Dari Abu Qatadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika kamu minum maka janganlah bernafas dalam bekas air minumnya.” (HR. Bukhari dan Muslim r.a.)
Kenapa kena minum 3 kali teguk/nafas?
1. Abra' (Melepaskan penyakit)
2. Arwa' (Menghilangkan kehausan)
3. Amra' (Menguatkan sistem pencernaan)
Minum dengan tiga kali tegukan dan elakkan bernafas ke dalam bekas minuman. Setiap kali berhenti minum hendaklah diarahkan pernafasan ke tempat lain.
Nabi SAW sering meminum dengan tiga kali teguk, sambil bernafas di luar gelas dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’ di antara tiga kali tegukan. Baginda SAW juga akan teruskan minum dengan setiap tegukan diselangi bernafas di luar gelas sehingga habis.
Kenapa tak boleh meniup dalam cawan?
Jangan bernafas dan meniup air minum di dalam bekas, terutama meniup air yang panas, kerana perbuatan itu akan menjadikan minuman bertoksid disebabkan Co2 yang dihembuskan ke dalamnya.
Ubay bin Ka’ab berkata: “Rasulullah SAW tidak pernah meniup makanan dan minuman, tidak bernafas di dalam cawan. Bahkan beliau melarang meniup makanan dan minuman.”
Setiap sunnah yang Nabi buat akan dapat pahala..dan setiap apa yang Nabi lakukan itu ada hikmah disebaliknya, dan minum pun ada tertibnya tau..sha pun tengah praktis dan berhati2 ketika minum, al maklum lah kan..kalau haus dahaga ni, tak peduli dah hal lain macam ni, smoga kita dapat pahala bersama :)
Kekadaang trupa juga hee
ReplyDeleteperkongsian yg sangat berguna..tq sis.. :)
ReplyDeletegood sharing :) tp kalo minuman pns tak sbr tgu die sejuk so i always tiup huhuhu
ReplyDeletelepas ni bolehlah amalkan..i'allah..eh2, da tukaq header..
ReplyDeletePost a Comment
Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)