Ya Allah, tersangatlah busy, dari puasa terakhir sampailah ke malam ni ahh raya ke dua..orang beraya ke rumah tak putus2, lagi2 kami sekeluarga buat kenduri doa selamat pada raya pertama, alhamdulilah bak kata orang semua ni rezeki dari Allah..
So rasanya belum terlambat untuk sha ucapakan selamat hari raya kepada semua bloggers yang kenal sha..kalau ada terkasar bahasa..tersilap kata...maaflah ya, semua kita ni manusia biasa..Insyallah sha akan BW jika ada masa..Insyallah..hihi
Haha, tajuk biskut nama blog sendiri..biskut ni budak2 suka makan sebab manis dan yummy..so sha nak share satu resepi dimana resepi ni sha dapat idea dari isteri Ajak Shiro waktu tengok TV cerita RESEPI PIKAT SUAMI macam tu lah..tapi sha ubahlah bahan2 dia sikit dan ianya mudah sahaja..
~Resepi Biskut Opzzpinky~
Bahan-Bahan
1. 1 Pek Nestum (untuk sukatan 2 balang kuih )
2. 1 Gelas Kecil Majerin Cair
3. 4 Pek Coklat Masakan Putih yang harga RM5.50
4. 1/2 Penutup Pewarna (pink or apa2 pun boleh)
5. 1 Gelas Minyak Jagung (boleh letakkan lagi jika coklat belum cair)
6. Paper Cup
7. Hiasan manik/coklat/badam or apa2 ja yang sesuai
Cara Menyediakan
1. Gaulkan bahan 1 dan 2 sehingga sebati, masukkan dalam paper cup dan bakar dalam oven dengan suhu 160 darjah celcius dan 10-15 minit
2. Campurkan bahan 3, 4 dan 5, kemudian panaskan coklat tersebut menggunakan double boil
3. Letakkan coklat yang telah cair ke dalam paper cup dan hias dengan hiasaan anda
4. Tunggu sehingga coklat dalam paper cup sejuk baru letakkan ke dalam balang
#coklat akan cepat keras, so kerapkan double boil coklat tersebut
Simple kan? so korang boleh buat dirumah, memandangkan raya dah nak dekat harap resepi ini dapat membantu..selamat mencuba..
eh tak perasan dapat lagi BE dibulan Ramadhan, alhamdulilah...so mengumpulan 4 BE yang tengah running dalam blog..thanks Nuffnang sebab bagi semangat berblogging, even lately agak sibuk buat kuih raya dan kemas rumah..so tired !!
Selamat berpuasa korang, agak busy sha buat biskut raya..baru 3 jenis..hihi..sementara tengah free..tolong lah mama dekat dapur kan..biskut apa? nanti sha update..so sekarang sha nak promote barang baik punya..iaitu Twilight Turtle Night Light..function untuk bagi tidur anak2 ataupun boleh buat bantal peluk..nak bagi orang tersayang pun boleh :)
Specification:
• Full night sky projection on ceiling and walls.
• 8 actual star constellations.
• Star Guide to help identify constellations.
• Shell illuminates for a calming nightlight effect.
• Battery Requirements: Requires 3 x batteries (NOT Included)
• Turtle approximately: 30cm (L) x 19cm (W) x5cm (H).
- Light color available (Blue, Green, Yellow, Pink)
Auto shut-off - 60 minute sleep timer. Built-in switches: The first is on/off switch, second is 4 color auto switch, third is 4 color manual switch and the last is music switch ( for music turtle only )
Material: woolen plastic electronic components
Weight: 0.5kg
Barang ni baru masuk tadi order 500pcs, ramai yang minta turtle ni, katanya peneman tidur siap ada music lagi tau..siapa cepat dia dapat..harga dekat luar RM60-68 kan..
Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com bermula pada hari ini sahaja, 19 Julai 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.
Alhamdulilah, SE-Shop antara penyumbang utama rezeki sha, blog shop sha kali pertama dapat BE dari nuffnang iaitu Oreo Transformers..kalau nampak boleh lah tolong klik ya..
actually BE ni dah lama, tapi dia baru muncul, sha hari2 buka nuffnang, tak nampak pun BE ni, tup2 timbul pula hari ni, apapun..thanks nuffnang :)
Terkejut sha bila dengar berita mengenai kemalangan pesawat MH17 tadi pagi yang dikatakan sumber reuters pesawat MAS MH17 ditembah jatuh di Timur Ukraine kitak berada pada ketinggian 10 km.
Pesawat 9M-MRD dari model Boeing 777-200 MH17 dalam penerbangan dari Amesterdam ke Kuala Lumpur membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.
Boeing 777 MH17 terhempas berdekatan sempadan Ukraine dan Russia yang dipercayai ditembak jatuh dengan senjata BUK-M2 di zon konflik kedua-dua negara tersebut.
