August 30, 2013

Edit Blog Mia - SinceYesterdayz

August 30, 2013 2 Comments

Assalamualaikum

Hari ini siapkan blog tempahan Full Template RM 20 + Review + Iklan sebulan dari Sumandak Manis lagi Comel..dari Sabah, dekat ja..jadi speaking pun Sabahan, lebih senang sikit dan 1st time dapat customer dari Sabah..lancar bah kami punya conversation haha..

Ok !! Tema Fully Purple sebab Tuan punya blog sangat suka purple..design kali ini amat unik sebab sha buat post title ada gambar owner..akhirnya berjaya juga buat haha..poning juga belek2 kod..huhu..

Btw, jom follow Mia --> http://sinceyesterdayz.blogspot.com/

August 29, 2013

Lipstik Collogen Treatment D'Herbs

August 29, 2013 3 Comments

Assalamualaikum

Sha nak share tentang produk bibir yang sangat bagus untuk wanita dan lelaki yang mempunyai masalah bibir kering atau terkupas, memandangkan barang order dah sampai siang tadi, so nak snap sikit haha..

Actually sha pakai produk ini, dari awal bulan January, tahan lama juga lah, baru ja habis awal bulan lalu tu, cari supplier baru jumpa yang murah..kejap lagi sha bagitahu mana nak beli ya..

Promote laptop kejap :P

Antara kelebihan lipstik ini adalah ;
  • Sebagai penyeri warna bibir semulajadi mengikut suhu badan dan darah
  • Melembapkan bibir yang kering dan merekah
  • Sesuai juga untuk bibir yang gelap akibat merokok dan faktor keturunan
  • Kekal semulajadi selama 12 jam
  • Lelaki dan perempuan boleh guna 
  • Boleh digunakan sebagai pemerah pipi dan bibir bercollogen
So sha syorkan korang guna lipstik ini untuk pergi mana-mana, terutamanya tempat yang berhawa dingin, contohnya sha, waktu kelas memang bibir kering, so kalau pakai ini 2 in 1 lah sebab rawat bibir juga buat muka kita taklah terlampau pucat kan..

Boleh beli online dengan harga RM 24 free postage di Nur Iman Marketing

Hari Kecemerlangan Akademik UiTM Sabah

August 29, 2013 3 Comments


Assalamualaikum

Actually majlis ini kemarin tapi lupa nak update haha..so nak juga update..so dapat sijil lah kan..ini untuk result sem lepas..alhamdulilah..insyallah sem ini nak struggle doa kan ya..ada beberapa gambar sha nak selitkan..gambar ambil sijil tiada lagi..mesti buruk tu..haha




inilah wajah2 yang bakal gradute..haha..agak sopan di situ haha..

 
and last but no least, budak kicik pakai baju purple..jarang2 juga letak gambar sorang2 kan..hihi..
:P

August 28, 2013

Review Blog #1

August 28, 2013 2 Comments

Assalamualaikum

Hari nak review blog seorang gadis comel, blog berwarna pink..ACTIVE DIARY nama blog diberi, empunya blog Cik Amirah Yasmin, be original katanya..hihi..

Hasil sentuhan Tapawan.blogspot.com mengabungkan Pink + Purple, maka terhasil lah blog yang cute ini, cumanya sha nak komen sedikit kalau bole..border blog maybe bole dikemaskan sedikit, termasuklah border sidebar dan post title, sebab ruang blog agak terhad..overall cute !!

Cik Amira aktif juga dalam support blogger punya segmen..wah..hebat kan..
so..mari kita follow blog beliau --> http://activediary.blogspot.com/

GEMPAR!! 20 Lelaki Bersenjata Culik Nelayan Di Sabah!!

August 28, 2013 0 Comments
KOTA KINABALU – Sekumpulan 20 lelaki bersenjata bertindak menculik sekumpulan nelayan dan menuntut untuk dibawa ke kawasan resort percutian di Pulau Mabul, sebaliknya telah dibawa ke sebuah kem tentera di pulau berkenaan, lapor The Star Online.




