December 19, 2014

Tips Mudah Dapat Kerja

December 19, 2014 8 Comments
Sekarang kalau tak kerja, tak dapat duit, lagi2 sekarang ni harga barang semua naik, keperluan dan kehendak mestilah dipenuhi..kan..so jawapan terbaik adalah kerja. Dulu sha agak lama juga menganggur, 6 bulan, lama kan?time tu rajin juga buat kerja part time on9, dapatlah sikit duit..tapi beza dengan kerja makan gaji..dapat saving KWSP untuk masa depan..rugi tau kalau tak kerja...

Sha nak bagi tips untuk dipermudahkan dapat kerja..semoga bermanfaat untuk penganggur diluar sana

1. Beli Newspaper - kalau sha, selalu beli newspaper yang ada vacancy, contohnya di Sabah, Daily Express, beli ini ja tau, sebab majikan suka post vacancy dekat news ni, tu yang cepat habis dijual, so kena awal bangun pagi beli news ni..

2. Cari dekat Mudah.my atau website yang ada vacancy - dekat mudah.my pun antara favorite majikan post vacancy sebabnya murah dan senang nak dapat pekerja..dan sha ada juga like fan page /join group di Facebook yang memaparkan vacancy dekat kawasan sekitar Kota Kinabalu..

3. Jangan memilih kerja - biasanya orang yang memilih ini adalah orang yang lepas graduate, maklumlah tinggi sekolah, kerja kena ok, gaji kena tinggi...buang semua fikiran macam tu, kenalah bermula dari bawah, lagi2 tiada experience..confirm majikan pilih orang lain kan..

4. Dekatkan diri dengan Allah - antara sebab rezeki senang masuk adalah dengan solat ontime, solat hajat dan solat Dhuha,  Allah akan tolong kita bila kita sentiasa ingat Dia.

5. Percaya pada rezeki Allah - ramai orang cakap kerja government akan menjamin masa depan, of course senang loan dan sebagainya, tapi kalau semua kerja government siapa lagi nak kerja di swasta? kan hihih..rezeki masing2 Allah dah bagi, tak kiralah kerja government or swasta..

Alhamdulilah, walaupun sha lambat dapat kerja, tapi tempat kerja sha sekarang sangat selesa,dengan bos dan pekerja lain pun tiada apa2 masalah, itu yang penting..kita taknaklah kan satu office tidak bersefahaman..semuanya ada hikmah..

Ingat semua yang berlaku tu ada hikmah, kalau dah setahun menganggur, maybe lepas ni dapat kerja yang jauh lebih baik,,siapa tahu..Allah adalah sebaik2 perancang..

Good luck ya..


December 14, 2014

Ingat tarikh lahir, sha rasa lebih dihargai

December 14, 2014 7 Comments
Kalau tahun sebelum ni, sha akan buat GA untuk birthday sha, kali ni tidak berpeluang sebab agak busy dengan kerja...bila birthday sha?? alahai..tak ingat lah tu? 13 Disember la..kemarin..dan walaupun biasa2 ja..sha terasa dihargai bila orang ingat tarikh tu..terutamanya FB, thanks to facebook sentiasa alert pasal birth date..

Dan thanks juga kawan2 rapat sha yang wish ontime dekat msg, wechat dan whatsaap..terharu sangat lebih dari dapat hadiah..hihih..

Dah tua so malas dah nak sambut2 birthday ni haha..cukuplah belanja KFC dan hadiah kan patung spongebob..hahaha..demand nampak..

December 11, 2014

Pengalaman ditahan security guard di shopping mall

December 11, 2014 4 Comments


Baca uzu punya pengalaman tentang 3x ditahan security guard disebabkan ATM card dia, sha pun ada pengalaman juga, sebiji situasi dengan uzu cumanya sha bukan ATM card..

Habour Mall, shopping mall baru buka dekat Sandakan, so time tu sha dengan kawan janji nak stay borak2 dicafe sementara sha ada kirim HP dengan dia yang baru beli dekat KL. 

So, HP baru, kotak pun masih baru, ada code tuk scan dekat situ, habis ja deal dengan kawan sha pun pergilah masuk kedai pakaian..tiba2 scanner tu berbunyi kuat, pertama tu sha ingat bukan sha, sebab banyak juga orang yang masuk sekali dengan sha, lepas tu yang masuk tadi diminta keluar, bila masuk balik, turn sha tu yang berbunyi,...Ya Allah, malunya, semua orang tengok...merah betul muka sha time tu hahaha..

Lepas tu security guard tu cek beg sha, tiada apa selain kotak HP, lepas tu sha pun senyum, dia kata ohh..ok masuklah..start situ sha rasa malu sangat..dah takda feel nak shooping, so sha keluarlah..bila keluar bunyi lagi..dah macam nak meletup tahan malu, datang lagi security guard cek semuanya..lepas tu dia kata kotak HP tu yang ada scan bar..sha senyum ja lah tak tahu nak cakap apa dah..

