September 30, 2014

Rainbow Loom - DIY

September 30, 2014 6 Comments

Comel ja bila buat gelang getah warna warni macam ni..ala senang ja buat ni..5minit dah siap..korang boleh buat sendiri..cari tutorial dekat u tube, tapi bahan kena ada lah kan..banyak lagi pattern menarik..sha mampu buat ni ja..haha yang basic..oklah lagipun sha buat ja, pakai tak..

Nak buat hadiah GA di FB nanti,,siapa nak??

Cabaran 30 Hari - Hari Ke30 | Perkara Menarik yang dibangga tahun ini

September 30, 2014 4 Comments

This is a second last task..lepas ni blog akan cepat terabai..gonna make it impossible :D so..kita sekarang dipenghujung bulan 9...ohh wake me up when September end...hahaha...wake up guys

So perkara menarik yang buat sha berbangga are Finishing My Diploma and Got D License haha..walaupun agak lambat..sokay yang penting usaha kan...

September 29, 2014

Cabaran 30 Hari - Hari Ke29 | Bunga Kegemaran dan Ertinya

September 29, 2014 3 Comments
Actually tiada idea nak tulis bunga apa, sebab tak tahu ertinya pada sha..haha..so nak taip bunga kegemaran Arwah Bapa sha tanpa ada erti..hahaha..boleh kan?

Arwah bapa sha dulu suka tanam bunga, tangan sejuk, senang tanaman nak tumbuh, alhamdulilah rumah kami sampai sekarang dikerumuni bungan..tak termasuk laman orkid yang dah lama terabai. 

Antara bunga yang Arwah suka tanam adalah bunga kertas..senang berbunga dan cantik kot..pindah rumah pun Arwah masih tanam bunga ni..

Setiap kali pergi ziarahi kubur Arwah, sha mesti cari bunga ni untuk siram dikubur..

ok itu sahaja..sekian :D

September 28, 2014

Cabaran 30 Hari - Hari Ke28 | 5 Perkara bermula dengan "andainya"

September 28, 2014 1 Comments
Andainya...ada masa nak BW blog kawan yang lain setiap hari..kan best, masa tu ada, cuma tak cukup..terpaksa kumpul satu hari untuk BW semuanya..emm

Andainya...edit blog ini tak menggunakan kod lagi la heaven..senang ja nak buat..tapi rasanya tiada customer kot, sebab benda senang, jadi payah sikit nak hire orang hahaha..so teruskan...

Andainya....KK dan Sandakan ni dekat ja macam naik bas dari Telipok ke Bandar Sierra kan best..boleh tolong mama buat kuih Raya Haji nanti

Andainya....COC bagi free Gems 1000, tak pun 100 gems..ala jangan lah kedekut sangat..susah nak upgrade wall warna pink tauuu..hahaha

Andainya...dapat tidur awal setiap malam tanpa risau dengan kerja yang pending..ohh..susahnya nak pujuk mata bagi lelap dengan aman...


September 25, 2014

Cabaran 30 Hari - Hari Ke24 | Rumah Impian

September 25, 2014 2 Comments
Bukan main mood sekarang ni, dah makin malas nak update blog..nasib baik ada cabaran 30hari ni..entry kemarin lupa nak buat..haha..

So entry rumah impian, of coz warna pink..haks..luar dalam pink pun tak kisah..haha..mabuk nanti orang nak datang...Konsep design ala2 English Style..bunga2an gitu..Jom layan Rumah Impian sha..

Tempat Makan

Ruang Tamu


Bilik Tidur

Dapur

**All the pictures - credit to google

Sungguh..cantik sangat pilihan gambar untuk Rumah Impian sha..hahaha, In Sha Allah, kalau dapat rezeki, setakat dinding tampal wallpaper vintage pun dah cantik..haha..angan ja lebih, rumah sendiri pun belum ada lagi :P

September 24, 2014

Segmen Melastik Bintang : Kenapa Perlu Baca Blog Parenting

September 24, 2014 7 Comments
I is bujang trang..tang..tang haks..well zaman bujang begini lah WAJIB pelajari cara bagaimana nak handle budak2 kan? lagi2 bayi baru lahir..ilmu kan luas, bukan hanya untuk diploma atau degree semata2 kalau anak sendiri tak mampu nak handle..

Kita kena belajar cara mandikan,sukatan bancuh susu, dan sebagainya..sha pernah laluinya sewaktu jaga Asyraf bila mama dia outstation..pengalaman yang sangat luar biasa bagi sha..so blog parenting bagi sha tips terbaik untuk jadi seorang yang prihatin dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas budak2 itu..