Insiden itu bermula ketika seorang nelayan berada di dalam bot miliknya sebelum didatangi sebuah bot laju dari Pulau Umadal kira-kira jam 6.30 petang semalam.



Pulau Mabul merupakan salah satu lokasi pelancongan yang terkenal di seluruh dunia.


Kumpulan lelaki bersenjata yang berpakaian serba hitam bersenjatakan senapang patah dan pistol kemudiannya memaksa nelayan itu naik ke bot milik mereka dan mengarahkannya membawa kumpulan berkenaan ke kawasan resort yang terdapat di Pulau Mabul.

Ketika mendekati kawasan pulau, kumpulan lelaki bersenjata itu kemudiannya terlihat beberapa kelipan cahaya lampu merah di kawasan pantai pulau di mana, nelayan berkenaan menyatakan bahawa lampu itu adalah lokasi kawasan resort.

Setelah hampir dengan kawasan pantai, kumpulan berkenaan menyedari bahawa ia adalah sebuah kem tentera dan bertindak menukar arah haluan bot yang dipandu menuju ke perairan Filipina.

Ketika bertindak demikian, kumpulan bersenjata itu kemudiannya menahan sebuah lagi bot dan menculik lapan lagi nelayan dari bot berkenaan.

Selepas beberapa jam, salah seorang dari kumpulan berkenaan menyoal sembilan nelayan mengenai bangsa dan agama mereka.

Apabila diberitahu bahawa mereka berketurunan Suluk dan Muslim, kumpulan bersenjata itu kemudianya menghampiri sebuah bot lain dan mengarahkan semua tahanan itu terjun ke laut.

Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Supritendan Mohd Firdaus Francis Abdullah mengesahkan kejadian itu yang berlaku antara jam 6.30 hingga 9.30 malam semalam.

“Kesemua mangsa adalah nelayan dari sekitar Semporna. Sebaik sahaja mereka dibebaskan dan sampai ke pantai, mereka terus melaporkan kejadian itu kepada kami.

“Kini siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui dari mana kumpulan itu berasal berdasarkan maklumat daripada nelayan yang diculik itu,” katanya.


Lawatan ke Lembaga Koko Malaysia

August 28, 2013 2 Comments


Assalamualaikum

Pagi tadi sha dan classmate ada lawatan ke lembaga koko di KKIP area telipok, dekat ja dengan UiTM, lawatan sambil belajar tentang pemprosesan menanam pokok hingga ke penghasilan coklat..best ~



proses pengkahwinan pokok koko

penerangan mengenai jenis2 coklat yang ada di Lembaga koko..biasanya kalau yang dia pegang tu untuk buat kek..

  
Abg tu tengah sejukkan coklat, meja tu bersih tau hihi


dah sejuk, dia letak dalam acuan kecil untuk memudahkan kita makan haha


maka jadilah macam ini


dan ianya FREE..haha..seketul ja pun :P sedap tauuu..original dari koko, ada tambahan sedikit susu untuk perisanya


Kalau nak beli, 1 box ni RM 3


then kota dengar ceramah tentang koko


sesi pertukaran cenderahati dari Lembaga koko dan Pihak UiTM


Selain dari coklat, banyak lagi produk yang dorang hasilkan contohnya kosmetik

Lebih dari 2Jam juga kami round2, then launch dan sesi bergambar..
memang best..kalau dapat kerja di sana..hari2 makan coklat free haha..



Edit Blog Mey-Mey

August 28, 2013 3 Comments

Assalamualaikum

Pakej Edit Full Template hanya RM 20 untuk 3 yang terawal, ianya termasuklah Edit blog + Iklan sebulan dan review..so taday nak bagitau yang Blog Mey2 antara yang terawal menempah..

Tema Pink cute..hehe..memang sha akan bagi cute2 punya..sebab warna kegemaran sha kan..haha..New Bie dan korang boleh follow Mey2 di http://missfeelizscyadeborneozz.blogspot.com/

Blog ini untuk Shop, sama ada beauty dan novel..terselit juga untuk tutorial..in progress..nanti selalu tinjau tau !! hihi..next design akan sha siapkan weekend ini.. 

