malu, lepas settle ja doktor bersihkan, dia keluarkan pula air kencing sha, dan sha dah ready untuk teran tapi bukaan baru 9cm, dengan tenaga yang ada, sha teran kuat-kuat. Doktor dah mula bagi semangat dekat sha, kepala baby dah nampak, sha dah teran sekuat hati, dengar cakap bidan dan doktor, syukur sha dapat elak dari angkat punggung.
Baca : Cara Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin
9.21 malam akhirnya baby keluar setelah melihat umienya berjuang sehabis tenaga, Ya Allah dugaan bersalin kali ni sakit sangat, hilang selepas dengar suara baby menangis, doktor cakap baby girl, iya sha memang tahu sha dapat baby girl..syukur sepasang dah anak umie. Seberat 2.97kg dengan panjang nya 47cm, sha lega, penat dan lapar, sha dah lapar tak makan dari tadi. Minta doktor bagi sha air minum ja. Sha mesej husband sha dah selamat melahirkan anak perempuan. Dia pun rasa lega.
Baca : Tembuni Putus Bersalinkan anak pertama
Tak lepas lagi azab sha di labour room, sesi mengeluarkan tembuni pula sha terpaksa harungi, memang tali pusat baby sha jenis yang halus, dari anak pertama lagi susah betul nak keluarkan, doktor terpaksa masukkan tangan untuk ambil tembuni, sha alami pendarahan sebanyak 500ml darah keluar, bidan dah risau muka sha dah pucat, dia cepat cepat jahit, syukur juga jahitan kali ni kecil ja. 1st tear. Lepas dari tu sha dah tak sedarkan diri, BP low, HB turun ke 7, labour room dah jadi red alert, bidan panggil doktor pakar datang, ramai sangat orang di labour room, nama sha dipanggil, selepas beberapa minit sha dah mamai, mungkin sebab gas yang sha sedut buat sha mengantuk, doktor pasang oksigen, tambah 2 pek air dan 2 pek darah, doktor ambil darah dekat nadi, dalam setengah jam juga baru redah labour room..penat tak habis lagi mengantuk sangat-sangat baby dah menangis nak susu, sha kuatkan diri untuk terus bangun, banyak sangat soalan doktor tanya, sha hanya angguk saja, lepas dah ok sikit doktor suruh sha rehat dilabour room, pasangkan saluran air kencing, dan di bagi minum air milo, rasa segar sikit
7.7.2020 Jam 3 pagi sha kembali ke wad biasa, oksigen masih pakai, baby dan sha keluar bersama, pagi tu sha tidur dengan menyusukan baby.
8.30 pagi sha pengsan kali kedua, waktu tu ada doktor shift pagi datang review dikatil sha, lepas tu sha kata boleh balik tak hari ni?sebab sha dah rindu dengan edan, dia kata mama kalau nak balik kena tunjukkan dekat doktor yang mama boleh berjalan, dah boleh duduk, jangan asyik baring ja mama, jadi sha pun letak baby di tepi katil, sha kuatkan diri untuk bangun pergi tandas cuci tangan, tapi bila sha bangun darah keluar dengan banyak, penglihatan sha kabur, akhirnya sha rebah kebelakang, kesian baby kena hempap oleh sha, nasib ada orang sebelah katil melompat dia tahan badan sha, terus ambil baby, sha bangun ja dah ramai orang depan sha, Allah, dugaan betul bersalin kali ni, dengan sakitnya kontraksi, sakitnya dicheck bukaan, sakitnya kena cucuk tangan, dengan baby meragam sebelah petang sampai malam, tak dapat sha tidur, penat tak habis lagi, akhirnya 8.7.2020 sha balik rumah
Siapa cakap bersalin anak kedua tak sakit? Lagi lagi kena induce, taubat banyak banyak, lepas ni kalau boleh nak stop dah, rehat kan diri fokus nak besarkan anak anak ja dulu, pengalaman bersalin anak kedua ni memang sangat mencabar bagi sha, walaupun begitu syukur baby kuat dan dengar cakap umienya keluar juga dia akhirnya, semua itu dari Allah.
Maaflah entry kali ni ada panjang sikit
Baca : Kelahiran Putera Sulung ku
Sha namakan baby kedua ini dengan nama Nur Eshal Khadijah Binti Mohd Azrin, eshal maksudnya bunga syurga, moga baby ecal membesar dengan sihat dan solehah, terima kasih husband yang tak henti risaukan sha sepanjang masuk wad, sehinggalah baby lahir, terima kasih adik beradik sha mertua dan ipar, terima kasih warga hosp dutchess of kent sandakan, terima kasih kawan kawan yang mendoakan sha. Alhamdulilah sha selamat melahirkan anak kedua secara induce
-
Tahniah Sha.. Doakan saya jugak dikurniakan zuriat secepatnya
ReplyDeleteamin2 semoga dipermudahkan dpt zuriat ya hani
DeleteAlhamdulillah. ape pun tahniah sis
ReplyDeletethnks ray
Delete