July 19, 2020

Rendaman Halba Kurangkan Kuning Baby

Bismilah,
Assalamualaikum



Rendaman Halba Kurangkan Kuning Baby | 3 hari Selepas lahirkan baby eshal, nurse datang ke rumah untuk cek keadaan sha dan baby, lepas itu nurse bagitahu baby kena kuning, nampak raut muka eshal pun dah tahu kuning, so besoknya sha pergi klinik ibu dan anak batu 2, selepas ambil darah baby di tumit kaki, keputusan bacaan kuning eshal adalah 184, agak tinggi juga tapi tak perlu sampai masuk wad sebab bacaan itu kurang dari berat semasa dia lahir iaitu 2.97kg. selepas 3 kali cek bacaan kuning, menurun mendadak dari 171 ke 126. So hari ini sha nak kongsikan beberapa tips untuk kurangkan kuning baby


Biasanya 70% diantara baby yang telah dilahirkan akan mengalami masalah demam kuning, edan dan eshal pun termasuk dalam golongan tersebut. Demam kuning biasanya terjadi apabila bilirubin berlebihan dalam darah. Ketika dalam kandungan, hati ibu yang akan membuang bilirubin ini, selepas baby dilahirkan, maka baby itu sendiri akan membuang lebihan bilirubin, namun, hati baby masih belum mampu sepenuhnya untuk melawan bilirubin maka terjadilah demam kuning. Biasanya demam kuning terjadi selepas 2-3 hari kelahiran

Bagaimanapun, antara langkah pencegahan untuk mengelakkan demam kuning adalah dengan memberi susu ibu yang kerap sehingga baby tersebut mengeluarkan najis dan air kening yang banyak, kerana bilirubin akan keluar melalui najis dan air kencing. Doktor dan nurse selalu pesan dekat ibu yang telah bersalin agar kerapkan menyusu baby sejam-2 jam sekali ini bertujuan agar mempercepatkan kuning baby hilang secara alami.

Petua Hilangkan Kuning Bayi Dengan Cepat

Walaupun dengan kerap ibu menyusukan baby, bacaan kuning baby tetap meningkat, apakah susu ibu itu sendiri tidak dapat melawan demam kuning baby? biasanya ibu yang baru pertama kali melahirkan anak, belum ada air susu yang mencukupi, namun ibu jangan risau sedangkan doktor sendiri cadangkan pengambilan susu formula yang terpilih untuk memastikan si baby tidak kelaparan, sementara susu ibu meriah 2-3 hari selepas kelahiran, tapi pastikan ransangan terhadap susu ibu tetap dibuat setiap beberapa jam, maksudnya disini, tetap berikan susu kepada baby walaupun air susu ibu kurang.

1. Pengambilan Susu s26 - Dari anak pertama lagi, sejujurnya sha berikan susu formula seperti S26 kepada anak sha, begitu juga dengan anak kedua, untuk pengetahuan susu ini membantu mengurangkan kuning baby sebab susu ini berunsurkan soya. Pastikan ibu memilih susu s26 berwarna unggu, harga sekitar RM50-60 untuk 400g, memang agak mahal tapi ianya untuk sekejap sahaja, apabila baby sudah hilang kuningnya, maka ibu perlu susukan baby dengan susu ibu sepenuhnya.



2. Susu Kambing Hi Goat - Jangan sesekali berikan baby minum susu kambing, susu kambing hi goat ini, ibu yang minum, 2 kali sehari, dipercayai boleh mengurangkan kuning baby apabila mulai minum semasa kandungan 7 bulan, tapi sha minum lewat 5 hari sebelum bersalin haha, harga dalam RM20 untuk 15 sachets, bau pun tak hamis, boleh ja diminum.



3. Sengkuang Cina - Banyak sangat khasiat sengkuang cina ni, antaranya adalah untuk hilangkan kuning baby, sha minum sehari 1 tin, tapi better minum buat jus dari buah yang asli, tapi suruh husband cari dekat pasar, memang tak jumpa, so minum ja lah yang dalam tin ni, hati-hati memang gula tinggi walaupun dia cakap dekat situ less sugar, sha minum tambah air putih sikit, sedappp..


4. Rendaman Halba - Ok ini sha baru iktihar buat sehari sebelum baby eshal cek kuning, sha pun tak tahu adakah mandian dari rendaman halba ini yang membuatkan bacaan kuning eshal mendadak turun dari 171-126, alhamdulilah syukur juga. tapi apa saja cara yang tidak mudaratkan kepada baby, memang sha akan cuba demi hilangkan kuning baby, kebetulan banyak stok halba dekat dapur, so why not sha cuba kan?

Info Mengenai Kebaikan Halba korang boleh jenguk entry Kebaikan Halba dalam Kehidupan Kita

Sebenarnya banyak lagi petua yang korang boleh ikut tapi sha tak pasti berkesan atau tidak, lagi satu korang janganlah pilih petua yang bagi baby minum, dan makan contohnya anggur hitam tu, kesian perut baby kan masih kecil, apapun kerapkan menyusu baby, yakin bahawa korang mampu susukan baby sampai 2 tahun. Tambahan lagi korang mesti kuat minum air putih tau..

Jangan lupa berdoa dan niat hilanglah kuning baby sebelum buat apa-apa, mujarab doa seorang ibu..so sha doakan dipermudahkan urusan korang, agak susah juga ni turun naik hospital bila anak kena demam kuning kan, sha lagi turun naik tingkat 3 rumah sha haha..sabar ja la, hopely kuning baby eshal turun sampai bawah 100 selesa ni sha cek kuning lagi..doa kan ya..

3 comments:

  1. Thank you for sharing this wonderful post keep your awesome work
    I have many hobbies. I love to travel and read. But my favorite hobby is cooking. Let me tell you why! First, I'll tell you a little bit about why I started cooking. Secondly, I'll give you some information about what I like to cook. Third, I will say how I use the vietnamese food for cooking.

    When I started cooking, I was 10 years old. My mom wants me to be a chef. She has always believed that girls have to make different types of food, because one day they will get married. In my country, it is normal for girls not to cook. I feel lucky because I can cook many dishes. Now that I cook some of the dishes my children and husband love, I become happy and proud of my mother and myself. i am a food blog

    ReplyDelete
  2. nk tye halba tu nk kne rebus or rendam semalaman ke mcmne ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpyh sis just rendam 10min bgtu then bole ltk pd air mndian baby

      Delete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)