August 24, 2013

Pengalaman Membeli Produk Secara Online

August 24, 2013 11 Comments

Assalamualaikum

Dunia semakin mudah, ringkas dan cepat dengan adanya Online, yang jauh didekatkan, ceh !! haha..hanya dengan beberapa klik kita sudah mampu memilikinya..maksud sha barangan yang kita mahu, sha sendiri adalah penjual barangan online -KLIK- promote sikit :P tapi sha lebih kepada services Edit Blog

So topik hangat ini menceritakan pengalaman sha membeli produk secara online..sebelum ini sha jual beli memang lancar ja, dengan suppliers yang sha kenali di alam maya, tak perlulah sha mention kan :)

Ceritanya bermula di Facebook, kenal seorang kakak M, menjual barang F dengan harga yang sangat murah..sha sebagai penjual agak happy juga dapat barang begitu murah kan..lagipun sha tolong kawan beli..so transaction berlaku apabila kedua2nya setuju

Pada hari pertama selepas transaction, kakak M bagi respon tahu yang dia akan hantar secepatnya..so biasanya sha akan expect dapat sehari selepas transaction..so sha tunggu lah..kawan sha punya nda sabar..harga pun boleh tahan RM 100++ jugaklah


So seminggu dah berlalu, risau juga, langsung tiada respond dari kakak M, sha cuba contact kakak M, dia kata dia busy sikit, ok sha tunggu, memandangkan alamat yang sha letak di hostel, lagipun dah nak balik beraya, so sha nak confirm cepat2 bila boleh dapat tu barang, akak tu kata maybe sehari sebelum balik beraya..tapi dia kata tracking no hilang..so sha tahu lah dia dah send barang tu

Alhamdulilah, sha dapat kawan yang penyabar, sebab tahu barang tu ada masalah dekat pos laju, nak col pun xtau tracking no, so sha tunggu, first time barang ada masalah, sha tak tahu nak buat apa..sebulan berlalu, barang tak ada khabar..



OMG, sha nak juga penjelasan dari kakak M, lama juga baru dia balas messej sha..sha kata, refund la duit tu, syukur juga dia transfer balik duit tu, dan start cari supplier yang boleh dipercayai..akhirnya sha dapat barang tu walaupun taklah semurah yang dijanjikan oleh kakak M, at least sampai juga kan..hihi

tak sedar panjang pula sha taip..so hati2 apabila membeli online, kot2 korang ada nak kongsikan mengenai tajuk ini, boleh komen ya..

Sharing is Caring..

August 23, 2013

2 BE untuk Bulan August

August 23, 2013 4 Comments


Assalamualaikum

Alhamdulilah Nuffnang masih nak bagi BE untuk blog sha ini, Check kemarin dapat 2 BE, wow !! dah naik ke RM 10 ++ hebat ohh.. 

BE bulan lalu pun masih lekat lagi..ada 2..ingatkan satu tu dah credited..rupanya datang pula dia akhir2 bulan ni..boleh kah macam tu?? hihi..langsung tak tahu pasal BE ini, just check Nuffnang hari2..kalau ada BE melekat alhamdulilah lah kan :)

Kalau nampak Iklan Digi dan Twisties tu tolong klik boleh? hihi..thanksss

Edit Blog Fissticker

August 23, 2013 0 Comments
Assalamualaikum
Ini juga tempahan yang pending before Raya tu, ambil masa juga nak edit sebab this week sangat busy..sorry kak Nurhafizah atas kelewatan..
Btw, Full template bertemakan PINK, blog business newbie, sekali buat blog its free..hihi..also tempah tapak iklan..sebelum itu korang boleh tengok sticker yang dia buat..comel2 semuanya hihi 
--> http://www.fissticker.com/

August 22, 2013

Sticker MURAH dan kalis air!!

August 22, 2013 2 Comments

Assalamualaikum

Tempah Sticker upin ipin untuk anak anda yang masih bersekolah..untuk label peralatan sekolah dan ianya kalis air..dan paling penting murah dan sangat menepati cita rasa korang

www.fissticker.com

Selain dari kartun, banyak lagi sticker yang dijual, termasuklah design sendiri dengan harga yang berpatutan..


