November 29, 2012

Flower Boy

November 29, 2012 8 Comments
Cerita korea yang tajuk entry ni korang pernah nampak tak? ala yang ada 4 jejak hensum tu..hehe...tapi tajuk kali ni berkaitan dengan boy and flower..tak termasuklah jejaka hensum kurea tu..kang ada yang jeles heheh..


owhh...geram nya dengan budak ni..buat simbol peace tapi tak tengok auntie yang cute ni..aishh..gigit karang heheh..tapi sha akan rindu gak dengan aiman ni..sebab besok dah berangkat balik KK..alam persekolahan dah nak bermula..no more play2 hahha..

line kuat gila ni..nak BW tapi mata dah mengantuk..lagi2 besok awal nak gerak..nasib ada yang baik hati tumpangkan..hehe..save duit tambang hahah..

oh ya..sory ya tadi sha ada kenduri tahlil..so off9 tak dapat balas jejak korang..nanti sha balas ya..patutnya tajuk entry ni..entry melalut..baru ngam..hehe

Nota Pink : sejak berblog ni..bahasa jadi jiwa bangsa..dah tak tersabahan pula heheh tapi kalau jadi rojak korang faham2 ja la ya..hehe..gud nite :)


Basahkan tekak anda

November 29, 2012 8 Comments


Panas tak cuaca tempat korang..panas kan? ah ni sha ada hidangkan ice cream untuk dijamah pura2 ja tau..sha pun turut terliur ni..punya lah sedap kan..aipp..encik google punya ni..kang basah pula screen laptop..hehe..

Teringat Kembali

November 29, 2012 4 Comments

Dah 41 hari arwah tinggalkan kami sekeluarga..terasa macam baru ja lawat dia di hospital..terasa dia baru ja pulang dari hantar mama pergi keja..aih...sha rindu dia sangat..mama sha pula sehinggakan pergi hospital pun dah tak mampu..apakan lagi sha nak lalu hospital pun tersedu..teringat beraya kat hospital..sedih kehilangan ayah diusia muda..

bila terbaca entry ucapan takziah buat rakan NURUL atas kematian ayah tercinta, sha terkenang semua detik2 bersamanya..terasa singkat ja waktu itu..tapi semuanya harus ditempuhi dengan tabah..kematian itu suatu kepastian..AL-FATIHAH..

November 28, 2012

Thanks for all of YOU !!

November 28, 2012 3 Comments

Kenduri makan 40 baru sahaja habis tadi..arghh penat..sha tiada masa nak update blog hari ni..lupa pula nak buat auto publish semalam..kemarin pun penat juga sebab potong daging..1st time hehe..durian banyak jatuh tapi semua dah ditebuk basing..aissshhh..tak apa bukan rezeki kan..

*Tengok tajuk entry* alhamdulilah..entry ni khas buat korang yang telah mengenapkan angka 1100 follower sha..boleh tengok sidebar untuk make sure betul ke tak angka itu..haha kidding bah..actually sha nak buat entry apabila menjangkau 1k..tapi asyik busy dengan update giveaway yang meriah (JOINthanks korang yang telah join..*heeee promote jap*

! ✿ opZZpinky ✿ !

Sempena entry ni dipublishkan..erk? sha buat header baru untuk tatapan korang..memang macam kebudakan..tapi hope korang enjoy bila stay sini..hahaha..tak ada kena mengena tau !! apa2 lah janji kita happy kan...hobby sha yg gemar tukar header ada yang sokong tak?? heehee

November 25, 2012

Bertunang itu MUDAH!

November 25, 2012 3 Comments

Apabila seorang lelaki menyatakan hajatnya untuk meminang si perempuan tidak kira dalam apa bentuk ; telefon, sms, mulut dan si perempuan menerima, itu dah kira bertunang. Sekiranya ada lelaki lain masuk minang, hukumnya haram kalau dia tahu. Kalau tak tahu tak jadi masalah.

-Ustaz Azhar Idrus-

Nota Pink : Maksudnya sha dah jadi tunangan orang???

Resepi Kek Roti Paun

November 25, 2012 8 Comments

roti ni kami panggil roti paun..tapi kalau di semenanjung panggil roti bangali kan?

buat kek ni senang ja..bahan-bahan pun senang dapat..siapa pengemar kek macam MR.A boleh lah buat try buat kek ni dirumah..mungkin dah ramai mama-mama diluar sana tahu..tapi sha nak kongsi kan juga hehe..

