Asal kecewa rambut jadi mangsa, 10x Break dengan BF, 10x juga rambut pendek, haha..its normal, bagi sha selepas habis kecewa kita inginkan sesuatu yang baru, bak kata orang hidup harus diteruskan dengan kehidupan yang baru, kehidupan yang single,freedom dan kononnya inginkan new look yang sangat berbeza, ala, macam cerita korea, 3 musim bertukar rambut..kan..tapi walau apa pun..
Getting a cut of hair,dosen't help forget the past
Lepas pulang kerja, terus bergegas pergi tanjung lipat, apatahnya orang nak belanja Steambot Tom Yam, baru tau kelazatan Tom Yam ni, makan jangan cakap lah, lelaki hensem lalu pun sha tak pandang haha..begitu tekun menikmati makanan tepi laut, nyaman...
Selain dari tanjung aru, makanan di tanjung lipat pun sedop juga, dekat dengan laut, dan masjid likas...sory gambar makanannya tiada sebab tak sempat nak snap, dah habis..kakaka...
Lepas melahap, kita rest2 tepi pantai..muka penat tapi sebenarnya kekenyangan tu haha
Entry ni juga sha selitkan ucapan buat My BFF since form 1, Noramima Gusnadi, selamat hari lahir sayang, semoga jadi ibu yang baik, isteri yang solehah :) dan terimalah hadiah my handmade ur name :P nanti u ambik ok..
Dan ucapan takziah buat suami rakan sekerja sha yang kemalangan motor tadi, tengah koma dan tulang belakang beliau patah, semoga cepat sedar dan cepat sembuh..dan buat rakan sekerja sha, harap awak tabah ya :)
Tersengih-sengih tengok video clip ni, rasa macam sha ja yang watak heroin nya haha..of cos lah kan, semua nak kena lamar se-sweet macam ni, even pun sha tau semua ni hanya lakonan semata-mata, so my future take note ya..sha nak romantik macam ni haha..
Tapi yang versi Melayu sha dah jumpa the best proposal is DENA BAHRIN dan suami, pun seakan2 macam ni..hihi..cumanya yang tu real :D
Entry sedih malam ni, rasa macam besok malas pula mau kerja, lately selalu ja rasa nak nangis tapi tak bersebab, so malam ni tak tersengaja belek entry pasal arwah bapa, ingat dulu2 dia selalu gelar sha cengeng..sha memang kuat menangis, kuat terasa, sangat sensitif maklum lah anak bungsu perempuan..hiksss
Sha manja juga dengan arwah..sha rindu dia..rindu sangat2..taip entry ni pun tengah berlumuran air mata, kena tahan mukus lagi..haha..confirm pergi keja mata bengkak..cengeng betul kan :P
Al-kisahnya bermula tengah hari tadi, lelaki dalam gambar tu, pergi temankan sha pos barang (BAJU I AM) di Pos Office Inanam, dia sampai awal dari sha, bila dah jumpa dia bagitau yang dompet hilang, dia pun tak sedar bila kena curi, pintar betul pencuri tu.
Dia yang pakai beg sandang, dompet letak dalam beg tu, rasanya susah nak buka zip beg tu, ngam pula time tu dia dah keluarkan duit RM150 dari bank, sha rasa dia kena follow dari belakang, kalau tak kenapa pencuri tu tau dimana dia letak dompet tu
Dengar kata, area Inanam tu memang black area, takut juga bila lalu area sana, bila tanya orang lain, orang pun tak perasaan, memang sah pencuri tu main sampuk-sampuk...musykil juga begitu senang dia nak mencuri kan..
Antara barang hilang Duit,IC, card bank, semua pun penting2, kecian dekat dia..
nanti nak kena temankan dia buat IC, sekali buat IC sha kena tukar yang ada 2 muka tu..hihi
Badge button order dengan Kak +Shida Radzuan sangat murah, sha order 20pcs ja, tapi sampai dengan sha lebih 3, alhamdulilah terima kasih kak, yang lain dah packing bagi dekat customer yang beli BAJU I AM, hihi..saja bagi free :) kalau korang nak order boleh PM dia di FB SHIDA sha tak sure dia buat promosi tu lagi ka tak, tapi boleh tanya dia..
Alhamdulilah dah sampai pun, order 2minggu yg lalu, sha ada buat order tuk bisnes dan untuk baju sendiri, dah alang2 kan..buat lah tuk baju sendiri...pink color huhu, ada juga baju design MH370, Blogger, comel2 ja sha tengok, insyaAllah besok sha pos ya..
