Dunia digemparkan dengan serangan udara dari Zionis sebulan yang lalu, serangan kejam tersebut mengorbankan ratusan nyawa termasuklah kanak-kanak dan wanita. Ada pendapat menyatakan ianya bukanlah sesuatu peperangan, malah ianya suatu pembunuhan.
Tangisan Dari Gaza
Mengenangkan nasib si anak kecil kehilangan ibu, tangisan tiada henti..tiada lagi kenangan zaman budak mereka, adapun yang pergi ke sekolah untuk menimba ilmu, dibedil oleh peluru jahat Zioni, Subhanallah begitu cekal mereka berjihad, maka syurga menanti mereka.
Saya sendiri tidak secekal mereka, saat kesakitan kecil yang Allah berikan, rungutan yang didengari, apatah lagi bedilan peluru mengasingkan si anak kecil dengan ibu bapanya. Sungguh Allah telah memilih siapa yang layak menerima jihadNya
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya, sedangkan sampai masa ini, ketika ratusan nyawa terkorban, pihak atasan sendiri masih mencari jalan untuk memberhentikan tindakan Rejim Zioni yang kejam, dan yang kedengaraan hanyalah kesian..(tutup mata, telinga, mulut dan tidur..)
Mengapa serang Gaza?
http://denaihati.com/mengapa-israel-menyerang-gaza
Doa untuk mu Gaza
Support Gaza
Saya terpanggil untuk menyuarakannya dalam blog saya atas dasar sifat kemanusiaan, memandangkan saya sendiri tidak mampu berjihad bersama mereka, namun kita sebagai umat Islam masih boleh berdoa dan menyerang Zionis secara senyap iaitu boikot produk keluaran mereka. Alhamdulilah setakat ini, boikot anda berhasil, jualan McDonald sebagai makanan paling laris di Malaysia jatuh mendadak.
Kalau ada duit lebih, bolehlah salurkan ke Tabung Aman Palestin, berapa pun nilainya, sedekah itu pasti ada balasannya..tapi pastikan saluran itu tepat dan disahkan ya..
Patutkah kita membakar dan memijak bendara Zionis ? adapun cuma menaikkan kemarahan Zionis dan menimbulkan serangan terhadap Malaysia pula..pendapat anda?
selamat hari raya diucapkan ;-) teruskan berkongsi ya dengan pengalaman dan cerita baru..baru dapat info lebih skit kan.. ;-) kesiannya tengok pic budak tu ;-(
ReplyDeleteHmm.. isu pijak dan bakar tu...xbpe nak setuju walaupun mmg anti gle dgn zioniss.. tpi as muslims, kta xmmpu hlang zionis dgn perbuatan , kta balas guna senjata doa kte.. lgi berguna.. kann
ReplyDeletePost a Comment
Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)