-Al-fatihah-
Sedekahkan al-fatihah buat arwah Mohd Syairel Azriel Bin Jaffary yang telah meninggal dunia..ini kisah benar tentang sepupu sha yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya 6 bulan yang lepas..seawal usia 18 tahun rasanya, dia telah pergi meninggalkan kami, sungguh kematian itu tidak mengenal muda atau tua..
Apabila dikhabarkan tentang kematiannya, sha tidak dapat balik kampung sebab ada kuliah, cuti semester yang lalu, sha sempat jenguk kubur arwah, cepat ja masa berlalu, tapi setiap kali sha pulang kampung terasa macam dia ada ja di rumahnya..[tinggal sebelah rumah sha]
Dipendekkan cerita, kemarin lalu, sha termimpi arwah..memang sebelum ini sha kerap kali mimpi tapi arwah diam then senyum tapi kali ini, arwah bercakap dengan sha..tengah sha berbual dengan adik-adik, masa dalam mimpi tu, kami baru sahaja habis kenduri arwah, kemudian sha nampak dia lalu senyum depan sha.. sha terasa sangat dia masih hidup lagi..semua ahli keluarga boleh nampak dia..sha tegurlah arwah..
Sha : Ley [Nama arwah]..kenapa kami boleh nampak kau ni?Arwah : Selesai sudah semuanya..lega sudah aku, sa [Nama panggilan sha di rumah]
Terus sha terjaga..subhanallah, betapa sha rindu dia..tapi Allah sangat sayang dengan dia, kami terlalu rapat macam adik beradik..lalu sha ceritakan dengan mama sha kemarin, sebelum sha mimpi tu, ada juga dibuat kenduri arwah untuk dia di kampung..patutlah dia kasih mimpi sha, dia nak sampaikan perkara tu..alhamdulilah..semoga amal ibadahnya diterima Allah..
huhu...takziah ye dear...
ReplyDeletealfatihah buat nya...semoga rohnya dicucuri rahmat
amin :D
Deletekata org, mimpi bertemu org yg sudah meninggal ni ada yang betul2, bukan sekadar mainan tidur...
ReplyDeletesemoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yg soleh...
yup..sha sllu mimpi arwah..amin:D
Deleteyang pergi akan ttp pergi. yang hidup kena ambil iktibar mati tak mengenal usia kan.
ReplyDeleteya kak sal..begitulah khidpan
DeleteAlhamdulillah, dia tenang disana.. dia bahagia kerana walaupun dia nada uda dia dunia ni, tapi dia tetap tidak dlupakan.. Al-fatihah utk arwah...
ReplyDeleteya ka..kami smua syg dia..Allah juga :D
DeleteAl- Fatihah.. moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan yg beriman
ReplyDeleteamin..kak
Deleteal fatihah..semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. amin
ReplyDeleteamin ya rabbal alamin :D
Deleteal fatihah...sha..mgkin arwah sudah tenang di sana..
ReplyDeletealhamdulilah kalau arwah sudah tng
Deletetakziah. kata orang, kalau mimpi orang yang dah meninggal. memang betul2 jumpa dia. :) ada sebab kenapa dia nak jumpa awak. al-fatihah.
ReplyDeleteya..sbb sha xjumpa dia time dia mnggal ari tu..
Deletemg arwah tenang dan amn disana..al-fatihah
ReplyDeleteamin :D
Delete