Untuk sebarang tempahan sila hubungi
Norhafiszah
email: norhafiszah@gmail.com
whatsapp: 0136323715




Edit Blog Gajus Hijau

August 22, 2013 3 Comments

Assalamualaikum
Tempahan FULL TEMPLATE dari Kak Noru Ajima, yang telah lama pending, before Raya I guess, but Alhamdulilah dapat disiapkan juga, 

By the way, Blog ini blog baru buat..semuanya masih baru..open sebab akak Noru dia business ChocoDamia, untuk IQ anak yang malas belajar, siapa berminat sila PM beliau

Blog bertemakan Hijau + Coklat, simple tapi tenang ja hati tengok kan..
apa komen korang?

Jom Follow -- > gajushijau.blogspot.com

August 19, 2013

Edit Blog Shaklee MamaShop

August 19, 2013 7 Comments
Assalamualaikum
Tempahan FULL TEMPLATE dari kak Sue berkenaan blog business beliau tentang Shaklee penjagaan diri dan pasangan anda, boleh tengok nanti..
Bertema PINK, sha lagi semangat nak edit, haha..just element business nak kekalkan, alhamdulilah dapat siapkan dalam masa sehari, walaupun template sebelum ini ada masalah..huhu..
Jom Serbu --> http://shakleemamashop.blogspot.com/

August 16, 2013

Diet Musnah !!

August 16, 2013 2 Comments

Assalamualaikum

tengah malam macam ni memang best kalau makan soto mihun..panas lagi sedap..haha..rancang tadi memang diet malam..tapi sha menghadap laptop tak pejam2 langsung, asah bakat yang ada tuk siapkan tempahan edit blog..sampai lapar juga..maklum lah dah lama tinggalkan HTML..rasa2nya macam nak pencen ja ni..huhu..blog pun tak terurus !!

apapun jom makan..sedopp

Persediaan Perkahwinan yang WAJIB diketahui

August 16, 2013 0 Comments

Assalamualaikum
Memandangkan BFF sha merangkap supporter yang sangat sporting dialam maya ini nak bernikah hujung bulan ogos ini, iaitu 24 Ogos 2013 dengan pilihan hatinya..(yang sha sendiri tak tahu)..Tahniah kepada Mohd Amirul Nazwan yang akan mendirikan rumah tangga dengan pasangannya..semoga bahagia hingga ke akhir hayat, sha sentiasa doakan yang terbaik buat chibi !! opss~ hihi

So Malam ni nak sharing beberapa tips untuk bakal pengantin, semoga bermanfaat, untuk sha juga nanti insyallah doakan ya :)



Persediaan Perkahwinan yang WAJIB diketahui

1. Memilih jodoh
Islam mengharuskan lelaki dan wanita mencari dan meneliti bakal isterinya serta suami masing-masing seperti yang diterangkan sebelum ini.

2. Memilih bakal isteri
Sunat hukumnya bagi lelaki yang ingin membuat pinangan supaya melihat terlebih dahulu bakal wanita yang akan dipinangnya itu. Islam memberi kebebasan kepada mana-mana lelaki untuk memilih bakal isteri yang sesuai bagi mereka. Untuk membentuk ikatan perkahwinan yang harmoni dan berkat, seseorang itu disarankan supaya mengambil kira panduan yang telah diberikan oleh Nabi S.A.W. iaitu mementingkan faktor agama selain daripada keturunan, harta dan kecantikan.

3. Memilih bakal suami
Perempuan juga digalakkan untuk memilih bakal suami yang baik dan mulia. Nabi S.A.W. menggalakkan wanita supaya memilih lelaki yang mempunyai ciri-ciri berikut:
-Beragama
-Berakhlak mulia
-Beradab
-Mempunyai harta dan keturunan mulia

Diantara tujuan pemilihan calon suami dan isteri ialah untuk memberi kepuasan hati dan keyakinan dalam memilih dan menentukan pasangan suka dan duka kelak. Ini penting sebagai ikhtiar dan permulaan kepada perancangan kehidupan berkeluarga.