Lelaki hensem keluar masuk ja tengok sha kena tahan..
Malu sangat..arrrrr...
korang ada tak pengalaman macam sha??cer cerita ...

December 10, 2014

Depressed??

December 10, 2014 2 Comments
Motivasi diri, sebab kadang2 kita bukannya sentiasa gembira, kadang diatas, kadang dibawah, macam sha sendiri malas dah nak blogging, tapi bila fikir balik..dulu kerja juga, ada masa juga tuk blogging..sekarang blog yang depressed hahaha..

Cek balik diri kita, tengok kelemahan yang ada...jangan cepat putus asa..tiada orang yang care dengan kita?? silap tu, family kan ada..jangan lupa dorang paling penting tuk kembalikan semangat untuk kita gembira..

So senang kan nak pilih jalan kegembiraan..
eh..ntah apa sha melalut ni..ni mesti kes rindu blog hahaha...
ada yang rindu sha tak??? :P

November 30, 2014

Sinopsis Pinocchio Korean Drama

November 30, 2014 3 Comments


Drama High School Love On tengah pending dekat you tube, 2minggu juga tunggu..malas dah nak tunggu..so kawan ada suggest drama yang paling best, iaitu Pinacchio..episode satu ja dah tahu jalan cerita best..dari episode satu ja sha dah start nangis tauu haha..lagi nak habiskan satu episode tu makan masa 2 jam juga..lewat tidur dan lewat pergi kerja..hahaha..
Credit to : http://tamura-k-drama.blogspot.com/2014/08/drama-korea-pinocchio-pinokio.html

Sha pun baru habis tengok episode 6 memang best giler..anak buah dan pakcik kena fight nak dapatkan info pasal satu kes, sebab dorang tengah training jadi wartawan..best kan sha cerita hahaha..korang kena tengok sendiri tauu..sha tengok dari utube ja..

Sha kan..macam pernah nampak ja Lee Jong Suk ni berlakon sebelum ni..google punya google..rupanya dia pernah berlakon dalam cerita Secret Garden sebagai boyfriend Osaka..hahaha..adui lucu la lelaki hensom macam ni boleh jadi gay..haha

November 27, 2014

Carian google | Kawan terkejut nampak gambar sha

November 27, 2014 4 Comments

Alhamdulilah, keyword contoh resume masih melekat dekat carian google, membuatkan ramai datang ke blog sha..kalau sehari sha tak update pun masih ada yang boleh backup..itulah pentingnya keyword..amboi sha bercakap macam pandai sangat dengan SEO..hahaha

Pagi tadi terkejut juga, kawan whatsapp bagi tengok gambar resume yang sha post dekat blog, terkeluar dalam carian google..sebenarnya sha langsung tak terpikir nak tengok/cari balik entry yang sha post dekat google..hahaha..memang bagi korang hal ni biasa2 ja, tapi bila mana kawan sendiri yang cari sesuatu then dia jumpa blog kita..terasa macam happy ja sha rasa..sedangkan boleh ja taip opzzpinky>image..akan keluar gambar sha semua hahaha...kan..


November 23, 2014

Harga Runtuh - Domain [dot] my RM9.90

November 23, 2014 1 Comments

Wah murah gila tu, jika dibandingkan dengan domain sha yang www.opzzpinky.my ni dalam RM28, so siapa2 yang teringin nak tukar domain boleh lah jenguk di SINI sebabnya promo tak lama..sampai 30hb ni sahaja..

Sha pun nak renew domain, tapi tak tahu nak buat macam mana, tahun lalu dealer tolong renew kan..
ada yang boleh tolong sha tak? hihih



November 22, 2014

Blog terbiar gara-gara COC

November 22, 2014 5 Comments
COC antara punca blog sha terbiar selain dari penat dan busy kerja..tu lah kalau sudah sangat ketagih dengan game ni sampai tahap tinggi malas nak update blog..adeh..tapi sha yakin ada jugalah gamer COC 2-3 orang yang alami perasaan macam sha..kan..hahaha..

Lagi2 setiap hari ada War dekat Clan sha, mana lagi nak cari elixir nak up naga, semua nak up kena guna elixir..kalau nak pakai gems keluarkan duit..memang tak mampu lah..hahahaha..game ni buat sha stress gilaaaa...

Dekat office pun, cerita COC ja la dengan kawan lelaki, sebab sha seorang ja kerani perempuan dekat situ..haha..memang lucu jugalah..

Aigooo..



