August 6, 2025

Hari Pentaksiran Sekolah Anak Semester Pertama

August 06, 2025 0 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


sedar tak sedar anak-anak dah masuk semester kedua..kita sudah berada dibulan ogos bulan kemerdekaan..dimana berbaki 4 bulan lagi untuk ke tahun 2026..wah cepatnya masa berlalu..untuk tahun ini..sha agak nervous nak dengar apa kata cikgu pada hari Pentaksiran anak bujang sha.. fyirdhan sebab dia ni hero sikit..tapi sebelum itu mari kita dengar apa kata cikgu untuk prestasi anak kedua sha..nur eshal khadijah untuk kali pertama sekolah tahun ini

pada jumaat yang lalu, ibu bapa disuruh hadir ke sekolah untuk hari Pentaksiran Semester pertama 2025..sebelum ini 3 tahun di tabika, sha hanya pergi seorang..sebab suami kerja tak dapat cuti..tapi kali ini suami turut sekali dengar kegiatan anak disekolah..nakal ka baik..ahhh awas.

untuk pra sekolah memang cikgu akan jaga 100% dari segi makan, pembelajaran dan aktiviti..so untuk eshal dari segi pembelajaran memang ikut tahap dia sebagai murid 5 tahun cuma sedikit advance sebab dia cepat tangkap..sosial pun ok..malah dia boleh bimbing kawan sekelas apabila kawan lain menangis..eshal jenis kakak2 walaupun dia adalah adik..sha boleh nampak..

cikgu kata lagi dia senang ada eshal sebab boleh handle kawan nya..alhamdulilah sejuk perut mendengarnya..sebab diperingkat ini dia banyak tunjuk keinginannya untuk belajar..

untuk anak bujang sha fyirdhan..sedia maklum dah boleh tengok dari pakaian sekolah bila balik..kotor benar..bau masam..itu tandanya budak aktif..budak baru lepas dari kandang ..haha berenang di kelas itu perkara biasa ya..

memang antara top student yang aktif..siap ada genk lagi..tapi dari segi akedemik.. alhamdulilah fyirdhan tidak tersenarai dalam program intervensi dimana program ini mengesan anak lemah bahasa melayu dan matematik..dan tahap penguasahan nya dalam semua subjek melepasi dari gagal iaitu TP3..

syukur juga walaupun anak aktif tetap fokus untuk pelajaran..cikgu juga jelasakan tahap usaha anak terhadap subjek ada yang sederhana itu berdasarkan kerja rumah tak siap..mungkin sebab fyirdhan banyakncuti time Semester 1..so kena perbaiki..

cikgu juga cakap perlunya alternatif lain untuk bahasa arab, anak perlu ada kelas selain sekolah kebanggasan..nasib fyirdhan ada kafa dan mengaji..

sekarang dirumah, untuk fyirdhan, sha fokus ajar english dan matematik..eshal pula semakin improve membaca..kena rajin suruh dia membaca buku cerita..walapun masih awal tapi sha tak nak dorang lemah dengan akedemik..zaman sekarang tak macam kita dulu..zup kena laju..ibu bapa kena amik peranan..anak xpandai membaca ajarla di rumah..kadang cikgu sendiri xdpt nak ajar 25 murid dlm kelas ..


August 5, 2025

Perjalanan Saya Bersama Tiroid: Apa yang Perlu Anda Tahu

August 05, 2025 0 Comments

Assalamualaikum dan hai semua...

Hari ni sha nak kongsikan sesuatu yang mungkin ramai orang anggap kecil, tapi sebenarnya beri kesan besar dalam hidup kita iaitu tiroid.

Sha sendiri tak pernah terfikir pun akan ada kaitan dengan penyakit tiroid, dimana penyakit ini nampak simple tapi perit bagi sesiapa yang menghidapnya..

kenapa?? nanti sha ceritakan..Sejujurnya sha ada tiroid sejak dari bujang lagi..Pada tahun 2015, sha alami perubahan fizikal secara mendadak dan selepas itu sha disahkan ada tiroid.


Apa Itu Tiroid?


Secara ringkasnya, tiroid ni ialah satu kelenjar kecil kat leher kita, bentuk macam rama-rama. Kecil saja, tapi dialah yang kawal banyak fungsi badan seperti tenaga, metabolisma, dan suhu badan.

Ada dua jenis masalah tiroid yang biasa:

Hipotiroidisme – bila tiroid terlalu kurang aktif. Badan jadi lembap, berat naik, mudah murung.

Hipertiroidisme – bila tiroid terlalu aktif. Berat badan turun mendadak, jantung berdebar, susah tidur, sha disahkan mengalami masalah tiroid yg ini


Tanda-tanda Awal Tiroid


Seperti sha cakap diatas sha mula perasan perubahan dalam diri sha pada pertengahan tahun  2015 iaitu kurus, cengkung, cirit birit, alahan, mata luak, jantung berdegup laju..susah nak fokus, cepat marah, jari sha mengeletar..dan kuat berpeluh. 