4. Meminang
Meminang ialah lamaran seseorang lelaki terhadap perempuan untuk dijadikan isterinya. Dalam maksud lain meminang ialah suatu proses untuk menyatakan keinginan daripada seorang lelaki kepada seorang wanita yang boleh dikahwini dengan tujuan untuk mengahwininya serta suatu ikatan atau perjanjian untuk melangsungkan perkahwinan.

5. Mas kahwin
Setiap akad perkahwinan mestilah mempunyai mas kahwin dalam bentuk benda yang bernilai walaupun kecil atau faedah serta manfaat yang diberikan oleh suami kepada isterinya kerana akad perkahwinan.

Mas kahwin dibahagikan kepada dua jenis:

1. Mas kahwin yang ditentukan dan disebutkan semasa majlis akad dan dinamakan mahar musamma. Mahar musamma dibahagikan kepada 2 jenis:

-Mahar musamma al-Mua'jjal
Mas kahwin yang disebut di dalam akad serta dibayar oleh suami secara tunai dan segera.

-Mahar musamma al-muajjal
Mas kahwin yang disebut semasa akad, tetapi dibayar secara tangguh dan hutang.

2. Mas kahwin yang tidak ditentukan jumlahnya sewaktu akad dan dinamakan mahar mithil. Mas kahwin jenis ini mestilah dibayar kepada pengantin perempuan mengikut kadar penilaian ahli keluarga dan sandara perempuan isteri...

6. Hantaran
Hantaran mengikut adat orang melayu ialah barang yang terdiri daripada mas kahwin, persalinan, buah-buahan dan makanan. Hantaran dibawa pada hari berlangsungnya perkahwinan dan akad nikah sama ada bagi pihak pengantin lelaki kepada perempuan dan pengantin perempuan kepada lelaki dalam jumlah yang ganjil seperti 7,9,11. Membawa hantaran adalah harus dalam syariat Islam selagi benda tersebut bernilai dan membawa faedah serta suci dan tidak ditegah oleh syara'.

7. Kenduri kahwin
Kenduri ialah jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan sama ada bagi pihak pengantin lelaki ataupun perempuan. Mengadakan majlis kenduri sunat muakkad hukumnya, iaitu sunat yang sangat dituntut supaya dilaksanakan walaupun secara kecil-kecilan sahaja. Apa yang penting majlis kenduri bukanlah satu cara untuk menunjuk-nunjuk kekayaan dan tidak mencampurkan unsur-unsur maksiat dalam majlis yang berkat itu.

Itulah antara persediaan yang perlu ditempuhi oleh pengantin lelaki dan wanita untuk menempuhi dan melangsungkan perkahwinan. Apa yang penting, Islam tidak pernah menyusahkan seseorang dalam satu perkara. Jika tidak mampu untuk berbelanja besar, cukuplah dengan sekadar apa yang ada dan bersederhana dalam perbelanjaan.

(Rujukan : Ustaz Abd. Latif Muda & Ustazah Rosmawati Ali. 1997. Pengantar Fiqh. Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.)

Sorry chibi sha tak dapat hadir ke majlis kamu, apapun siap sedia jadi suami orang tau !! 

August 15, 2013

Keyword

August 15, 2013 3 Comments

Assalamualaikum

Hari ini nak story pasal keyword yang bermacamII sha baca..ada yang lucu, best so far tiada lagi yang bila baca sha pengsan hihi..alhamdulilah selagi owner mampu menaip, maka jumpa lah apa yang dicari..kan..kan..


Apa itu keyword? Kata kunci kalau di Melayu kan..Pemahaman sha pada perkataan keyword itu sendiri adalah sangat penting bagi sesebuah blog kerana ianya dapat naikkan trafik blog


Di kala dulu, blog sha sepi tanpa pembaca, terima kasih kepada google.com.my sebab jadi top referral blog ini, alhamdulilah makin dikenali walaupun jarang sangat dah nak update entry..

