Alasan tidak berpuasa



“Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183)

Ini adalah Ramadhan yang ke 15, pejam kelip dia datang, pejam kelip dia akan beransur pulang, sedangkan dia hanya datang sekali dalam setahun, jika kita lihat banyak pahala berlipat ganda untuk umat Islam yang berpuasa..kenapa?? sebab dia adalah salah satu perkara WAJIB dalam Rukun Islam..

Rukun Islam
(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat


Berbalik kepada tajuk yang ingin dibicarakan, alasan tidak berpuasa..antara yang paling popular adalah tidak TERbangun sahur..lapar dan tidak larat untuk berpuasa dalam keadaan demikian..masyaAllah cuba kita bayangkan, jika kita tidak TERbangun sahur selama bulan Ramadhan apakah itu alasan kita untuk tidak berpuasa?? sedangkan banyak lagi umat Islam diluar sana yang tidak makan seperti mana kita makan di Rumah, tidak makan sahur hanya niat..semuanya kerana Allah..

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

"Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata "Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk."
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Mari kita lihat soal jawab bagi alasan ini 

Assalamualaikum ustaz saya tak terbangun makan sahur dan niat puasa selepas waktu imsak adakah sah atau tidak ?

Jawapannya..Sah puasa yang dikerjakan walaupun berniat selepas waktu imsak.

Niat sahaja sudah mencukupi..Jadi apakah alasan itu masih diguna pakai untuk bulan puasa? tepuk dada tanyalah IMAN..wallahualam~

3 Comments

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

  1. Alhamdulillah, CiM masih dlm mood puasa & terawih. Tkde cuti langsung pun tkpe, lg CiM suka...

    Salam 15 ramadhan. Bulan terang dan besar sgt smlm..

    ReplyDelete
  2. akan ade ke alalasan bile kite berdepan dgn pertanyaan malaika ttg ape amalan kita di dlm kubur nnt.. =(

    ReplyDelete
  3. deqla msh berpuasa penuh takat ni..alhamdulillah... sha??

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Previous Post Next Post