PHILADELPHIA: Seorang paderi kanan Amerika Syarikat menolak tuduhan menyembunyikan kes paderi mencabul kanak-kanak pada minggu ke-9 perbicaraan mengenai salah laku seksual dalam gereja Roman Katolik negara itu dalam tempoh lebih satu dekad lalu.
Antara fakta yang menggemparkan ialah Laporan Persidangan Paderi Katolik Amerika lebih 10,000 tuduhan mengenai pencabulan seks oleh paderi di negara itu antara 1950 hingga 2002.
William Lynn mengaku mengarahkan seorang paderi tinggal di pekarangan gereja bersebelahan sekolah rendah apabila paderi itu dituduh mendera dan mencabul seorang kanak-kanak lelaki 10 tahun.
Lynn, 61, memberi keterangan mempertahankan diri atas tuduhan melindungi paderi yang didakwa melakukan penderaan seksual dengan memindahkan mereka ke gereja lain. Dia berdepan hukuman penjara 28 tahun jika disabit kesalahan.
Sebagai setiausaha paderi di bawah Kardinal Anthony Bevilacqua, Lynnn menyelia paderi di sini selama 12 tahun. Dengan 1.5 juta anggota, Philadelphia Archdiocese (pentadbir paderi) yang keenam terbesar di Amerika.
Lynn memberi keterangan cara dia menguruskan aduan penderaan pada 1990-an ke atas paderi Edward Avery yang dilucutkan jawatan.
Avery, yang dijadual dibicarakan bersama Lynn, mengaku bersalah beberapa hari sebelum perbicaraan bermula dan kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas jenayah seks.
Lynn memberi keterangan pada 1990-an, seorang pemuda mengadu Avery mencabulnya 20 tahun sebelum itu di kediaman paderi pada 1970-an.
“Avery menyentuh dan mencabulnya,” kata Lynn yang memberitahu dia bersemuka dengan Avery dan apabila tertuduh menafikan tuduhan, Lynn mencadangkannya dihantar ke hospital Katolik untuk paderi bermasalah.
Selepas beberapa tahun perkembangan menggalakkan di sana, Lynn mencadangkan paderi itu bekerja semula tetapi ditolak Bevilacqua, yang mengarahkan Avery ditempatkan ke sebuah asrama paderi. – Reuters
Sumber : http://www.bharian.com.my
Nota Pink : Astagfirullah..kanak2 menjadi mangsa nafsu seraka
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)