November 18, 2014

FREE Diet Gold D'Herbs

November 18, 2014 1 Comments
Sha nak promo sikit, setiap pembelian dari SE-Shop akan mendapat Diet Gold D'Herbs secara percuma..
Tiada Minima pembelian, dan hanya terhad kepada satu alamat sahaja..
Order malam ini sampai 19/11 Jam 5 Petang.
Pertanyaan mengenai stok sila PM Facebook Sharina Elyana
Grab now !!

November 17, 2014

Muhasabah Diri | Percaya pada Rezeki yang Allah Aturkan

November 17, 2014 2 Comments
Alhamdulillah..bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan hari ini, walaupun sekadar dapat park kereta di public area, itupun kira rezeki dari Allah, sebab Allah permudahkan kita dari round cari park dan save minyak..

Apa yang sha ingin kongsikan disini, percaya pada setiap rezeki yang Allah sudah aturkan, berdoalah..jangan putus berdoa dan solat lima waktu..on time..dengar ja azan terus gerak ambil wuduk..In Sha Allah murah rezeki..


Apapun, Alhamdulilah, Allah beri rezeki yang sha nak sangat dan Dia permudahkan sha mendapatkannya walaupun banyak sangat dugaannya..benarlah kata orang rezeki itu tak kemana..semoga kita sentiasa dapat rezeki yang halal..amin..




November 15, 2014

Tiada Idea punca blog tidak ber-update

November 15, 2014 5 Comments
Common problem bagi blogger apabila menghadap laptop tiada idea nak tulis apa..contohnya entry sha ni, walaupun tiada idea tapi terbit juga sebagai entry hihih..

Kenapa tiada idea? sedangkan cerita pasal aktiviti harian pun boleh jadikan idea untuk diolah menjadi entry..ahh tiada asalan tau..sha kadang2 bukan tak ada idea, tapi terlampau banyak sangat idea sampai susah nak finalized untuk dijadikan entry..hahaha...

Banyak sebenarnya masalah kenapa blog tak ber-update selain dari tiada idea..kalau pendapat sha :-

1. Tiada Internet
2. Penat dan Malas
3. Kekangan Masa

dan korang mungkin boleh tambah..


November 10, 2014

Cara Mengurangkan PMS

November 10, 2014 5 Comments
Hormon PMS adalah singkatan kepada premenstrual syndrome(sindrom prahaid) iaitu hormon yang dirembeskan oleh tubuh seorang perempuan kira kira dua minggu sebelum bermulanya kedatangan haid mereka. Kebanyakkan perempuan (gadis remaja dan wanita muda) akan mengalami perubahan sikap dan tubuh badan sebelum kedatangan haid. - http://sayapejuangbahasa.blogspot.com/

Ada juga wanita yang tidak mengalami PMS ketika datang bulan, wah untungnya...tapi kebanyakan akan melalui PMS juga kan..lepas kahwin pula sakit PMS akan hilang..em..tak sabar nak kahwin..kakaka..tapi sakit beranak lebih hebat..erkk..

Kebiasaanya perempuan akan cenderung kepada sifat marah, kuat makan dan sangat sensitif apabila PMS, kalau nak dibandingkan dengan sha, seminggu sebelum tu, sha akan rajin sangat buat kerja rumah, rajin solat, suka makan pedas dan cepat dahaga..tu tanda2nya lah hihih

So sha nak share tips dari artikel blog Cara mengurangkan PMS - http://sayapejuangbahasa.blogspot.com/

1. Menulis diari dan luahkan segala perasaan mereka di dalam diari tersebut. Jika mereka seorang blogger yang berbentuk diari, ini lebih bagus. Ceritakan sebanyak banyaknya luahan hati mereka di dalam blog supaya orang boleh baca dan mereka boleh beri pendapat,

2. Mengubah diet mereka di mana mereka perlu banyak mengambil sayur sayuran dan buah buahan yang mengandungi banyak vitamin B.

3. Bersenam dengan cara banyakkan berjalan, berlari atau berenang. Mereka boleh mengajak rakan rakan dan ahli keluarga supaya aktiviti senaman ini akan menjadi lebih seronok.

4. Mengambil makanan tambahan atau vitamin untuk mengurangkan masalah ini. 

PMS ni tak boleh layan sangat, sebabnya akan menyinggung banyak pihak jika korang kerap marah dan selalu moody, so selalu berfikir dengan positif apabila korang sedang dilanda PMS, banyakkan berzikir dan ingat ALLAH.



November 9, 2014

Saya lah Awek COC itu.

November 09, 2014 5 Comments


Actually orang yang chat dengan sha tu tengah cari member Clan yang aktif, dia nampak sha selalu share gambar village sha dekat moment tu yang dia cari betul tu..haha, 

Bukan jarang sebenarnya nak jumpa perempuan yang main game ni, ramai lagi, mungkin nick name ja lelaki tapi sebenarnya wanita..sebab apa? sha selalu pergi mall, sangat sensitif dengan intro music COC ni, tengok ja, perempuan rupanya..hihihi..

