January 17, 2013

Bayi dibuang dalam botol dekat Api-api centre KK


Kota Kinabalu: “Pada mulanya, saya ingatkan sampah lalu mengangkat bekas plastik yang berisi beg plastik berwarna hitam itu kemudian membuang ke dalam tong sampah, namun pelik apabila bekas plastik itu agak berat.

“Saya kemudian mengambil semula bekas plastik itu dan sebaik membuka, saya terkejut apabila melihat kaki manusia yang baru dilahirkan,” kata Rosnie Suli, 57, yang menemui janin cukup sifat di tempat pembuangan sampah di kawasan Kompleks Api-Api Centre, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Rosnie dikatakan sedang membuang sampah di tempat pembuangan dan terkejut melihat bekas plastik mengandungi janin di dalam tong sampah kecil yang dibungkus dengan beg plastik berwarna hitam.

Rosnie yang bekerja sebagai tukang bersih di kompleks berkenaan berkata, ketika kejadian dia bersama seorang lagi rakan sedang menjalankan kerja membuang sampah di tempat pembuangan sampah terbabit.





“Saya mengangkat bekas plastik itu di dalam tong sampah kecil lalu membuang ke tong sampah besar di tempat pembuangan sampah. Namun, saya agak curiga kerana bekas berkenaan agak berat.

SUMBER : Hmetro 
Gambar dari FB

Nota Pink : Sedih tengok bayi yang baru lahir dibuang dalam tong sampah :(

8 comments:

  1. Ya Allah , kejamnya siapa yang buat macam tu :'/ Btw , nice post

    ReplyDelete
  2. giler la org yg buat keje tu sha..kalau dapat tgk orgnya kak fieda rasa nk pi tonyoh2 muka dia dgn kulit durian..

    ReplyDelete
  3. Astaghfirullah.....kejamnya depa yg buat camtu...

    ReplyDelete
  4. done white.my dan hi shop.

    baru tgk kat blob mv tadi. teruknye org skrg ni.

    ReplyDelete
  5. memang geram
    ciksu ni nak sangat2 ..menanti.
    dorang dah pandai buat keje pastu suka2 hati buang.

    mmg manusia ke apa ni

    ReplyDelete
  6. Astaghfirullahhalazim.....kejamnya..

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)