July 15, 2014

Sinopsis Rindu Awak 200%

Creative Skill Solution membawakan drama adaptasi novel bertajuk Rindu Awak 200% hasi karya Liyana Zahim. Drama bersiri 28 episod ini diarahkan oleh Aidilfitri Mohamed Yunos dan skrip oleh Nieza Nahar. Menampilkan gabungan pelakon Zul Ariffin dan Ayda Jebat sebagai peneraju utama. Pelakon lain seperti Ika Nabella, Jonathan Putra, Mimi Ernida, Zuhairi dan ramai lagi. Peminat novel semestinya tertungu-tungu drama ini kerana novel Rindu Awak 200% antara novel yang paling laris dijual pada tahun 2013. Saksikan drama bersiri Rindu Awak 200% bersiaran mulai 15 Julai 2014, tayangan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di slot Akasia TV3. 

JUDUL : Rindu Awak 200%
EPISOD : 28 Episod
TARIKH :  15 Julai 2014 (Isnin-Khamis, 7.00 malam)
SIARAN : Slot Akasia TV3
KARYA NOVELIS : Liyana Zahim
SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Aidilfitri Mohamed Yunos
TERBITAN : Creative Skill Solution
PELAKON : Zul Ariffin, Ayda Jebat, Jonathan Putra, Karl Syafiq, Mimi Ernida, Adeline Tsen, Ika Nabila, Mia Ahmad, Zuhairi Ibrahim, Fazlina Ahmad Daud, Niena Bahrain, Afzan A.Rahman, Beego



Sinopsis
Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya. 

Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel. 

Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque! 

Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?

2 comments:

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)