Seorang bayi yang baru dilahirkan tetapi telah dipam masuk kedalam paip tandas akhirnya diselamatkan anggota bomba dalam satu kejadian di China.
Bayi berkenaan diselamatkan dari dalam paip selebar 10 sentimeter yang terletak betul-betul di bawah sebuah tandas selepas beberapa orang pejalan kaki mendengar dia menangis.
Polis yang menyiasat kes itu sebagai cubaan membunuh dan melancarkan gerakan menjejaki ibu bapanya. Rangkaian televisyen China, CCTV melaporkan, bayi itu ditemui di bawah sebuah kediaman di Jinhua, di kawasan mewah Zhejiang.
Pasukan penyelamat terpaksa memotong paip berkenaan dan membawanya bersama-sama bayi itu ke hospital berhampiran.
Doktor yang memotong paip itu terpaksa berhati-hati bimbang kecederaan bayi, kerja tersebut dilakukan hampir sejam, sebelum dapat menyelamatkan bayi lelaki seberat 2.3 kilogram itu.
Media China melaporkan, kanak-kanak itu yang dinamakan Bayi Nombor 59 sempena nombor inkubatornya, selamat dan stabil.
Rakaman video mengenai usaha menyelamat itu disiarkan di seluruh negara semalam dan mendapat ribuan ulasan menerusi Weibo, laman media sosial popular negara itu.
Seorang pengguna menulis: “Saya tidak boleh menerima atau memaafkan perbuatan membuang bayi yang masih beruri dan bertali pusat ke dalam paip tandas. Adakah mereka yang bertanggungjawab layak dipanggil manusia. “Sifat kehaiwanan berbanding kemanusiaan di kalangan orang dewasa semakin meluas.”
Laporan mengenai bayi dibuang sering disiar media negara berkenaan. Antara punca yang dikatakan menyebabkan keadaan itu berleluasa ialah undang-undang merancang keluarga yang ketat. China melarang pasangan suami isteri mempunyai lebih daripada seorang anak.
#astagfirullah..sungguh kejam ibunya..kalau tak mau, bagi kat sha..comel lagi bayi ni..dunia-dunia :( sedih sha tengok !!
Allah Maha Berkuasa..menyelamatkan nyawa baby nie.kejam sunggh manusia yg melakukan tindakan nie.Laknat Allah keatas mu.Mujur di China..bukan d malaysia
ReplyDeletesubhanallah :)
ReplyDeletePost a Comment
Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)