August 6, 2017

Bukit Botak, Sepanggar


Bukit Botak, SepanggarAssalamualaikum, Lama bercuti dari mendaki, kini sha kembali dengan entry teruja dan menerujakan kamu semua wahai pendaki tegar, haha. Sebenarnya kan, sha sudah empat kali naik Bukit Botak ini, Kali pertama mendaki melalui laluan Uitm Sabah >>Baca sini<< tapi sedih sekali, gambar semua broken, sha pun tak tahu kenapa, jadi pendakian keempat ini, baru sha dapat up entry sebab sha daki pakai baju pink, aci tak? haha

Bukit ini terletak berhampiran dengan Uitm Sabah, Kampung Lokub, Seri Maju dan banyak lagi perumahan area sana, untuk jalan masuk, boleh lalu dari jalan baru (Traffic Light) selepas Seri Maku Apartment, ataupun jalan dari ILP Kota Kinabalu, sha dengar jalan dari sana lagi mencabar, sha pun belum lalu sana.

Perjalanan ke bukit ini mengambil masa setengah jam bagi yang ada tranning dan bagi yang punya kuasa supersaia anggaran dalam 15 minit, dekat sahaja, namun sha pun semput juga tadi pagi sebab tiada tranning kan.

Cadangan masa sesuai untuk naik ke bukit ini adalah waktu pagi dan waktu petang, tengah hari adalah dilarang, sebab panas kot haha..nanti turun bukit rasa nak bergolek ja dari atas ke bawah sebab dah macam cacing kepanasan, haha.


Signboard baru untuk Bukit Botak, sebelum ini hanya ada dua bendera terpacak di situ, kini dah ada signboard lagi cantik kan, ke sha yang cute dekat situ? haha..maaf sha tiada gambar dalam perjalanan ke puncak, korang kena naik sendiri untuk merasainya.

Untuk pengetahuan korang, bukit ini dulu, digelar sebagai bukit teletubies, sebab kalau tengok dari jauh macam background dalam kartun teletubies tu, comel ja, rasa nak tidur atas bukit tu, tapi korang, bila dah sampai puncak, menangis mau turun apatahnya, banyak sangat lalang menjangkaui ketinggian, haha, lalang lagi tinggi dari sharina :P



ok, itu sahaja entry teruja sha mendaki Bukit di Kota Kinabalu ini, siapa bercadang untuk cuti-cuti di area KK dan Kundasang boleh rujuk entry pendakian sha pada menu di atas, best tauu hiking ini, korang kena try, baru dapat tengok apa yang berada di bawah kita, kan.

10 comments:

  1. Sekali sekala hiking best jugakkan.tambah bila sah sampai puncak dapat tengok pemandangan yg cantik

    ReplyDelete
  2. Bestnya hiking! One of my 2017 resolution tapi sampai sekarang masih tak tunaikan lagi. Hihi.

    ReplyDelete
  3. sangat best.. lama meninggalkan dunia hiking..

    ReplyDelete
  4. Even kat KK nie pun x pernah lgi hiking hahaha Insya'Allah nak pi juga dlm tahun nie

    ReplyDelete
  5. Suka tengok bukit botak, nampak cantik jak kan...tapi mau hiking tu mmg kak pip surrender la..

    ReplyDelete
  6. panjang juga rumput dia ehh... dari jauh nampak smooth ja

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)