August 30, 2012

Perkongsian pengalaman mengenai Majlis perkahwinan ustaz don daniyal



Perkongsian pengalaman dari krew Nadia Zahari Photography dan Artmosphere Photography 

mengenai Majlis perkahwinan ustaz don daniyal

Sumber : FB

1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.

2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.

3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.

6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.

Nota Pink : Alangkah bahagianya jika kahwin dengan cara macam ni..Insyallah :)

6 comments:

  1. biar sederhana tapi ikut sunnah dan islam...ingat tau..pengantin perempuan xyah mekap tebal...xcantik pun....sebab yang asli lg indah...kan sha,,...heheh

    ReplyDelete
  2. kan..best sgt tgk cara dorang kawen :)

    ReplyDelete
  3. sederhana dan meriah....
    yang penting bukan untuk menunjuk2....

    ReplyDelete
  4. boleh ka kita nk buat mcm tu???

    ReplyDelete
  5. tahniah buat Ustaz Don... semoga kekal sampai akhir hayat....

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)