Sha akui sejak dahulu kala, kerja jaga budak ni dah jadi kebiasaan, kena jaga adik, kena jaga anak buah, lagi2 sifat sha yang suka kan budak2..adalah sikit2 geram dengan dorang ni..tapi bila rujuk balik blog parenting, sikap budak2 bawah umur 2 tahun masih mengenal persekitarannya, dan jangan pukul bila mereka meragam, itu kerana mereka ini ada sebab tertentu kenapa meragam, contohnya nak tidur atau buang air besar..perlu fahami mereka..


Banyak sebenarnya blog yang sha rujuk untuk mengetahui macam mana parent diluar sana handle masalah bayi baru lahir ataupun budak2 bawah umur 6tahun..contohnya, bayi perut kembung, tak ngam susu dan lain2

Dengan adanya Blog Parenting begini, senang dan mudah bagi sha untuk kaut pengalaman dari dorang untuk buat rujukan..
3 Blog Parenting yang sha suka baca adalah..

1. http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/
2. http://www.benashaari.com/
3. http://drzubaidi.com/

Tak semestinya jadi IBU, baru kita nak cari bahan2 untuk buat yang terbaik kepada budak2 tapi zaman bujang beginilah perlu tambah pengalaman supaya nanti dah kahwin taklah stress sangat menghadap budak2 kan..hihih

September 23, 2014

Cabaran 30 Hari - Hari Ke23 | Pekerjaan yang sha nak sangat jadi..

September 23, 2014 5 Comments
Teringin sangat nak jadi cikgu, sejak dari sekolah lagi..tapi tak kesampaian..sha suka ajar budak2..secara menyanyi ataupun bercerita..terutamanya murid sekolah rendah..kalau dirumah selalu juga ajar adik2 dan anak buah..dah macam real cikgu..siap marah lagi tu haha

Apa yang bestnya jadi cikgu? cuti sekolah dia pun cuti juga..haha..

Tapi tahap stress nak layan budak2 tu yang kena kita nilai..nak jadi cikgu ni kena ada bakat didik anak murid..betul kan cikgu2?

Sha dulu pernah lah merasa jadi cikgu tuisyen..hahaha..sama saiz ja dengan budak sekolah rendah..mak ai..tapi pengalaman paling sha ingat sangat..sebab cita2 jadi cikgu kan..so kena ajar bagus2 anak orang...

Apapun, bagi sha jadi seorang cikgu tu bukan mudah, sha salute kepada mereka yang bergelar guru diluar sana..tabikkkkk

see ya..

September 22, 2014

Cabaran 30 Hari - Hari Ke22 | Destinasi Percutian Impian

September 22, 2014 4 Comments
Annyong !! hihi, destinasi percutian impian sha adalah KOREA, entah dapat pergi ke tak ni, nama juga impian haha..

Apa yang sha suka dengan KOREA ni, terkenal dengan pelakon yang cute2, makanan dorang yang sedap..kalau berlakon ja tak missed kalau tak makan..untung la...lepas tu banyak tempat menarik..kalau korang nampak tempat shooting pelakon korea memang teringin nak pergi..

Sha ni gila korea boleh tahan juga, kadang tu dah boleh faham bahasa korea, hahaha sikit ja lahh...araso..araso..:P hantu korea dah mai dah..haha

Tapi kalau tak dapat pergi korea, tak apalah janji dapat pergi MEKAH, tunaikan haji..In Sha Allah..

Cabaran 30 Hari - Hari Ke21 | Tempat yang nak sangat pergi

September 22, 2014 2 Comments
Alamak, cabaran ni tak ikut date la..haks..sokay lepas ni sha set biar betul2 ikut date..hihihi..so task kali ni sha nak share dekat korang tempat yang nak sangat sha pergi and of cos tak pernah pergi..hahah..iaitu PULAU SIPADAN yang terletak di negeri bawah bayu SABAH.

Tak perlu pergi jauh2, Negeri Sabah ja ada 20++ pulau untuk dikunjungi..cantik menarik tertarik, amboi..promote nampak..haha..namun sha langsung tak pernah pergi..sob..sob..siapa pernah pergi??

Jom layan gambar bawah ni
**Credit to google




Cantikkan? gila tak cantik, rasa tenang ja duduk sini, tengok dasar laut..bestnya...tapi confirm muka belang punya..haha...

Plan nanti nak honeymoon disini, In Sha Allah..
See ya..

September 20, 2014

Edit Blog Mardiah Diana

September 20, 2014 3 Comments

Blogger sekampung sha ni, Kak Mardiah, thanks kak support sha..so edit blog kali ni tema pink + grey ala2 kerawang gitu, sha belum siap lagi, akak mardiah dah buat entry hihi...tq..tq..tq..

Jom terjah
http://mardiahdiana.blogspot.com/

September 19, 2014

Cabaran 30 Hari - Hari Ke18 | Siri TV Kegemaran

September 19, 2014 4 Comments
Aiyoo lupa dah nak update..ok..kalau pasal siri tv kegemaran sha ada 2 ja, satu indon satu lagi korea, actually malas nak melekat depan tv tunggu episode ni, yang ni pun sebab best dan boring hahaha...