Biasanya orang alergi seafood kan? yang sha ni alergi kacang, of cos lah tak boleh makan coklat yang ada kacang, rugi tau...nak tau apa yang jadi bila makan kacang juga? ahh..dah macam kera kena belacan, penat mengaru-garu badan, tangan, kaki jangan kata merah, sakit tau..tulah jajal, nak juga makan dah tau ada alergi kan..haha..
Actually tak tahan dengan kuih terang bulan..tau lah kan kuih tu banyak sangat kacang, sekali ngap, dah gatal2 seluruh badan...huhu..
Selain elakkan makan kacang, korang tau tak cara nak baikkan alergi ni?
Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.
Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?
12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.
Oh, jiwang haha..ada lah sikit2 normal lah kan, wanita yang romantik is jiwang karat..I am :P cuma sha rindu dengan kenangan lama, kalau nak bina balik, kena cari yang betul2 nak berjuang sehidup semati, jadi taklah kecewa lagi..iya dok?? dan Insya Allah kali ni sha nak dia lamar sha terus, no couple2x...
So lagu ni bila berkumandang ja diradio sha jadi teringat kisah lama..past is past, Allah dah sedarkan apa yang berlaku ada hikmahnya...apapun terima kasih sebab pernah singgah mengembirakan hati kecil ini..cehh..
Kemarin petang singgah Pasar Inanam, kebetulan kawan sekerja sha cerita pasa ABC pisang hijau, 1st time dengar, teringin nak merasa, hihi...dapat juga makan ABC tu, femes juga ABC ni, sha ja yang tak tahu hahah..
ABC pisang hijau ni, macam ABC biasa juga cuma sha pilih ABC milo, yummy, dan campuran istimewanya adalah pisang dibalut dengan pancake (kuih lenggang punya pancake) lepas tu dipotong kecil2 dan dicampurkan sekali dengan ABC tadi..sedapnya....
Tempat korang ada tak?
Sha ada google terjumpa satu entry pasal ABC ni..gambar dia lebih sedap..hihi
Power Bank kini sangat popular, kiranya menjadi penyelamat dikala bateri kong..orang bisnes macam sha kena ada sebijik macam ni, so nak ada ini kena cari yang berkualiti..ABS power bank dengan 4500 mah hanya RM68 free postage, color available - Pink & Orange..korang boleh order dengan sha :) sementara stok masih ada..
Sha pun guna Power bank ni, dapat cas full sebanyak 3x, sha guna Samsung S Advance, dengan bateri 1500mah, so kalau guna power bank 4500mah dapat cas 3x betul lah kan :) ikut korang punya bateri HP jugalah, sila kira sendiri :P
Actually kisah percutian ini tahun lalu, tapi sementara tiada story nak diceritakan, so sha nak flashback, keindahan percutian sha dan rakan di Air Terjun Mahua terletak di Tambunan, 2jam lebih lah dari Kota Kinabalu, tempat ni sangat sejuk tau..best kalau nak mandi air terjun
1st of all, kami beli tiket RM3 untuk dewasa dan kami sangat LUCKY sebab time tu, bunga rafflesia sedang berkembang, so kami berpeluang tengok dengan mata sendiri..hihi
Begitu tenang dan time kami pergi tu, tiada pelancong lain datang al maklumlah tempat ni agak terpencil berbanding Poring, so tidak melepaskan peluang, mandi manda lah dekat air terjun tu, punya sejukkkk...sampai kulit jadi pucat mayat tau..haha..rindu mau pergi lagi..kikiki..InsyaAllah :)
em..em..dah tiba masanya untuk daku bercerita tentang masa depan haha..suspen ja kan, saja pos gambar pelamin untuk rujukan nanti :P wekk..lama lagi, tapi tak salah kan merancang, of cos pelamin tu color pink..ops no..no..fully pink haha..
Setiap wanita itu, impiannya begitu tinggi, apatah lagi dihari penuh sejarah, kalau boleh perkahwinan yang sekali seumur hidup perlu dirancang teliti, tiada cacat celahnya..kan..tapi bagi sha tidak perlu begitu membazir dan agak semak pada hiasan pelamin, cukuplah color pink dan sweet gitu..
Tiada majalah nak dibelek-belek, so sha hanya google gambar pelamin pink and tadaaaaa...
Pilihan pertama
Tema color pink + purple, ok juga lah sebab lately sha minat purple..haha..agak kemas juga even bunga banyak dengan serabainya manik2 di belakang tu, mohon kerusi putih tu digantikan dengan color pink lembut..yang lain ok..
