May 1, 2012

Tazkirah : Memperkecilkan Pemberian


Mensyukuri nikmat lalu berkata Alhamdulillah, mungkin kita sudah lupa atau jua kita tidak pernah mengenali khalimah Allah itu, masyallah..jauh kita menyimpang sedangkan kita hanya penumpang dibumi Allah, bermati-matian mencari duniawi namun akhirat dilupakan..bersyukurlah masih diberi kesempatan dalam menebus kesalahan, masih diberi nyawa untuk bertaubat dan kembali ke jalan Allah, dan jangan lah kita memperkecil-kecilkan pemberian orang..Disini sha ingin menceritakan kisah bagaimana Nabi mensyukuri pemberian..


Dalam kisah Rasullulah dan Buah limau

Suatu hari Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah s.a.w seulas demi seulas sambil tersenyum.

Biasanya Rasulullah s.a.w akan menjemput para sahabat makan bersama apa yang diterimanya, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah s.a.w terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah s.a.w itu.

Lalu mereka bertanya mengapakah Rasulullah tidak menjemput mereka makan limau yang nampak sedap itu. Dengan tersenyum Rasulullah s.a.w menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu TERLALU MASAM semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah s.a.w. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah s.a.w.

1 comment:

  1. begitu mulianya hati Rasulullah..sebenarnya beliaulah yang patut jadi idola kepada manusia ni, bukan aaron aziz, bukan sesiapa..tapi Nabi Muhammad (S.A.W)

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)