SWEATERS, Korang wajib memilikinya.
sHaRiNa eLyaNa
March 21, 2017
1 Comments
Bercakap mengenai sweaters, sha ada 6 helai sweaters dalam almari sebab kadang-kadang pakai dengan baju lengan pendek, atau time sejuk ataupun time jalan pergi kedai, tak perlu tukar baju, just sarungkan sweaters ja..senang kan? Ini budak asrama perempuan confirm ada banyak sweaters ni..haha..senang nak tapau lauk di cafe.
Untuk pengetahuan korang, sweaters jadi sepadan bila digayakan dengan stail yang mengikut peredaran masa, walaupun simple, tapi tetap cantik dipandang. Jom, sha terangkan jenis sweaters yang ada dalam almari wanita.
1. Knit Sweaters
Knit sweaters ataupun dalam Bahasa Melayunya, baju sejuk bersatu sering digunakan pada musim sejuk; masa hujan atau masa keluar makan malam. Ia lembut, fluffly dan mempunyai ketebalan yang betul yang boleh korang pakai dengan selesa apabila korang dalam kesejukan. Bukan itu sahaja, terdapat banyak reka bentuk lagi bergaya bergaya untuk memilih daripada bergantung kepada gaya anda. Bayangkan korang pakai knit sweaters sambil minum milo panas ketika berada di Kundasang. Nyaman~
2. Cardigan
Siapa tak kenal dengan cardigan, pakai baju dengan cardigan hitam dan siap. Simple ja, boleh digayakan dengan pelbagai jenis baju, contohnya t-shirt, dress dan lain-lain. Macam yang sha cakap, cardigan inilah, budak asrama selalu pakai, termasuk sha sekali, haha sebab kitaorang jenis yang simple ja pergi cafe, capai cardigan yang ada, pergi makan. Jangan kata time study ja pakai, time pergi kerja pun sha pakai. hihi
3. Hoodies
Untuk penampilan yang lebih santai, baju sejuk hoodie adalah pilihan yang tepat. Korang boleh memakai pada siang hari kasual korang keluar atau pada hujung minggu dengan memadankannya dengan jeans atau seluar panjang.
Pilihan sweaters lain, korang boleh tengok dekat website >>Zalora<<
selamat bersweaters hihih