March 6, 2017

Bukit Piramid, Kundasang Sabah

Related image

Sambungan dari pendakian bukit pertama dalam masa sehari, korang boleh baca entry sha [Link : Bukit Tinorindak, Kundasang] walaupun dah lama dah pendakian ni, sha nak juga buat entry haha, buat kenangan hahaha

Lokasi : Kampung Kauluan, Kundasang. Kalau naik ke Mesilou, akan ada satu simpang Ke kampung Kauluan sebelum jalan naik ke Desa Cattle. Boleh guna waze, don't worry, tak kan sesat

Info tentang Bukit Piramid korang boleh contact : FB Bukit Pyramid Kundasang

25 December 2016 - Bukit Piramid, Bukit Temple Run

Memandangkan kita orang memang plan akan naik dua bukit, dan bukit terakhir adalah bukit piramid, sebelum mendaki, sha memang dah nampak bukit ni, bentuk piramid, comel ja macam bukit teletubies tapi jangan ambil mudah, sebab disepanjang trek untuk naik ke bukit ini sangatlah curam dan hanya ada lalang, tali pun hanya ada 2-3 tempat sahaja.

Bayangkan kalau kasut tiada gigi? memang akan menjulang ke bawah, so make sure kasut korang memang khas untuk hiking. 





Sha jenis yang gayat, time naik tu memang akan nampak jelas permandangan bawah bukit, curam jangan cakap, tersangat curam gila ya, sha naik pun berfikir nak turun sebab dah berada dipertengahan jalan, kalau turun memang kaki tak dapat nak control, time tu lagi hujan renyai, sha terpaksa naik sambil tutup mata..hahaha, terima kasih pihin, tolong kakak naik atas..hihih

Naik bukit memang susah, dalam 20 min ambil masa 


Finally, inilah puncaknya, 1604m sahaja, time kami pergi ni kabus everywhere, so tak nampak view satu pekan kundasang, puncak pun basah dan banyak langau..haha jangan buka mulut besar-besar, nanti langau masuk..hahaha





Tiba masanya untuk turun pulang, marilah kita meluncurkan diri..haha
trek naik dan turun beza, so jalan kita orang ambil jalan yang selamat walaupun jauh sikit, ikut trek yang ada perigi






cantik view disepanjang turun bukit ini, ala-ala New Zealand pula kann





Sampai dah ke bawah, kotor nya baju sha, trek licin, kasut sha licin, balik-balik jatuh tapi sha puas hati dapat tawan Bukit Piramid..next time hiking tempat lain lagi, Insyallah


4 comments:

  1. Cantiknya pemandangan tu...

    Eh, simbol tu maksud dia 'love' kah atau 'duit' ehehee :D

    ReplyDelete
  2. @Elih Japahar rindu pla ngn kundasang, hhaha..simbol duit pun bole love pun bole hahha

    ReplyDelete
  3. Baca entry sha ni kin teringin nak hiking kat sabah. Sebab sejuk, view cantik tu paling penting! Hihi

    ReplyDelete
  4. Boleh tanya , naik bukit tironanduk dan bukit piramid ni naik dalam hari yang sama ?

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)