Autisme, Apa yang Kamu Tahu Tentangnya?



Assalamualaikum, Sejujurnya sha tidak tahu sedikit pun tentang penyakit ini, tapi selama sha mengajar di Tadika, ada dua orang murid yang mengalami masalah Autisme dan secara tidak langsung sha kena ambil tahu cara efektif mengajar mereka ini.

Apa itu Autisme? 
Pada pemahaman sha, Autisme ini adalah gangguan otak seseorang yang membuatkan mereka sukar berkomunikasi dengan orang lain, disamping itu juga, mereka ini sangat aktif dan terlalu emosional berbanding dengan budak yang lain. Positfinya, mereka yang tergolong dalam penyakit ini memiliki sifat cepat belajar dan meminati sesuatu akan melalukannya dengan sehabis baik. (Betulkan sha kalau salah)

Golongan Kanak-Kanak Autisme ini sangat tidak suka belajar secara berkumpulan, sebab mereka ini sangat aktif, kadang-kadang boleh menganggu dan mencederakan murid yang lain, oleh itu, peranan seorang guru latih belajar secara berkumpulan. Namun, mereka akan bagi respon bila suka ataupun tidak suka dengan kumpulan tersebut.

Antara ciri-ciri kanak-kanak Autisme

1. Perbualan satu pihak
2. Tidak menunjukkan minat
3. Mengulangi sesuatu perbuatan
4. Tidak bermain (permainan bahaya) olok-olok
5. Mengibas-ngibaskan tangan
6. Ketawa berdekah-dekah tidak sesuai keadaan
7. Suka memutar objek
8. Tiada hubungan mata
9. Benci perubahan
10. Mengulangi percakapan perkara yang sama
11. Tidak bermain dengan orang lain
12. Hanya menyertai kumpulan jika dibantu atau didesak
13. Tunjukkan keinginannya dengan tangan orang dewasa

Kanak-Kanak Autisme sangat memerlukan lebih perhatian berbanding dengan Kanak-Kanak lain, oleh itu, bagi ibu bapa yang mengesan awal, ada baiknya berjumpa doktor pakar untuk menerima rawatan lanjut. 

3 Comments

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

  1. Betul tu,kanak-kanak autisme memerlukan lebih banyak perhatian berbanding kanak-kanak normal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul tu, smoga ibu bapa kpda anak2 ini tabah bsr kan dorg

      Delete
  2. ada adik sdara sorang autism tapi doc cakap x kronik cuma nampakla lambat sikit brbanding yg lain. tabah mendidik.. nak besarkan anak2 autism. besar pahala..

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Previous Post Next Post