1. Heart Series 2 - TV 104 ( Isnin - Jumaat Jam 6.30pm)
2. Boys Over Flower - NTV7 (Isnin - Jumaat Jam 12pm)


Contest Blog Comel By: Sheda Ucu

September 19, 2014 11 Comments
(Sape Nak Join Tekan Banner Atas)

Contest Blog Comel By: Sheda Ucu  Di Anjurkan Oleh Sheda Ucu 
 Bermula 15 september  hingga 15 oktober Dengan Penaja Bersama 



September 18, 2014

Cabaran 30 Hari - Hari ke17 | 5 Perkara yang Sha rindui

September 18, 2014 3 Comments

abaikan orang yang over sangat ketawa tuuu
Semalam tak berapa sihat, so baru nak kejar balik cabaran yang ke 17, 5 perkara yang paling sha rindu sangat2..adalah

1. Sebagai Student - Buat study group, hang out sama kawan, huha-huha dengan mereka, makan bersama, tunggu kawan mandi..cuci kain bersama..menari bersama, kena denda bersama...hihih..nakal..nakal..

2. Zaman Kurus - Waktu ni ngap apa ja pun boleh, tak payah nak jaga badan, tak perlu nak diet bagai...emm...

3. Arwah Ayah T.T

4. Rindu masakan tempoyak durian merah mama..pergh sedap tuuu..

5. Rindu nak pulang rumah..huhu


September 16, 2014

Cabaran 30 Hari - Hari ke16 | Saya pada 10 tahun akan datang

September 16, 2014 4 Comments
Pada 10 tahun akan datang, confirmlahkan, sha dah kahwin, punya anak ramai, maklumlah sha suka budak-budak, Insya Allah nanti sha nak buka kedai sendiri, time tu senanglah nak urus anak-anak, kalau kerja sendiri ni.

Blog sha pula, pada 10 tahun akan datang sebagai cerita pasal anak-anak dan percutian kami...amboi...sha suka melancong juga, bolehlah share dekat blog..masa tu sha tak ambil dah kerja edit blog, sebab semua blogger dah pandai make up blog dorang..kikikiki

haha..apapun 10 tahun akan datang, rasanya jauh sangat nak capai, entah dapat ketemu ataupun tidak, maka isilah masa itu dengan bekalan akhirat..Insya Allah, dunia akan jadi tenang, sebab kita dah prepare untuk kehidupan yang lebih kekal..walluhalam :)



September 15, 2014

Cabaran 30 Hari - Hari ke15 | Surat Kepada Ayah

September 15, 2014 0 Comments
20 October 2012 | 6.30 am

Memandangkan semester 4 berakhir pada hari ini, aku tekad untuk pulang ke rumah, alhamdulilah siapa tak gembira untuk bertemu bapa tercinta pada hari tersebut, sebab cuti semester 2bulan rasanya, aku manfaatkan cuti semester untuk menjaga bapa di rumah, memandangkan mama bagitahu, keadaan bapa semakin baik..Bapa pernah bagitahu yang dia ingin pulang, tapi risau nanti bapa nda dapat jagaan rapi, jadi mama tunggu aku pulang..

Pada pagi itu, aku liat bangun pagi, sedangkan aku perlu berangkat awal untuk mengambil bas pulang sandakan, dan handphoneku berdetik, banyak kali, ku lihat no adikku, bergetar mau sambut call, dan aku memang jangka, missed call banyak kali pada waktu itu, bukan berita baik.

Aku terkedu seketika, menarik nafas panjang...Bapa tercinta telah pergi buat selamanya...dalam fikiran ku hanya pulang..pulang dan pulang...cepat aku beritahu pada kakak untuk pulang bersama, Tuhan sahaja tahu bertapa sedih aku pada pagi itu..dari awal perjalanan, hingga akhirnya, aku dihujani air mata..mengenangkan pertemuan kami berakhir dengan kepulangan ku disambut dengan usungan jenazah bapa..

Pada hari yang sama, 1.35 pm

Kami sampai diteratak..aku mula masuk perlahan menuju jenazah terkujur kaku, kulihat mukanya putih dan suci, ku peluk erat mama, air mataku tak dapat lagi ditahan..lalu ku kucup dahi bapa, ingat pesan abg ipar, apapun terjadi jangan meraung didepan mayat...ya..aku perlu kuat..aku redhakan pemergiaan bapa tercinta..walaupun banyak lagi aku ingin tunjukkan padanya.

Sungguh, ini kali pertama aku kehilangan orang yang aku sayang, bertapa perit yang aku rasa..semalaman aku menangis dibilik bapa..aku tidur peluk kain basahannya..

Pa..
semoga bapa ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
al- fatihah

Pa..
aku sayang bapa sangat2..
kami sayang bapa sangat2

Your Cute Daughter
Sharina...