August 28, 2017

Pelamin Biru Bertemakan Awan

Assalamualaikum, tahniah buat kawan baik sha, sudah pun bertukar status kepada Puan, iaitu Pn Hanisa telah selamat melangsungkan perkahwinan pada 26 Ogos yang lepas bersama jejaka pilihan hatinya En Romzi dengan sekali lafaz di perkarangan masjid Batu Putih, Sandakan. Majlis resepsi berlangsung dengan gemilangnya di Dewan Batu Putih, Sandakan. Alhamdulilah sha berpeluang untuk menghadirkan diri walaupun hakikatnya pada hari yang sama, ada majlis bersama si cilik cikgu di UMS Kota Kinabalu.


Setiap pasangan pengantin mengimpikan majlis sebagai raja sehari berjalan dengan lancar terutamanya pelamin. Kali ini sha nak kongsikan Pelamin Biru Bertemakan Awan milik kawan baik sha pada hari perkahwinannya.

Sememangnya warna biru adalah warna kegemaraan beliau, wajiblah baginya pelamin mengikut citarasa tersebut. Jika dibandingkan dengan warna kegemaraan sha, iaitu merah jambu, warna biru adalah warna rebutan lelaki dan wanita, jadi tidak menjadi pertelingkaran antara kedua pihak jika pasangan ini memilih warna tersebut menjadi warna tema perkahwinan mereka.

Berkonsepkan awan, sha kurang perasan konsep ini, mungkin sha tiada jiwa seni yang mampu dirangkulkan untuk melihat benda yang tersirat pada pelamin ini haha tapi bila orang bagitahu konsepnya terus sha terpikir "oh ya pula kan, bungaan putih diatas itu melambangkan awan, dan tabir biru itu melambangkan langit. " seronoknya bersanding hahah.

Ucapan sha pada pengantin
InsyaAllah, semoga perkahwinan yang terbina ini, berkekalan hingga ke Jannah, semoga menjadi isteri yang taat pada suami, harap cepat dapat zuriat yang soleh dan solehah. Tapi jangan pula tiada masa untuk lepak dengan kami, kita tetatp best friend forever. 

Harap entry ini dapat menjadi pengisian diwaktu kita tua nanti, boleh tengok sambil minum kupi, sambil mengenang masa lalu yang best kita pernah tempuhi bersama dahulu. hahaha..Doakan juga kawanmu sorang ni, dipermudahkan urusan dalam apa jua urusan yang baik. aminnn I love u so much, is.

*mata berkaca*  hahaha

8 comments:

  1. Pelamin yang simple, yet so nice! Barakallah to your dearest friend and her husband. InshaAllah, yours next!

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah amin..tq dear..nnt sha singgah blog ya hihi

      Delete
  2. Uishkkk cantik betul nampak kepul-kepul tu..

    ReplyDelete
  3. {Berkonsepkan awan, sha kurang perasan konsep ini, mungkin sha tiada jiwa seni yang mampu dirangkulkan untuk melihat benda yang tersirat pada pelamin ini haha tapi bila orang bagitahu konsepnya terus sha terpikir "oh ya pula kan, bungaan putih diatas itu melambangkan awan, dan tabir biru itu melambangkan langit. " seronoknya bersanding hahah.}


    Ble ka sa sdiri pun nda prasan masa tgk d fb tu ari hahahah #kitageng !
    btw, thniah kpd kawan sha. Insyallah bkekalan dan bahagia hingga ke syurga.. amin ya rabb =D

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)