Korang kena rajin cari tips untuk keyword yang boleh menaikkan trafik korang, contohnya keyword pada tajuk, isi kandungan entry dan gambar..semua itu penting tau..

Teknik Asas SEO dari Adib mungkin dapat membantu, Insyallah..


Kesimpulannya, sebagai seorang blogger harus update entry sama ada isu semasa, tips dan bahan yang kerap memenuhi permintaan pembaca..Insyallah, Blog anda akan tidak sepi..


August 12, 2013

Hujan Meteor di Bumi Malaysia

August 12, 2013 2 Comments
meteor shower

Assalamualaikum

Berita sengsasi malam ini yang sha nak ceritakan kat korang semua, meteor shower yang boleh dilihat di Malaysia jam 11 malam ini..baca statement dari Bernama dibawah ini ok :)

------------------------------------------------------------------

Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini malam ini (Isnin) sehingga subuh pada esok (Selasa). 

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mhd Fairos Asillam berkata, pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.

"Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.


"Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer," katanya dalam kenyataan, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya.

"Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar," katanya.

Beliau berkata, waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam. - BERNAMA

-----------------------------------------------------

Jangan lupa tengok ok !! Selamat hari raya :)

August 5, 2013

Pee Mak Phra Khanong (2013)

August 05, 2013 6 Comments

Assalamualaikum

Cerita Thailand yang Seram, Komedi dan romantik..sha dah tengok haha..memang best..actually taklah seram sangat..cuma takut tengok hantu cantik..

Image

kisah lucu 5 sahabat baru habis berperang pulang ke kampung halaman Mak untuk bertemu isterinya yang telah melahirkan anaknya Dang..

Image

Image

kalau korang nak bergelak sakan..jom tengok cerita ni on9..
Saksikan Full Movie Pee Mak [Link]

August 3, 2013

"FIRST GIVEAWAY BY A&D kRAF"

August 03, 2013 1 Comments


Hai semua.Apa khabar?Harap-harap sihat la yer..Malam ini dengan rasminya, owner A&D Kraf ingin membuat GA.Ini merupakan GA pertama kami buat julung-julung kalinya.GA ni sangat la simple mimple.Syarat pun mestilah simple kan.Semua hadiah GA ni disponsor oleh A&D Kraf sendiri yer..Jemput-jemputlah join.Harap-harap ramai yang sudi support First Giveaway By A&D KRAF ni yer..

KLIK BANNER UNTUK JOIN


SYARAT-SYARAT
1. Wajib ada facebook dan blog.
2. Buat entri bertajuk "FIRST GIVEAWAY BY A&D kRAF".
3. Copy coding dibawah dan paste diruang HTML entri.

Creadit to : Mialiana

3. Follow blog dan  like fanpage.
(BLOG )  A& D KRAF | CAHAYA HATI NAZIEQA | AJAIBNYA CINTA DIANA 
(FANPAGE ) A&D kRAF


4. Klik iklan sponsor - *TUNGGU SAMPAI HABIS LOADING. TOLONG JUJUR*
5. Publish! Dan tinggalkan link entri diruang komen.Tempat lain tidak akan diterima..
6. Tarikh tamat 2 OGOS 2013. Umum pemenang 3 OGOS 2013.

SENARAI HADIAH 
SENARAI PESERTA *akan diupdate*



August 2, 2013

Nuffnang disebalik Ramadhan

August 02, 2013 4 Comments

Assalamualaikum

alhamdulilah kini duit di Nuffnang dah boleh cashout..even taklah sebanyak korang tapi titik peluh hasil blog ini sendiri..hihi..untuk pengetahuan korang BE pertama bertandang tanpa sha ketahui (bulan jun)..itu perkara biasa lagi blogger yang merajuk dengan nuffnang..haha

Then bila sha sedar bulan julai..haha..langsung tak concern dengan earning..alhamdulilah rezeki Allah, sha dapat 7 BE running sekali gus..pada bulan Ramadhan..now tinggal satu ja on going..Ramadhan nak berlalu, BE pun nak ikut sama..hihi..


dah boleh cashout..and sha pilih untuk tunggu..sebab belum memerlukan duit lagi..hihi :)