Bahan-bahan

6 biji telur
1 buku roti paun
1/2 buku majerin 
1 tin susu cair
1 tin susu pekat (susu junjung)

Cara menyediakan


blender semua bahan diatas


hasilnya seperti acuan ini


kemudian bakar pada 180 0C dan 60 minit...kalau belum masak tambahkan minit sehingga bahagian atas kek kelihatan berwarna coklat..


dan siap untuk dihidang :)

November 24, 2012

Freebies - Cursor Hello Kitty

November 24, 2012 3 Comments
Cute Hello Kitty 7
http://cur.cursors-4u.net/anime/images1/ani182.gif
Cute Hello Kitty 6
http://cur.cursors-4u.net/anime/images1/ani181.gif
Cute Hello Kitty 3
http://cur.cursors-4u.net/anime/images1/ani178.gif
Cute Hello Kitty 2
http://cur.cursors-4u.net/anime/images1/ani177.gif
Blinking My Melody
http://cur.cursors-4u.net/anime/images1/ani197.gif
Cute Hello Kitty 9
http://cur.cursors-4u.net/anime/images1/ani184.gif

Freebies - Cursor Reben

November 24, 2012 2 Comments
Brown Bow Tie
http://cur.cursors-4u.net/others/images9/oth808.png

Black Bow Tie
http://cur.cursors-4u.net/others/images9/oth807.png
Orange Bow Tie
http://cur.cursors-4u.net/others/images9/oth806.png
Bright Green Bow Tie
http://cur.cursors-4u.net/others/images9/oth805.png
Purple Bow Tie
http://cur.cursors-4u.net/others/images9/oth803.png
Sky Blue Bow Tie
http://cur.cursors-4u.net/others/images9/oth802.png
Red Bow Tie
http://cur.cursors-4u.net/others/images9/oth801.png
Pink Bow Tie
http://cur.cursors-4u.net/others/images9/oth800.png

Tahniah buat Irine dan Amirul

November 24, 2012 5 Comments


Masjid yang dibina tidak akan lengkap jika tidak mempunyai cahaya mata..dan itu adalah anugerah besar dari ilahi tanda kasih sayang suami dan isteri..tahniah buat pasangan muda irine dan suaminya, amirul yang akan mendapat permata hati tak lama lagi..insyallah..congrat again for mommy & daddy to be...:)


Post a Comment Hilang

November 24, 2012 4 Comments

Tengah asyik godek code tiba-tiba post a comment link hilang..err tak ka korang celaru? mesti tidur tak lena mandi tak basah kan..kan..betul tak? sebab dok fikir mana button nak tekan bila orang lain nak komen..

Tenang..tenang..sha ada cara untuk menimbulkan button lain..insyallah mesti berjaya punya..sha ambil masa 2 hari tau cari benda ni..alhamdulilah setelah burung atas kepala dok lari-lari akhirnya Allah bagi idea cara nak selesaikannya..

First of all korang kena tukarkan setting comment kepada popup window

Dashboard > Template > Edit HTML > Tick 
ctrl + F3  -->  <h4><data:post.commentLabelFull/>:</h4> enter 2x


Copy code bawah ni 

v
v

<center><b:if cond='data:post.allowComments'>
<a class='comment-bubble' expr:href='data:post.addCommentUrl' expr:onclick='data:post.addCommentOnclick'><data:post.numComments/><span style='font-size:16px'> orang telah komen..sila klik untuk komen</span></a>
</b:if></center>

Paste pada bahagian bawah kod yang korang cari tadi -->


Kemudian preview..then save..

dah faham kan..sila lah komen ya..credit to usaha sha sendiri yang rajin mengodek code :]

November 23, 2012

Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK

November 23, 2012 7 Comments

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh

Nota: Rezeki bkn sahaja dalam bentuk wang, tp kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain.

Ada juga yg berbuat kemungkaran tetapi tetap memperoleh rezeki yg melimpah ruah. Tp ketahuilah itu nikmat yg plg azab di kemudian hari dan ia dipanggil 'istidraj'. wallahua'lam.

Sumber FB

November 22, 2012

Larangan memakai gelang tangan bagi LELAKI

November 22, 2012 8 Comments


Daripada Imran Bin Hussain r.a : bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkena
an


Apakah bendanya ini..? (iaitu yang dipakai oleh lelaki tersebut di pergelangan tangannya), beliau berkata : Ia adalah gelang perubatan~

tegas baginda Rasulullah : sesungguhnya benda itu (gelang tangan itu) tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) selama-lamanya~ - Hadis Sohih.

Sumber : FB

November 21, 2012

Hilang? errr

November 21, 2012 10 Comments


actually tak hilang..cuma sha lupa nak tukarkan setting kepada pop up windows ja..patutlah tak ada yang komen latest entry..apapun thanks kak intan..

ini mungkin sebab sha busy make over blog kemarin sampai terdelete post a commment kat bawah komen..nampak kan? tapi sha dah letakkan pada bawah post title dan footer



klik yang sha da tandakan tu..korang boleh lah mula mengomen ya..hehe