April 18, 2016

Larian Anti Kutu Sampah

April 18, 2016 6 Comments


Aktiviti ahad lepas, sha join satu larian yang dinamakan Larian Anti Kutu Sampah, agak lucu bila dengar larian tersebut tapi its ok..just run..so sha pun ambil bahagian dalama larian ini, sebenarnya dah lama nak join larian sementara rehatkan diri dari Hiking..cuma tak tahu mana nak register.

So, finally sha jumpa dengan orang terdekat, under DBKK, on the spot tolong sha daftar..untung kan..haha...larian sejauh 9KM wow..sha dulu time sekolah sangat aktif larian jarak jauh...paling jauh sha lari 10KM dapat TOP 10..sekarang ni..rasa ''boleh kah?mampu kah?'' sebab dah lah excersie kurang. worming up pun tiada..


Tiket berharga RM35.00 seorang
Free T-Shirt dan e-sijil
 
Disepanjang 9KM tu sha langsung tak sentuh handphone, so tiada picture untuk keindahan alam bandar Kota Kinabalu..

Permulaan yang agak tidak memuaskan bagi diri yang sudah mencapai semangat level ke 200, bila mana kami lambat untuk berlepas bersama peserta yang lain..paling menyedihkan kami dibarisan yang paling belakang..huuuu

Namun, gagah hati untuk menembusi peserta yang lain..dengan semangat yang jitu, kami teruskan larian walaupun kami tahu medal yang cute bukan milik kami..pasrah serta akur, kami teruskan larian..

Disebabkan kesihatan sha baru pulih, memang sha antara yang terkandas, mencurah-curah isi perut di bahu jalan..hati kecil ini masih ingin berlari..terasa seperti diekori abang hensem..larian terhenti..*peace* nantikan gambar cuteku di facebook, itupun kalau dipamerkan..hahaha

Tiada kata dapat diungkap melainkan PENAT yang teramat sangat..tidak ingin give up, dan sempat memotivasikan diri..untuk apa melakukan perkara menyiksa diri seperti ini? buat apa buang masa berlari tak kesudah dan akhirnya kalah? sayang duit RM35.00 jika ingin menyerah kalah, walaupun sha tahu dari awalnya memang sudah kalah..haha..motivasi yang agak kasar...itulah yang paling terbaik untuk membentuk diri ini...hahah...

Finally kami telah berjaya menghabiskan larian sejauh 9KM, dengan motivasi yang agak pedas..dari diri ke diri sendiri kadang kala sangat berguna...hahah..try it..


ternyata bergambar bersama medal itu lah yang paling best..tahniah korang..*sha tak kenal dorang*


 bersama adik angkat (kembar), Nur Balyna yang setia follow kemana sha ingin pergi

terima kasih kerana curi-curi gambar sha yang sedang membuang sampah..
daku bukan kutu sampah !!1


orang yang hensem sedang melihat...
sha :''apa tengok-tengok?''



layan ironman ajak selfie..haha..tapi dia tengok camera orang lain -.- *hampeh*


well, this is me..kurus ya memang kurus...sebab dah muntah hijo tadi..hahaha...pesanan : apapun aktiviti korang mesti buat bersungguh-sungguh..apa plan selepas ini? HIKING pleaseeee..rinduu..hihi..

April 9, 2016

Selepas bergelar siswazah

April 09, 2016 6 Comments
Tahniah buat anda yang bergelar siswazah, alam pekerjaan menanti anda, menjadi kemestian untuk anda berfikir banyak benda apabila sudah melangkah setapak selepas mengakhiri zaman persekolahan, namun bak kata orang, untuk menuntut ilmu itu tiada penghujungnya.

Bagi orang yang kurang berkemampuan, kewangan adalah masalah utama untuk meneruskan pengajian, bimbang didesak dek hutang, ada juga segelintir pelajar memilih untuk bekerja sambilan untuk mendapatkan duit tambahan.

Namun, sesetengah syarikat mengetengahkan individu yang sudah menpunyai pengalaman dua hingga tiga tahun bekerja dalam bidang tersebut. Jika begitu, bagaimana nasib anak muda yang baru habis sekolah untuk mencuba pengalaman itu?

Tidak kurang hebatnya dengan pelajar dari bidang kemahiran dari institut-institut yang mengeluarkan tenaga kerja bertaraf sederhana dengan kadar yuran yang berpatutan dengan kerjasama sepenuhnya dari kerajaan Malaysia.

Berbalik pada topik pekerjaan, untuk mendapatkan kerja yang kita inginkan bukanlah seratus peratus mudah, namun ianya bergantung kepada rezeki, tapi usaha juga penting dalam mencari rezeki yang halal.

Untuk itu, pencarian kerja berada dihujung jari anda, rajinkan diri untuk mendapatkan info tentang kerja, persiapkan diri untuk mengetahui serba sedikit mengenai syarikat yang bakal anda bekerja.

Pencarian pekerjaan anda bermula di sini: Uni Emirat Arab | Argentina | Austria | Australia | Belgium | Bahrain | Brazil | Kanada | Switzerland | Chile | Colombia | Republik Czech | Jerman | Ecuador | Mesir | Sepanyol | Perancis | UK | Greece | Hong Kong | Hungary| Indonesia | Ireland | India | Itali | Jepun | Korea Selatan | Kuwait | Kazakhstan | Luxembourg | Maghribi | Mexico | Malaysia | Nigeria | Netherlands | Norway | New Zealand | Oman | Peru | Poland | Portugal | Qatar |Romania | Rusia | Arab Saudi | Sweden | Singapura | Turki | Taiwan | Ukraine | US | Uruguay | Venezuela | Vietnam | Afrika Selatan