Sha ada juga penyakit ni sejak belajar di UiTM, tak sah kalau tak minum kopi/nescafe, tu sebab senang dapat migraine, tapi sekali kena rasa macam nak meletop kepala ni..mata sebelah kiri yang sakit sangat..lepas ni boleh lah try petua ni,.
1. Merendam Tangan dalam Air Dingin
Merendam kedua-dua tangan anda di dalam air sejuk selagi anda boleh. Ini mungkin membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat. Anda juga digalakkan untuk membuka dan menutup tangan anda semasa direndam di dalam air.
2. Berada Di Dalam Bilik gelap
Cuba untuk sentiasa bergelap di dalam bilik semasa serangan migrain. Cahaya tambahan dan berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala.
3. Mengambil Sedikit Kafein
Migrain, sakit kepala, hilangkan migrain, hilangkan sakit kepala
Satu jumlah kafein yang besar boleh menjadi tidak sihat tetapi jumlah yang kurang sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit. Ambillah sedikit kafein semasa serangan migrain dan rasakan perbezaannya.
4. Carikan bahan-bahan berikut ::
~ kacang hijau
~ lada hitam
~ garam kasar
Ketiga-tiga bahan tersebut diisi atas kertas surat khabar, kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat, Insya Allah, migraine tersebut akan beransur hilang dan pulih seperti sediakala. Telah ramai pesakit berjaya pulih daripada migraine dengan mencuba kaedah ini. Allah yang menentukan kita hanya berusaha dan bertawakkal kepada Nya.
Lya pun da maigrain juga tpi x la truk Sgt..msh tahap blh tahan.tpi klau x tahan sgt lya slalu telan panadol memg x elok kan.nnt lya cuba petua d at as.tq sha infonya
ReplyDeleteNice sharing Sha ;)
ReplyDeletePerkongsian yg baik tips hilangkan migrain
ReplyDeletewaaa.. nice entry.. sangat membantu dikala diri ini tgh ada migrain teruk.. biasa minum air suam je. :) anyway, tq sha
ReplyDeleteSemoga dijauhkan dari penyakit migrain ni.. thanks for the tips..
ReplyDeletewahhh baru tahu care2 ni...slame ni kite kalau migrain, just tido dlm gelap je...lepas dah tido, msti ok dah...hehehehe :D
ReplyDeletePerkongsian yang baik ni..
ReplyDelete