Saat sedang nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, anda terbangun tiba-tiba. Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. Belum subuh lagi ni, hati bermonolog sendirian. Kemudian tangan mencapai meliat jam sekadar mendapatkan satu kepastian.
“Oh, baru pukul 3 pagi…”
Dalam situasi di atas, apa yang akan anda lakukan? Di sini anda mempunyai beberapa pilihan. tanya iman anda dan buatlah pilihan yang bijak.
PILIHAN 1
Kebanyakkan kita akan menarik selimut semula dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan. Bukan itu sahaja, hati turut mengomel: “Apasal la aku bangun awal sangat.” Terzahir sebuah kekesalan. Kesal bangun awal… Nauzubillah…
PILIHAN 2
“Oh, baru pukul 3 pagi. Waktu macam ni doa makbul. Ya Allah ampunkan dosaku dan dosa kedua ibu bapa ku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.’ Kemudian sambung kembali ibadah senyap…
PILIHAN 3
Sebaik menyedari dah pukul 3 pagi (bukan baru pukul 3), segera bangun untuk solat tahajud. Sembahlah Allah saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa didengari Allah…
Terjaga diawal pagi adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan Allah. Siapa tahu saat Allah menjadikan kita terjaga, sebenarnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut. Mulalah dari langkah pertama, berdoa sebaik terjaga. Malah mintalah dari Allah untuk bangkitkan kita malam-malam seterusnya. Itulah cara mengucapkan terima kasih kerana terjaga saat tidur, bukan mengomel penuh kekesalan. tetapi alangkah baiknya andai tahajud dapat ditunaikan.
Korang pilih yang mana? jika korang sama macam sha di pilihan pertama, eloklah kita pergi ke pilihan kedua, dan melangkah perlahan-lahan ke pilihan yang ketiga, insyallah malam-malam kita akan lebih indah..wallahualam :D
Sama2 kita bermujahadah agar kehidupan kita dipenuhi degn amal ibadah kepada-Nya..
ReplyDeleteSesungguhnya mujahadah itu pahit kerana syurga itu indah..
Salam ukhuwwah ukhti.. ^_^
Kite slalu xsedar yang kite perlu syukur bile bangun tu kite still boleh bernafas lagi..
ReplyDeletejom follow saya =) sy dah follow awk =) tq ek
alhamdulillah...entry bagus...
ReplyDeletekadang2 tu susah sangat nak bangun malam..
ReplyDelete