Antara tanda-tanda lain yang mungkin korang patut ambil tahu:

1. Letih walaupun cukup tidur

2. Sembelit

3. Suhu badan cepat sejuk/panas

4. Haid tak teratur


Pergi Jumpa Doktor

Akhirnya sha kuatkan semangat untuk jumpa doktor. Doktor akan buat ujian darah, biasanya akan ambil darah untuk check hormon TSH, T3 dan T4. 

Masa tu jujur sha kata, sha takut. Tapi bila doktor terangkan satu-satu, sha mula faham..maklumlah zero information pasal tiroid ni..sedangkan suntik pn dah sakit apakan lg kena bedah leher..huhu

Rawatan dan Cara Menyesuaikan Diri


Doktor akan bagi ubat harian (levothyroxine) makan ubat sampai 12 biji..untuk kurangkan kelajuan degupan jantung.

Lama kelamaan dose ubat akan berturun dan degupan jantung serta simptom seperti diatas kembali pulih..tidak secara mendadak tapi boleh nampak perubahan nya..

Sepanjang 1 tahun pertama, 3 bulan sekali sha akan ulang alik dari hospital untuk cek darah dan selepas sebulan akan jumpa doktor untuk diberitahu keputusan darah. 

Selain itu doktor akan suggest buat ultra scan, sepanjang ada tiroid sha dah 2 kali kena scan leher, dan ketulan kecil 0.01cm dan tidak perlu pembedahan.


Ada tiroid susah untuk mengandung


lepas berkahwin, orang tua cakap orang yang ada tiroid susah untuk mengandung..sebenarnya tidak juga, sha sekarang dah ada 2 anak.. alhamdulilah..cumanya ibu mengandung yang ada tiroid banyak risikonya..dan perlu pemerhatian teliti oleh doktor dan nurse KK..dan akan ada appointment dengan doktor pakar untuk pemantauan rapi..boleh jadi semasa mengandung kena sesak nafas dan lain-lain..

sepanjang mengandung sha memang akan ikut segala temujanji dan makan ubat yang doktor bagi. tiada culas..sha takut kesan nya pada baby kalau sha tak ikut saranan doktor

dan alhamdulilah tahun lalu 2024 sha discharge dengan penyakit tiroid..sha tak pasti akan datang balik atau tidak..wallahualam..cuma doktor cakap..bagi pesakit ada penyakit ini disarankan untuk kahwin, mengandung dan beranak sebab dengan ini penyakit itu akan hilang dengan sendirinya..

Apa yang sha lakukan sepanjang ada tiroid


of cos jaga makan, bila salah makan nafas jadi laju, kurangkan makan kubis dan jangan minum kopi..ini pantang sha..hihi bila makan jadi tak tentu arah..tapi ada juga hari jajal..hihi..sha tiada amal apa2 ubat supplement seperti ada dalam iklan atau apa jua ubatan alami tradisional..cuma ikut cakap doktor dan pergi cek darah dan jangan skip temu janji doktor..

orang diluar sana yang tidak tahu penyakit ini akan cakap kita ni mengadanya..sikit saja sakit sudah minta puji..sebab ini sakit bukan dari fizikal..ini dari hormon..jadi tidak nampak betul itu sakit..kadang kita diam2 pun boleh kena..macam anxiety..susah mau kawal..sha harap dengan entry ini dapat lah kamu alert dengan orang disekeliling kamu..dan sha doakan pejuang penyakit ini dapat sembuh dan sihat selamanya..sha walaupun sudah sembuh dari tiroid namun masih berjuang meng-control emosi..

love ur self..

August 4, 2025

Lirik Lagu Zara Tak Pulang #Justiceforzara

August 04, 2025 1 Comments

Bismillah, 
Assalamualaikum

Lirik Lagu Zara Tak Pulang dicipta oleh Bryn Jasper ( facebook) dimana lirik yang beliau tulis adalah kisah tragis tentang zara yang menjadi mangsa buli di sekolah berasrama dan akhirnya meninggal dunia..al fatihah buat adik zara semoga mendapat keadilan dalam kes ini memandangkan sehingga ke hari ini belum ada jawapan terhadap siapa pelaku, pembuli dan bagaimana adik zara boleh mengalami luka yang tak terfikir dek akal..semoga juga pelakunya dihukum..jika terlepas di dunia..akhirat kelak pasti tidak terbalas.




Menurut Bryn lagi, Nukilan Lagu ini juga adalah jeritan jiwa, surat terbuka dan tangisan dendam terhadap kezaliman yang didiamkan. Ia menyeru agar dunia bangkit dan buka mata, supaya tiada lagi mangsa buli yang akan terima nasib yang sama.