Penasihat kepada Kementerian Dalam Negeri Ukraine melaporkan pesawat itu ditembak oleh peluru berpandu darat-ke udara. Tweet rasmi daripada Malaysia Airlines berkenaan kemalangan MH17 di Ukraine.
MasyaAllah..semoga ahli keluarga mangsa kemalangan pesawat MH17 ini tabah dan bersabar dengan ujian Allah pada bulan Ramadhan yang mulia ini.
Untuk mendapatkan banner pray for MH17 boleh ambil di SINI
Hari ni tak berapa sihat, namun edit blog harus diteruskan..sebab nak cari duit lebih..alhamdulilah another shaklee blog siap kemarin..nak rest kejap..tapi tangan gatal ja nak edit blog orang haha
Tema Pink + green + peach
simple ja hasil tangan sha..yang penting tuan punya blog suka
Untuk tempahan edit blog, sila email sha opzzpinky@yahoo.com
Setiap payment edit blog RM5 sha akan sumbangkan ke tabung Aman Palestin
Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat wanita yang bertindak ganas terhadap seorang lelaki tua ketika kemalangan di Kuantan, Pahang selepas rakaman video kejadian itu menjadi viral sejak petang semalam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, wanita berkenaan akan disiasat mengikut undang-undang jalan raya kerana bertindak sebagai pembuli jalanan.
"Saya sudah melihat rakaman video itu pagi tadi, kita akan siasat wanita itu. Kalau kemalangan bukan itu caranya tetapi dia perlu membuat laporan polis bukan bertindak sendiri.
"Tindakannya itu mengundang bahaya dan dianggap sebagai pembuli jalan raya yang menyalahi undang-undang," katanya ketika sidang media penyerahan bungkusan Aidilfitri kepada pegawai dan anggota PDRM di Bukit Aman, tadi.
Beliau berkata, meskipun lelaki di dalam video itu tidak tampil membuat laporan polis, pihaknya akan tetap mengambil tindakan dan menyiasat wanita itu.
"Kalau tiada laporan polis kita akan buat laporan terhadap wanita itu kerana rakaman video itu sudah tersebar dan menjadi bukti kejadian," katanya.
Kebanyakan pengguna laman sosial menyelar tindakan wanita itu yang dianggap biadap. Namun ada juga pengguna merasakan perkara ini patut diselesaikan pihak polis.
Sha baru ja tengok video ni, memang ramai yang ulas dulu sebelum sha tengok, memang perempuan tu tak patut marah pakcik tu hanya disebabkan pakcik tu langgar kereta dia, dan dia tak patut jerit dan hentam kereta pakcik tu, ini menunjukkan dia tak hormat orang tua..even pun dia muslim, bertudung, marah bukan penyelesaiannya..dan apa kata anda?
Harga murah kan? masih mampu nak bayar.. sebab apa naik sikit ja..sebabnya sha akui edit blog bukannya mudah..nak designing sesebuah blog bukan mudah..lagi2 nak redesign bila customer nak itu..lepas tu tukar pula yang ini..so far, customer2 sha semua baik2 belaka..jarang sha kenakan cas bila dorang nak tukar itu ini..alhamdulilah..
Hasrat sha sebenarnya nak bantu blogger untuk kemaskan blog mereka, selain dari mengasah kemahiran edit blog sha..
Creative Skill Solution membawakan drama adaptasi novel bertajuk Rindu Awak 200% hasi karya Liyana Zahim. Drama bersiri 28 episod ini diarahkan oleh Aidilfitri Mohamed Yunos dan skrip oleh Nieza Nahar. Menampilkan gabungan pelakon Zul Ariffin dan Ayda Jebat sebagai peneraju utama. Pelakon lain seperti Ika Nabella, Jonathan Putra, Mimi Ernida, Zuhairi dan ramai lagi. Peminat novel semestinya tertungu-tungu drama ini kerana novel Rindu Awak 200% antara novel yang paling laris dijual pada tahun 2013. Saksikan drama bersiri Rindu Awak 200% bersiaran mulai 15 Julai 2014, tayangan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di slot Akasia TV3.
JUDUL : Rindu Awak 200%
EPISOD : 28 Episod
TARIKH : 15 Julai 2014 (Isnin-Khamis, 7.00 malam)
SIARAN : Slot Akasia TV3
KARYA NOVELIS : Liyana Zahim
SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Aidilfitri Mohamed Yunos
TERBITAN : Creative Skill Solution
PELAKON : Zul Ariffin, Ayda Jebat, Jonathan Putra, Karl Syafiq, Mimi Ernida, Adeline Tsen, Ika Nabila, Mia Ahmad, Zuhairi Ibrahim, Fazlina Ahmad Daud, Niena Bahrain, Afzan A.Rahman, Beego
Sinopsis
Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya.
Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel.
Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque!
Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?
Oh rindunya nak berpeluh2 belajar driving macam bulan2 yang lepas..haks..nasib baik awal ambil lesen kereta..tak pasal2 dah naik dah sekarang..bukan ja $$ yang naik, masa belajar pun dinaikkan minimum 10jam..jika dibandingkan dengan sha dulu, masa belajar minimum 8jam..
Mulai 14 Julai 2014 harga lesen memandu Kelas D dan Kelas B2 akan dinaikkan seperti berikut.
- Kereta Kelas D – RM 1300 akan naik ke RM 2000
- Motorsikal Kelas B2 – RM 600 (termasuk yuran lesen) akan naik ke RM 1050
Senarai Harga Baru Lesen Kelas D (Kereta Manual)
Senarai Harga Baru Lesen Kelas B2 (Motorsikal)
Nak ambil lesen motor pun dah cecah RM 1K ++, sha tak ada lagi lesen motor, tapi pandai juga menunggangnya..tapi rasanya tak payah ambil kot..hihi..yang penting ada lesen kereta..kan2..
Kalau tak silap sha, my tutor kata, akan ada driving lesen tuk kereta auto, tapi belum disahkan lagi..agaknya lebih mahal harga lesen jika dibandingkan dengan harga lesen kereta manual..kan..huh!!
Alhamdulilah, tergerak hati nak tengok2 hasil tangan sendiri dah mencecah 50 design yang sha buat..belum termasuk blog sendiri jadi mangsa..haks..terima kasih kawan2 yang sudi berurusan dengan sha, terima kasih tidak terhingga korang yang mempercayai hasil tangan sha..
Dan sempena 50 design ini sha nak bagi discount untuk customer lama sha yang pernah gunakan service edit blog dari sha..means kalau korang nak hire sha buat blog sekali lagi, sha akan bagi discount..berapa %? nanti kita bincang..hihi
Dan sha nak ambil tempahan edit 5 blog, dan setiap blog, RM5 sha akan salurkan pada tabung Aman Palestin..selain doa, sekurang2nya sha mampu tolong mereka dengan duit edit blog ni..Insyallah..
Another shaklee's blog, sha gabungkan dengan tema cikgu disini, pandai2 ja kan sha hihih, betullah tempahan kali ni dari seorang cikgu dan ini hadiah sempena perkahwinan beliau bulan lalu..tahniah !!
tema color pink + hijo of cos pink tersangat lebih haha..like it !!
Buat si pencinta hello kitty pinky..tema blog kali ini cetusan idea dari pemilik blog cute iaitu, nama mesra Iqa..rasa macam banyak sangat idea datang time buat blog dia, mungkin ini kali per edit blog hello kitty..miau
yeahh..barang dah sampai..mesti korang dah ada kan? sha ja dah ketinggalan nak ada benda..apapun yang semestinya ianya murah dan pink..hihih..sha beli on9 dekat SINI, RM12.90..macam2 barang ada..boleh lah tengok dekat website tu..topup pun sha beli dekat situ..senang...
Monopod !!! Lepas ni boleh lah let me take a selfie...
Hello pengemar tudung shawl, kali ni nak mencuba nasib promote tudung yang mula nak femes, maklumlah dah nak dekat raya..rugilah korang kalau tak grab sehelai kan..harga pun bukannya mahal, harga mampu milik...
13 warna idaman anda untuk dipakai hari raya ini, mari belek2 mana lah tau berkenan..
Sehelai HARGA RM 35 Free Postage
Beli banyak boleh murah..manalah tau nak bagi mak, nenek..
Kemarin lekat satu BE, iaitu Kastam Malaysia, baru cek tadi dah melonjat2 CTR..wow..hebat BE ni..tapi tak pernah lagi keluar dari entry blogger lain pasal BE ni, adakah ini betul??
Sha memang suka ingat hari-hari yang special..contohnya hari lahir..dan sha ingat hari lahir adik beradik sha..kawan2 rapat dan lain-lain..unik kan orang macam sha..bila ja tengok tarikh, terus automatik cakap dengan mama dan adik2..hari ni hari lahir bapa..kalau arwah hidup, tahun ni dah umur 56...
Tak sangka, dia dah tinggalkan kami sekeluarga 2 tahun lebih..dia meninggal pada 20 0ctober 2012, sehari sebelum ulang tahun kelahiran adik bongsu sha..sekelip mata ja Allah ambil..
Pesanan sha..hargailah orang tua kita, selagi mereka masih hidup..nanti bila tiada akan rasa balik apa yang kita lakukan pada mereka..
Semoga Arwah tenang dan bersama orang2 yang beriman..semoga amal ibadah yang dia lakukan diterima Allah..tiada Ayah sehebat dia..