Lepas 2 minggu turun dari Gunung Kinabalu [Link: Misi Tawan Kinabalu Kali Kedua] hati memang gatal nak hiking, kali ni memang nak tawan 2 lagi bukit dikundasang, iaitu Bukit Tinorindak dan satu lagi Bukit Piramid [next entry] tapi korang boleh baca entry sebelum ni tawan [Link: Bukit Crystal, Kundasang Sabah]
Last minute planning selalunya menjadi, hahaha, kali ni sha hiking dengan kawan Se-Uitm time ambil diploma, Ira dan Wie, biasanya time begini memang kamilah yang selalunya excited bercuti..hahaha
25 December 2016 - Bukit Tinorindak yang mencabar
7.30 AM - Registration di pejabat sebelum memulakan pendakian, guide akan bagi taklimat tentang pendakian dan korang akan di beri pinjam tongkat secara percuma, Fee : Entrance RM5 + Guide RM50/5 Orang. Perjalanan sejauh 5.1 KM, 800 M pertama trek biasa, lalu sungai, jambatan, dan tanah kering.
Info tentang Bukit Tinorindak korang boleh contact : FB Nulu Tinorindak Kundasang
Memasuki KM seterusnya, bermula dari signboard ini, dan trek memang sangat mencabar, masuk hutan, berkenalan dengan pacat dan time kami daki memang tanah licin dan daun basah. Kabus memang tebal, sejuk. 1st time, sha hiking melalui hutan, rasanya trek ini lebih mencabar dari naik Gunung Kinabalu, sha ja dah berkali-kali jatuh.
Tempat yang kami pijak tu, bukan sepenuhnya tanah, ada akar pokok yang bila korang pijak memang kaki akan tengelam, so hati-hati ya
9.30 AM - Selepas melalui 2.5 KM, akhirnya kami sampai di puncak, view cantik sekitar Kundasang ditutupi kabus yang tebal, bukit ni bersebelahan dengan Gunung Kinabalu, patutlah sejuk..hihih
10.30 AM - Puas menikmati puncak Tinorindak,, kami beransur pulang, untuk jalan pulang, guide cakap ada dua option, lalu jalan yang sama masa naik tadi atau lalu jalan curam 2.6KM, atas kata sepakat, kami memilih jalan baru 2.6KM perkatan curam disitu sangatlah seram bunyinya haha
12.00 PM - Untuk turun memang sangat laju, trek licin sangat membantu untuk berlari turun, walaupun jatuh berkali-kali sebab kasut pink sha tiada brek, haha. trek 2.6KM memang curam start lalu jambatan ini, kena hati-hati sebab jalan berbukit dan sempit, namun kami berjaya melaluinya
Alhamdulilah, selamat sampai ke check point terakhir, terima kasih kawan-kawan ; Ira, Wie, Pihin, Ezam dan guide Nazri. Option Sijil RM10
Bukit seterusnya, sha akan update nanti, lasak juga sha naik 2 bukit dalam sehari, tapi bukit lepas ni buat sha menangis, kenapa?? nanti sha story..selamat membaca semua..terima kasih
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)