Pilihan Kedua
Yang ini agak simple, suka dengan lampu kat belakang tu..rasa macam grand ja..with 2bunga pink dihadapan, tapi takut lak, bosan menghadap tetamu kang tertendang pasu tu haha...suka..suka dengan suasana yang kemas dan warna kerusi biarlah putih cantik kan..tapi masalahnya takut kaki xsampai kebawah pulak bila duduk hahah
Setakat ni, dua ni ja yang paling sha suka tengok, Insya Allah bila dah jumpa jodoh nak atur cepat2 hahaha..entry pelamin ini akan menjadi rujukan..kikiki...
Kalau korang pilih mana gambar pertama or kedua? ?
Mereka yang ingin kurus, dan sangat perlukan produk kurus yang senang dan murah..mari sha nak share dengan korang. Kenali toksin yang menjadi punca anda gemuk, letih dan sakit sendi
APA ITU TOKSIN???
Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh manusia.Bahaya toksin, bukan sahaja boleh menghancurkan fungsi-fungsi pencernaan, bahkan, boleh mengikuti peredaran darah ke seluruh organ tubuh lalu merosakkan system sirkulasi manusia, organ-organ penyaring (system hati dan ginjal), dan organ-organ pengeluaran tubuh.
Oleh itu, anda perlukan satu penampal toksin untuk menyingkirkan kumbahan dalam badan dan kebaikannya adalah :-
1. Membantu mnyerap dan menyinkirkan racun toksin dalam tubuh
2. Melegakan kesakitan dan lenguh otot dan sendi.
3. Melegakan kesakitan GOUT.
4. Perbaiki peredaran darah.
5. Untuk melegakan sakit tumit dan tapak kaki - sesuai utk sesiapa yg selalu berdiri, berjalan lama, terutama untuk yang pakai kasut tumit tinggi...
6. Untuk membantu dalam mempercepatkan proses penurunan berat badan..
7. Untuk membantu merawat masalah jerawat
8. Untuk membantu merawat mereka yg masalah sinus / resdung
9. Untuk membantu melegakan sakit pinggang
10. Untuk penyakit-penyakit lain melalui titik refleksologi di tapak kaki
11. Membantu tidur yang lena.
12. Tingkatkan kecergasan.
13. Memperbaiki sistem penghadaman.
Untuk pengetahuan korang, sha juga menggunakan detox ini, alhamdulilah berat semakin berkurangan, dan nafsu makan teratur, tidur lena dan buang kumbahan teratur..tak rugi mencuba jika kesannya positif dan murah..kan..
So apa tunggu lagi..jom beli dekat sha dengan harga RM55 free Postage :) khas untuk pembaca Blog Opzzpinky sahaja..PM FB-Sharina Elyana atau Whatsapp 0128427478
Al-kisah di dalam sebuah bas yang sesak dengan penumpangnya, seorang lelaki naik dengan ibu serta adik perempuannya, dengan keadaan mengantuk, sha pun duduk dengan sangat tekun, memerhatikan lelaki tadi naik dan berdiri disebelah..sambil bas berjalan laju, dia pun mengusik2 dan menyanyi seakan berbisik lagu sandiwara cinta yang bermula part korus, berkumandang di telinga sha..amboi jiwangnya..
Tersengih bagai kera busuk mendapat nyanyian lelaki hensem tadi, lucu pun ada, dengan gaya spontan tangan kanan kearah sha dan tangan kiri ke arah dadanya, macam dia ingin mengamati lagu tersebut..sha tergelak besar melihat telatahnya..
Apabila mendapat tempat duduk, ibu bertanya sesuatu kepada anak lelaki itu ;-
Kau suka ka sama kakak tu?
sambil ibunya memuncungkan mulut kearah sha, lelaki tersebut tersengih2 malu kucing, sha pun membalas senyum lelaki tersebut, muka seiras Izzue Islam cuma mata agak cepet sikit, rasanya anak Dusun, hensem tapi sayang...
Budak tu baru PRA SEKOLAH
hihihi...
Tapi kagum dari jauh sebab ada orang berani nyanyikan sha lagu dalam bas :P
Sebak dan sedih bila tengok cerita ni, baru ja habis episode 8 dan tamatlah cerita tentang perjuang Sarawak mati dihukum gantung disebabkan membunuh gabenor semata2 memperjuangkan bangsa dan negara Sarawak, best memang best..
Dilakonkan watak utamanya Beto Kusyairi sebagai Rosli Dhoby, sangat berkesan bagi sha menjiwai semangat sejarah, walaupun sha memang kurang minat subjek ni..hihi..
Memang mendalam sha amati wataknya, lagi-lagi sebelum Rosli nak bunuh gabenor tu, dia salam dan peluk mama dan ayah dia, tersentuh hati sha..terasa sha yang berada disana..syabas Beto :)