Lirik Lagu Zara Tak Pulang


Dilorong sekolah sunyi itu, langkah zara terhenti
Bisik nista, tawa kejam, tiap hari jadi saksi
Matanya minta belas, tapi dunia tutup telinga
Jeritnya tenggelam dalam dinding penuh dusta

Zara tak pulang malam itu, katilnya sepi, bantal basah pilu
diari penuh luka, disorok dilaci rahsia
dan mereka yang hina masih tertawa...bebas berdusta

Aku lihat ibu menangis, tiap pagi peluk baju sekolahnya
polis kata siasat jalan, tapi suara makin hilang

Kawan-kawan diam membisu, takut, pura-pura tak tahu
sedangkan di dinding kelas itu
namanya masih disamakan dengan malu

Zara tak pulang malam itu
langit pun murung, gerimis jatuh sendu
jiwanya dicuri, dari dunia yang terlalu keji
dan mereka yang bunuh, masih menari...bebas berselindung

berapa nyawa harus hilang
sebelum dunia buka mata?
berapa darah harus mengalir
sebelum ada yang bersuara?

Zara bukan sekadar nama - dia adik, dia cahaya
kini dia diam selamanya, kerana kalian pilih untuk buta

Zara tak pulang malam itu,
kini hanya bayang di pintu
kalau ada keadilan, kenapa dia yang terbenam?
dan pembuli masih....hidup seolah tiada apa

(Zara..maaf aku tak sempat lindung..tapi aku akan pastikan dunia tahu, siapa yang buat kau terkubur terlalu awal...)

lagu ini boleh didengari di laman facebook milik Bryn Jasper di sini..lirik dan muzik yang mantap...semoga melalui usaha ini dapat membuka mata pihak atas untuk menegakkan keadilan buat #justiceforzara share lagu #zaratakpulang 

July 12, 2025

Kucing Hadiah paling comel untuk anak

July 12, 2025 0 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


sejak kematian chibi dan kehilangan ahjuma, sha dah lama plan nak ada kucing lagi..lagi2 eshal ni memang pencinta kucing..

baca : selamat tinggal chibi

banyak ja kucing dekat kampung tapi kali ni sha nak pelihara yang rare..contohnya macam kucing kampung telinga curl..kucing parsi ni bulu panjang so susah sikit nak jaga..bulu banyak bertaburan..kalau kucing kampung bulu nipis..tetap ada cuma tak banyak kerja..

nak di jadikan cerita alhmdulilah memang rezeki eshal dapat 1kucing dekat fb..owner kucing hanya mahu ganti dengan makanan saja..

sha pun beli lah makanan dan pasir..barang2 kucing memang masih ada ..sha sayang nak buang..jadi pakai saja yang ada sekarang..


pertama sha nama kan kucing ni dengan nama chiko..tapi eshal suka nama comoi..ah boleh lah asal bukan labubu hahaa..

sepanjang ada kucing dia dah jarang tengok hp ..ada kawan bermain dan rajin kasih makan..sayang macam anak dibuatnya..hihi



July 11, 2025

Fyirdhan kena Demam Campak

July 11, 2025 2 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


al kisahnya.. fyirdhan panas badan start sabtu..pada majlis sambutan birthday adiknya eshal..sebab tu fyirdhan dan baba tiada dalam gambar..dan sepanjang majlis tu..diorang berdua duduk dalam bilik saja..sebab dah setting awal majlis jadi sha tak boleh tundah..kek dah beli barang dah siap..kawan dah panggir..kita go on saja..



biarpun suda makan ubat demam..still tak turun juga..suhu diantara 38-39'c..kelam kabut juga baba pastikan suhu tak cecah 40..kami bawa pergi klinik..doktor cakap dia tonsil..dan kena neb..ambik antibiotic dan ubat anti radang..dokot bagi cuti 2 hari ..lemas jangan cakap..sampai tak mahu makan..kami paksa dia makan apa saja dia mau..asal ada alas perut ..kami bawa dia jalan2 walaupun tengah malam lepas habis majlis bday eshal..suhu turun tapi tetap panas juga..panas dalam..

so ok sikit sha suruh dia sekolah selesa dan rabu..pada khamis pula dia dah start naik ruam..kebetulan pula mata sha bengkak sebab makan terung..jadi kami pergi balik klinik butiza..badan tak panas cuma naik ruam

1 badan kena ruam merah ni..jadi doktor sahkan dia kena demam campak dan di quarantine selama 5 hari..sebab demam campak ni akan berjangkit..doktor ada juga check adiknya..alhamdulilah tak kena..cuma kena banyakkan minum air putih dan sha suruh dia makan air kelapa dan barli..semoga cepat sembuh..









