November 9, 2012

PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DAN KOLEJ VOKASIONAL 2013

 Daftar Says dan Tips dapat RM5 dengan mudah ♥

Sementara menunggu keputusan PMR diumumkan...ada tak pelajar lepasan PMR yang berminat untuk masuk ke SM Teknik..kalau ada..jom mohon sekarang..hanya perlu menyemak keputusan percubaan PMR dan isi borang on9 sebelum itu kita tengok info yang sha copy dari sumber :D

Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional Kementerian Pelajaran menyediakan 4 aliran utama 
  • Pendidikan Teknikal
  • Pendidikan Vokasional
  • Latihan Kemahiran
  • Pendidikan Asas Vokasional
Pendidikan Teknikal
Bidang teknikal dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum, atau Tingkatan 6.
Aliran teknikal menyediakan 5 kumpulan pakej kursus iaitu;
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Elektrik
  • Perdagangan
  • Sains Pertanian
Pendidikan Vokasional
Pendidikan vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan). Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, pelajar berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.
Pendidikan vokasional menyediakan 7 kumpulan kursus iaitu:
  • Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
  • Teknologi Kejuruteraan Awam
  • Hospitaliti
  • Perniagaan
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  • Pertanian
Latihan Kemahiran
Latihan kemahiran dikhususkan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.
Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.
Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada murid aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa. Program ini membolehkan murid mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti murid. Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang murid mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.
Latihan kemahiran menyediakan 18 pakej kursus iaitu:
  • Pemesin Am
  • Jurukimpal / Juruteknik Kimpalan
  • Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal
  • Juruteknik Automotif
  • Mekanik Kenderaan Motor / Mekanik Automotif
  • Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
  • Furniture Maker
  • Jurubina Bangunan
  • Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu
  • Jurupaip
  • Juruteknik Elektrik
  • Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan
  • Demi Chef
  • Pembuat dan Mereka Pakaian Wanita
  • Pendandan Rambut
  • Jurukecantikan
  • Juruteknik Akuakultur
  • Pekerja Ladang Pertanian
Pendidikan Asas Vokasional
Kursus Rintis Program Pendidikan Asas Vokasional pula dijalankan di 15 buah Sekolah Menengah Kebangsaan dan menawarkan 11 kursus. Kursus yang ditawarkan adalah Pakaian dan Jahitan Menservis Motosikal Membuat Perabot Automotif Tanaman Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara Penyediaan dan Penyajian Makanan Akuakultur Pendawaian Elektrik Hiasan Dalaman Visual dan Animasi
Syarat Umum Permohonan
Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
Pemohon hendaklah:
  • Berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012.
  • Telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012.
Kesihatan diri pemohon:
  • Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
  • Bebas dari penyakit seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
  • Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.
Syarat Khusus
  • Pendidikan Teknikal – Minimum B semua 8 mata pelajaran dalam peperiksaan PMR
  • Pendidikan Vokasional
    - Kategori A – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
    - Kategori B – Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
    - Kategori C – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Latihan Kemahiran – Pencapaian rendah dalam peperiksaan percubaan PMR

Permohonan

  • Permohonan ke SMT dan KV boleh dibuat dengan dua cara:
    1. Secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran di Sistem Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional 2013 .
    2. Secara manual dengan datang sendiri ke SMT atau KV yang berdekatan. Borang permohonan boleh diperolehi di situ.
  • Kemudahan asrama disediakan di hampir semua SMT dan KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad. Walaupun begitu kemudahan asrama tertakluk kepada had yang ditetapkan bagi setiap sekolah.

Senarai Kolej, Sekolah dan Kursus

Sila rujuk Unjuran Kolej, Sekolah & Kursus untuk menyemak kursus yang ditawarkan di setiap Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik.

Temuduga

  • Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga di SMT dan KV yang berkenaan.
  • Pemohon diminta hadir temuduga dengan berpakaian lengkap sekolah. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan, keputusan peperiksaan  percubaan PMR 2012 yang telah disahkan oleh pihak sekolah pemohon dan sijil-sijil berkaitan.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan untuk ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik  2013 tidak dinyatakan di laman web Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional Kementerian Pelajaran tetapi biasanya pada pertengahan bulan Disember.

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan pada penghujung bulan Disember nanti.

Rayuan Kemasukan

Bagi permohonan yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan melalui online atau datang sendiri ke Kolej Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik yang berkenaan.
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5031 atau e-mel info@bptv.edu.my

6 comments:

  1. akak nak pohon lah...
    tapi tengok result pmr dulu...
    hahahhaha

    ReplyDelete
  2. Wah info yang best ni dik..sbb adik bongsu kak tengah tunggu keputusan p.m r :)

    ReplyDelete
  3. Sangat berguna buat mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke sekolah teknik.

    ReplyDelete
  4. bagus maklumat ni utk adik2 yg msh sek

    ReplyDelete
  5. info bagus ni untuk saper yg nk apply....:-)

    p/s:-nuff sha xkeluar la akk nk klik....

    ReplyDelete
  6. hehehehehehe.. nak daftar bolehka Sha.. heheheheh.. rindu pula zaman sekolah teknik dulu

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)