Assalamualaikum para pengemar membeli belah secara atas talian termasuklah sha sendiri, mesti korang sudah sedia maklum tentang kewujudan sistem bida secara atas talian untuk barangan rumah, peribadi wanita, lelaki, kecantikan dan lain-lain lagi di laman web Chilindo, bukan? Yang pastinya siapa sudah memasuki laman tersebut tidak akan dapat menahan jemari untuk menekan butang bida pada skrin seperti gambar diatas, yang belum pernah, mari sha kongsikan pengalaman sha membida barang di Chilindo.
Laman Web Chilindo http://www.chilindo.com/my/
Apa itu Chilindo
Tapi sebelum itu, sha ingin berkongsi sedikit infomasi tentang Chilindo, dimana laman web ini akan melelong kesemua barangan bermula dari RM 0.10 dalam erti kata lain, minimum 10 sen sahaja, sehinggalah pengguna lain turut sanggup membayar berapa banyak jumlah untuk sesuatu barang dalam tempoh masa yang telah ditetapkan, maka dia adalah pememangnya, seronok bila dengar kan.
Berikut adalah hasil bidaan yang telah sha menangi pada fasa pertama sha memasuki laman web tersebut, jika korang boleh perasan disitu, ada beberapa barang yang agak pelik untuk kita berfikir apakah ianya berguna ataupun tidak selepas memenanginya. Pada sha memenangi sesuatu bidaan itu, amatlah seronok, terasa diri ini sudah dapat 4 Flat dalam CGPA peperiksaan, walaupun hakikatnya barang itu tidak perlu sebenarnya..hahaha
Pengeluaran barang bidaan yang tidak diingini
Namun, dengan cetek ilmu tentang proses keluarkan barangan yang tidak diperlukan, sha pun dengan sedih hati setuju untuk membayar ketujuh-tujuh barangan itu. Hakikatnya terpaksa membayar RM 68++ termasuklah RM8 untuk kos penghantaraan.
Ingin sha tekankan disini, bahawa barangan yang korang tidak perlukan dan ingin melepaskannya, korang boleh berbuat demikian dengan menghubungi pihak Chilindo, email barang tersebut dan tunggu pengesahan daripada pihak mereka.
Proses pembayaran yang sangat lembap
Beza dengan laman membeli belah yang lain, Chilindo mengamalkan sistem pembayaran menggunakan kad kredit sahaja, jadi pengguna lain terus membayar secara manual menggunakan bank masing-masing dan terus email bukti pembayaran pada pihak Chilindo. Walaupun pihak Chilindo mengatakan sistem begini adalah yang paling selamat.
Dari pengalaman sha, proses ini sangat lembap, sha sendiri tidak tahu lepas buat pembayaran, pihak Chilindo sudah dapat terima pembayaran tersebut ataupun belum kerana tiada pemberitahuan lepas buat pembayaran kena hantar email dengan siapa, jadi sha terpaksa tunggu seminggu dan email pihak Chilindo sendiri pasal masalah ini.
Penghantaran
Sha berpuas hati dengan penghantaran yang cepat dan tepat ke alamat dengan hanya RM8 sahaja, berbanding dengan kos lain yang kos penghantarannya mengikut berat barangan tersebut. Tapi ketujuh-tujuh barangan sha ringan juga.
Kepuashatian Pelanggan
Walaupun harga murah berbanding dengan barangan dilaman web lain, alhamdulilah sha puas hati dengan barangan yang telah berjaya dibida pada lawan web Chilindo ini. namun sha belum terfikir untuk membida pada fasa kedua selepas ini, haha.
Tongkat selfie monopod RM6.30
Tripod Octopus Fleksibel RM 3.20
Kasut Eve wanita RM 15.90
murahnya tongkat selfie tu..hhihihi
ReplyDeletemurah sgt, bida jgn xbida haha
Deletehehehe.. Nurul tinggal tunggu masa je nak membida.. memang rambang mata..
ReplyDeletehttp://www.syahirahvaliant.com/2017/08/selesai-mendaftar-dengan-komaci.html
siapkan pulus bebanyak hahaha, slmt mbida :)
DeleteKak Sha pun terjebak juga dgn Chilindo haha.. Betul tue Kak.. sy masuk laman tue pun byak kali juga fikir.. last2 tak jadi~~
ReplyDeletekna fkir 200 kali klu nak masuk mbida haha
Deletemacam best jak main bida bida barang di chillindo ni..
ReplyDeletehaha best sgt num, try jaa
Deletexperna sis dgr laman web ni tp mcm siuk pula . cantek kasut tu sha =D
ReplyDeletekasut tu ctk, tp syg sempit banget
Deletetak berani nak membida di chilindo ni. kanggg termakan hasutan nafsu membeli bila tengok harga murah-murah belaka hahaha
ReplyDeletehaha btul tu, sgt kuat hasutannya, hati2 bila mbuka nya haha
DeleteKalau dah bida, pastu buat tak tahu taknak amik, ada tindakan tak?
ReplyDeletehihi itu sha xtau pula, tp lbh baik hubungi pihak chilindo untuk mngeluarkan brgan yg telah dimenangi tu..sng tidur, xda fkir byk2 kan..:)
DeleteKak sha, klau bt pmbayaran cash on delivery mcm mna ye.. diorg akn hntr ga ke..
ReplyDelete