Happy 5th Birthday Eshal

July 11, 2025 0 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


lama tak bersiaran, bulan julai ni ulang tahun anak perempuan sha yang ke lima tahun..nur eshal khadijah..biasala budak2 ni happy bila kita sambut birthday dia..lagi2 ramai kawan yang join..kawan 1 aras..meriah sangat..sekali dengan goodies sha sediakan tuk anak2..walaupun rumah kecil..tapi muat semua tetamu..makanan pun alhmdulilah kenyang semua..





tahun ni tema kuromi..pink purple tapi baju princess elsa tu makciknya dah beli awal..so jangan membazir pakai saja..backdrop pula sha buat sendiri..last minit beli dan deco..alhamdulilah..

makanan pula ipar sha tolong masakkan..nasi goreng, mee goreng, ayam goreng, nugget, tembikai dan dadih..dadih pun buat last minit juga syukur dadih ni jarang fail..


misha dan eshal



banyaknya kek? ah sha dah beli kek kuromi tu half kg..kwn sha pula bagi hadiah kek juga tuk anak kwn 1 lg..dan eshal..yang warna kuning..oleh kerana nak sambut dengan pakcik eshal sama bulan..jadi baba nya beli 1 kek lagi di secret recipe.. alhamdulilah setel abis tiada membazir kek pun ramai suka sedap smuanya..








terima kasih sebelah mertua dan ipar sha..kwn2 eshal..guru mengaji, kwn2 sha..datang majis bagi hadiah dan imam tlg bacakan doa selamat.. insyaAllah ada rezeki kita makan2 lagi..

happy birthday eshal semoga jadi anak yang baik dan solehah..




May 20, 2025

Kes Budak Pra sekolah Tercucuk Pin Jalur Gemilang

May 20, 2025 1 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum

Allahuakhbar seram sungguh tajuk post kali ini, apa yang terlintas dalam fikiran sha selama pelaksanaan Bendera Jalur Gemilang, apatah lagi bila anak2 pra dan tahun 1 di beri jalur gemilang berbentuk pin..akhirnya terjadi juga benda begini..




langkah selamat sha beli jalur gemilang yang main jahit..sha beli di shopee..1 lencana tu RM3lebih..jahit di semua baju sekolah anak..senang cuci dan tidak mudah tercabut..







May 10, 2025

The Tip of Borneo - Simpang Mengayau, Kudat

May 10, 2025 0 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


Alhamdulilah akhirnya kaki ini dapat juga menjejak ke kawasan utara di bahagian sabah yang paling hujung..masyaAllah dengan keindahan pantai di kudat, jernih biru cantik sangat, cuma sayangnya sedikit tak terjaga, rumput panjang dan kurang orang mungkin sebab kami datang tu waktu panas terik, hihi..jika dijaga dengan baik insyaAllah akan menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar negara.

The Tip of Borneo - Simpang Mengayau, Kudat

Simpang Mengayau adalah tempat paling hujung di kawasan utara kepulauan borneo, terletak di Kudat, Sabah.

Asal nama Simpang Mengayau adalah perkataan dari bahasa tempatan:-
Simpang bermaksud simpang jalan dan Mengayau adalah istilah dari suku kaum Dusun atau Rungus yang dikaitkan dengan aktiviti pengayauan iaitu satu amalan tradisional peperangan atau mempertahankan diri zaman dahulu 

Nama lain iaitu the tip of borneo

Tanjung Simpang Mengayau adalah tempat pertemuan antara Laut Cina Selatan dan Laut Sulu. Menjadikan kawasan Simpang Mengayau ini sangat unik dari segi geografi  dan permandangannya. Sedikit info menarik, pada adab ke 19, Kudat dikenali sebagai ibu kota pertama borneo dan menjadi sebuah pos perdagangan yang sibuk dan kini menjadi bandar yang berkembang maju seiring peredaran masa. 

korang yang plan nak pergi ke mana musim cuti sekolah yang bakal tiba dan pastikan korang masukkan Simpang Mengayau tempat persinggahan sekeluarga nanti ya.





lama betul tiada gambar berdua..saja suami sha imbangkan ketinggian haha..
mengulu laitu haha

kami di sini



mini of me - nur eshal khadijah





jangan salah faham ya..ini anak..budak adik hahaha..
nmpk pendek la pula sha di sini haha

panas betul serius kalau kesini bawalah payung atau topi yg lebar tu..
ada jual juga ice cream RM2 dan pure coconut RM5

mencari harta karun tak jumpa juga..

korang juga boleh menikmati keindahan pantai,lepak santai tepi pantai..ada surau, tandas awam dan kedai..boleh camping disitu atas risiko masing-masing, pastikan korang camping ramai-ramai memandangkan kawasan agak suram..