April 18, 2016

Larian Anti Kutu Sampah



Aktiviti ahad lepas, sha join satu larian yang dinamakan Larian Anti Kutu Sampah, agak lucu bila dengar larian tersebut tapi its ok..just run..so sha pun ambil bahagian dalama larian ini, sebenarnya dah lama nak join larian sementara rehatkan diri dari Hiking..cuma tak tahu mana nak register.

So, finally sha jumpa dengan orang terdekat, under DBKK, on the spot tolong sha daftar..untung kan..haha...larian sejauh 9KM wow..sha dulu time sekolah sangat aktif larian jarak jauh...paling jauh sha lari 10KM dapat TOP 10..sekarang ni..rasa ''boleh kah?mampu kah?'' sebab dah lah excersie kurang. worming up pun tiada..


Tiket berharga RM35.00 seorang
Free T-Shirt dan e-sijil
 
Disepanjang 9KM tu sha langsung tak sentuh handphone, so tiada picture untuk keindahan alam bandar Kota Kinabalu..

Permulaan yang agak tidak memuaskan bagi diri yang sudah mencapai semangat level ke 200, bila mana kami lambat untuk berlepas bersama peserta yang lain..paling menyedihkan kami dibarisan yang paling belakang..huuuu

Namun, gagah hati untuk menembusi peserta yang lain..dengan semangat yang jitu, kami teruskan larian walaupun kami tahu medal yang cute bukan milik kami..pasrah serta akur, kami teruskan larian..

Disebabkan kesihatan sha baru pulih, memang sha antara yang terkandas, mencurah-curah isi perut di bahu jalan..hati kecil ini masih ingin berlari..terasa seperti diekori abang hensem..larian terhenti..*peace* nantikan gambar cuteku di facebook, itupun kalau dipamerkan..hahaha

Tiada kata dapat diungkap melainkan PENAT yang teramat sangat..tidak ingin give up, dan sempat memotivasikan diri..untuk apa melakukan perkara menyiksa diri seperti ini? buat apa buang masa berlari tak kesudah dan akhirnya kalah? sayang duit RM35.00 jika ingin menyerah kalah, walaupun sha tahu dari awalnya memang sudah kalah..haha..motivasi yang agak kasar...itulah yang paling terbaik untuk membentuk diri ini...hahah...

Finally kami telah berjaya menghabiskan larian sejauh 9KM, dengan motivasi yang agak pedas..dari diri ke diri sendiri kadang kala sangat berguna...hahah..try it..


ternyata bergambar bersama medal itu lah yang paling best..tahniah korang..*sha tak kenal dorang*


 bersama adik angkat (kembar), Nur Balyna yang setia follow kemana sha ingin pergi

terima kasih kerana curi-curi gambar sha yang sedang membuang sampah..
daku bukan kutu sampah !!1


orang yang hensem sedang melihat...
sha :''apa tengok-tengok?''



layan ironman ajak selfie..haha..tapi dia tengok camera orang lain -.- *hampeh*


well, this is me..kurus ya memang kurus...sebab dah muntah hijo tadi..hahaha...pesanan : apapun aktiviti korang mesti buat bersungguh-sungguh..apa plan selepas ini? HIKING pleaseeee..rinduu..hihi..

6 comments:

  1. ingat pula first join run lebih kurang begini lah jauhnya tapi nda sampai muntah hihi....ari ahad ni join untuk yang ke 3

    ReplyDelete
  2. huii 9Km ye. blh tahan tu =). Seronok dapat join larian mcm ni..

    ReplyDelete
  3. best nyer..akak pun lama dah tak berlari..ntah2 pengsan koma pun tak tahu lah..hahahha

    ReplyDelete
  4. wah..lama tak join larian2 ni..dah lembik jd.huhu ni anjuran company / syarikat mana ye? anti kutu sampah tu apa

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)