Hari tu ada post pasal GAMBAR BASE COC, start dari situ, terus dapat keyword COC, awek COC..ahh saya lah awek COC tu..hahaha

November 2, 2014

8 Khasiat Air Lemon yang Menakjubkan

November 02, 2014 2 Comments
Sejak kebelakangan ni, sha amalkan minum air lemon suam, bagus untuk diet dan kulit anda, memandangkan badan sha naik, pipi dah bulat, baju dah banyak tak muat..hahaha...setiap kali menghadap laptop, mesti ada air lemon suam ada ditepi sha..haus boleh minum..hihi.. now sha kongsikan khasiat air lemon..baca tauu

Berikut lapan alasan mengapa anda harus minum air lemon.

1. Membersihkan kulit
Salah satu alasan yang meyakinkan untuk minum air lemon adalah dapat membantu menjaga kesehatan kulit.Air sendiri dapat membantu membuang racun,tetapi vitamin C dalam lemon membantu pembersihan racun dari darah kita untuk menghilangkan noda dan mengurangi garis-garis halus dan kerutan diwajah.

2. Menyeimbangkan pH Anda
Air lemon dapat menyeimbangkan pH dalam tubuh Anda.Memang lemon rasanya sangat asam,tetapi mereka benar-benar memiliki efek yang menakjubkan pada tubuh kita.Menjaga pH tubuh seimbang mencegah munculnya virus dan bakteri jahat di tubuh.

3. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
Manfaat lain dari air lemon yakni membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh kita.Kalium dalam jus lemon membantu mengontrol tekanan darah,merangsang fungsi otak dan saraf dan vitamin C membantu melawan pilek.Jika Anda sudah sakit,cobalah menyeruput jus lemon yang ditambah satu sendok madu.

4. Turunkan berat badan
Air lemon juga membantu dalam penurunan berat badan Mengonsumsi minuman ini dengan rutin bisa bikin Anda cepat kurus.Disamping itu,minum air lemon membantu meningkatkan metabolisme Anda.

5. Menenangkan perut dari alkohol
Secangkir air lemon hangat dapat membantu menenangkan perut Anda,setelah mengonsumsi alkohol.Minum air lemon hangat dapat bertindak sebagai antiseptik dan membantu detoksifikasi sistem anda dari semua minuman keras itu!

6. Menyegarkan napas
Kita sekarang tahu bahwa air lemon memiliki banyak manfaat,dan salah satu keuntungan lainnya adalah membantu menyegarkan napas kita!Ini benar-benar efektif untuk saat Anda ingin menyegarkan napas Anda setelah beberapa menyantap makanan pedas atau sesudah merokok.Semua hal ini dapat mengeringkan mulut Anda,yang dapat menyebabkan napas asam,maka jangan lupa untuk minum air lemon.

7. Meningkatkan fungsi sistem otak
Salah satu dari efek yang mengesankan minum air lemon adalah bahwa hal itu mengandung banyak kalium.Rendahnya tingkat kalium berhubungan dengan depresi,sifat pelupa,kecemasan,dan melemahnya fungsi sistem otak.

8. Membantu masalah pernapasan
Jika Anda mengalami masalah pernapasan seperti infeksi atau asma,air lemon merupakan minuman yang ideal untuk Anda! Air ini memiliki sifat anti bakteri dan membantu menyingkirkan infeksi dada serta mengurangi batuk.Air lemon juga dikatakan sebagai obat alami untuk membantu alergi karena membantu menjaga tubuh lebih seimbang.

Air lemon memiliki beberapa manfaat yang fantastis.Sangat mudah untuk membuatnya,selain itu murah dan lezat.Selamat mencoba!

●Ini tentang lemon yang warna kulitnya kuning.usahakan konsumsi air lemon tanpa gula,atau cukup madu.

Hobi Suka Tukar Header

November 02, 2014 5 Comments
addicted dengan game coc sampaikan font pun guna font coc hakss

Gemar tukar header blog antara satu hobi sha..lagi2 sha jenis yang cepat bosan dengan sesuatu, kecuali PINK..kalau korang perasan semua header sha mostly berwarna pink walaupun berubah..kan..header sebelum ni agak lama juga sha pakai, rasanya dalam 4 bulan sehingga dinobatkan blog comel dalam contest hari tu..

Saja nak kumpul hasil design yang sha edit waktu dulu2..sha copy cari google ja, sebabnya tak simpan pun semua header ni dalam Laptop..



Sha dah tak ingat berapa kali dah tukar header, haha..dari blogging tahun 2010 sampai sekarang dah 2014, memang hobi sha tukar2 design2 blog sendiri..alhamdulilah sekarang dah boleh design blog orang..itu semua sebab minat..hihih