MANILA: Filipina sedang sedang mencari siapa yang sebenarnya mengirimkan ratusan orang Sulu ke Lahad Datu, Sabah. Ini kerana, biaya untuk menyewa kapal feri demi mengirimkan mereka tidak murah, kata Presiden Benigno Aquino.
“Kami diberitahu ada dana besar yang membiayai mereka dari Tawi-Tawi ke Sabah. Dari mana dana itu? Dari siapa?” katanya seperti dilapor viva.co.id hari ini.
Beliau juga mempersoalkan kesahihan Jamalul Kiram III sebagai pewaris Kesultanan Sulu yang sah.
Menurutnya, pemimpin Sulu sekarang ini bukanlah keturunan langsung Sultan Sulu yang diakui Filipina pada 1974, iaitu Esmail Kiram I.
Ismael tidak memiliki keturunan sehingga kematiannya dan takhta diturunkan kepada orang lain. Kerajaan Filipina tidak mengakui kepimpinan Sultan Jamalul sebagai pewaris Sulu dan mengatakan seharusnya yang memimpin ketika ini adalah Esmail Kiram II, adik dari Esmail Kiram I.
Namun Esmail II mengatakan bahawa dia bukanlah pewaris, melainkan putera mahkota atau dalam bahasa Sulu disebut “sultan bantilan”. Ismael II juga mengatakan bahawa Jamalul adalah Sultan Sulu dan penguasa Palawan dan Sabah sejak waktu itu.
“Sejauh yang keluarga kami ketahui, Jamalul adalah pewaris Sultan,” kata Esmail.
Dengan menunjukkan gambar riwayat keturunan Kesultanan Sulu, Aquino menegaskan bahawa Sultan Sulu sekarang iaitu Jamalul Kiram III, memiliki keturunan yang sangat jauh dari jawatan pemimpin.
Kajian kerajaan Filipina menunjukkan, Jamalul Kiram III adalah saudara jauh kepada Sultan Mawallil Wasit, adik Esmail II.
“Inilah persoalan yang pertama kali muncul, siapa yang seharusnya mewakili Kesultanan Sulu?” kata Aquino.
Kerajaan Filipina juga sedang mengkaji dua dokumen mengenai sewa Sabah oleh Kesultanan Sulu kepada syarikat British North Borneo Co. tahun 1878 yang kemudian diambil alih Malaysia tahun 1960 an.
sumber : FB
Nota Pink : jom sama2 berdoa agar semuanya kembali pulih, sebab ada khabar mengatakan..hospital sandakan akan menjadi pusat rawatan bagi tentera yang cedera..takut nanti akan melibatkan bahagian kampung sha pula..God bless us..
Semoga dapat diselesaikan dgn baik perkara ini.
ReplyDeleteya Allah mg dijauhkan bencana yg besar2 dan kecik2 disana....
ReplyDeletehuhhh kucar kacir . td pagi kat sekolah pun riuh dah gara2 terdengar bunyi tembakan . :/
ReplyDeletekematian 2 org komander memang terasa tmbh2 ada ank kecil lagi :(
ReplyDeleteitulah akibatnya kalau org luar masuk dan perkahwinan cmpur dipermudahkan dan dipandang ringan..harap apa yg terjadi..pihak yg tertentu lebih alert utk bwk masuk org luar.moga apa yg jadi kt sabah tak berulang pd tempat lain
semoga semuanya berakhir segera... tak nak kacau bilau berlaku lagi.. Allahuakbar...
ReplyDelete