Cepat, Minta Maaf | Assalamualaikum, Ingat jadi Cikgu ni senang, rupanya jadi murid lagi best, apatahnya kalau bergaduh, rebut barang, murid lain merajuk, yang lain pula menangis, bila cikgu suruh minta maaf, cepat ja dorang maafkan, then berbaik semula, best kan? tapi lepas tu dengar pula dorang report gaduh balik, Allahu..haha
Mengimbau zaman sha kecil-kecil dulu, terasa tua disitu haha, kita sibuk bermain dengan kawan,pinjam barang mainan, main sama-sama, bergaduh, then baik semula, best kan? Bila meningkat dewasa, kita semakin mengenal erti maaf, ada yang cakap
"Sudah minta maaf, buat lagi lah tu"
Kita lupa, manusia itu tiada yang lari dari buat kesilapan, walaupun kebenaran sangatlah perit, tapi orang yang berani adalah orang yang mengakui kesilapan dan meminta maaf. Meskipun yang paling indah itu, memaafkan dan melupakan, ada berani? ramai yang sangkut pada ayat melupakan tu, haha sha pun sama, itu lumrah manusia, 1 kesilapan akan menghancurkan 1001 kebaikan, benda yang menguris perasaan memang akan cepat diingati.
Bagi sha, kita harus belajar erti REDHA, redha dengan ketentuan Ilahi, berpijaklah dibumi yang nyata, kita bukan dalam drama pukul 7 atau pun drama korea, kita ini hanyalah pelakon sementara, dan akhirat adalah yang selamanya. So, maafkan dan think positively, kena balik-balik pesan pada hati, mungkin semua yang berlaku ada hikmahnya.
Berbalik pada situasi anak murid sha tadi, seronoknya tengok anak-anak yang masih belum matang lagi dapat memaafkan dan terima kesilapan masing-masing, lagi kagum masih boleh bermain bersama walaupun sudah 'terluka'.
Lain macam entry cikgu malam ni, haha..maklumlah budak sastera haha..
Akhir kata dari cikgu, ajar hati untuk memaafkan mungkin payah, tapi kunci kebahagiaan itu terletak pada diri sendiri.
Sy maafkan awk..hihi
ReplyDeletebagus cikgu ne ajar yg baik2 ya cikgu.
ReplyDeletebudak budak kan Sha, mmg begitulah ...
ReplyDeletesi Iman pun di sekolah rebut mainan kawan,
bila cikgunya tegur sikit, si Iman cakap cikgunya ndak sayang dia ..
adui....
Aah, betul tu. Nak jadi cikgu bukan senang macam yang kita nampak hehe
ReplyDeleteKanak kanak no heart feelings..kita ja kadang sensetip lebih..haha
ReplyDelete