Sabah Elephant Film Festival


Sabah Elephant Film FestivalAssalamualaikum, 12 Ogos merupakan Hari Gajah Sedunia, WWF-Malaysia (World Wide Fund) telah mengadakan sambutan yang meriah untuk tontonan umum sempena Hari Gajah Sedunia bertempat di Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negera (JKKN) Sabah dengan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Perlancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Pang Yuk Min. Alhamdulilah, Sha dan Kak Gojes dari blog http://www.kakgojes.com/ berpeluang untuk mengenal secara terperinci kehidupan sekumpulan gajah.


Gajah adalah haiwan daratan yang terbesar dan comel yang hanya didapati hidup di Sabah sahaja. Info ini sha pun baru tahu, manakala orang kampung boleh hidup harmoni bersama gajah dan memanggil gajah sebagai nenek tanda hormat mereka kepada gajah.

Jabatan Hidupan Liar Sabah diwujudkan pada Tahun 1965 untuk mengawal gajah yang memusnahkan hasil tanaman dan tumbuhan. Mereka menggunakan bom gajah untuk menghalang gajah dari terus membuat ancaman. Gajah Borneo disenaraikan sebagai haiwan terlindung sepenuhnya dalam Enakmen Konservasi Hidupan Liar 1997. Ini bermakna mencederakan atau membunuh gajah di Sabah adalah satu kesalahan yang amat besar.

Polisi Jangan Bunuh 1996 ditubuhkan dengan kaedah tangkap dan pindah secara tidak langsung dapat mengekalkan populasi gajah. Dengan tembakan pelali pada setiap gajah yang hendak dipindahkan, ianya antara kaedah yang cepat namun kosnya mahal. Disebabkan gajah bergerak secara berkumpulan, kaedah ini amat menyukarkan dan sangat bahaya, berkemungkinan gajah akan menyerang dan boleh menyebabkan kematian.

Kos pemindahan gajah ke tempat baru, setiap satu gajah adalah lebih kurang RM30,000 termasuklah kos pengangkutan, pembinaan kandang dan lain-lain. Manakala di Semenanjung Malaysia, untuk memindahkan satu gajah, khidmat gajah jinak yang lain diperlukan.

Beberapa filem yang ditayangkan, termasuklah Gardeners of Eden mengisarkan kegigihan dan kesungguhan rakyat Africa menyelamatkan gajah yang kehilangan keluarga, amatlah menyentuh hati kami. Filem pendek selama satu jam itu mampu mengubah hidup gajah dari terus diburu untuk mendapatkan gading gajah dan kitalah yang akan melindungi hidupan ini untuk generasi akan datang.

Sha terharu dan tabik hormat kepada peranan WWF-Malaysia untuk melindungi hidupan terancam ini. Memberi kesedaran kepada umum dan khasnya para pelajar untuk menjaga hidupan comel ini agar generasi akan datang dapat mengenalnya.

Laporkan penjualan bahagian badan gajah seperti gading dan barangan berasaskan gajah seperti kulit gajah kepada Jabatan Hidupan Liar. Semua rakyat Sabah bertanggungjawab melindungi Gajah kerana binatang liar ini merupakan khazanah alam yang sepatutnya menjadi kebanggaan kita semua.

12 Comments

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

  1. wah bestnya dapat join aktiviti WWF ...

    ReplyDelete
  2. nie aktiviti yg kena post d group whatsapp ary tue kan?

    ReplyDelete
  3. Gajah makin pupus skrg ni. Kos nk jaga pun tinggi. Kalau kita boleh menyumbang sedikit dh kira bagus sgt tu kan

    ReplyDelete
  4. wow..best wo..sian kami xdpt turut serta.

    ReplyDelete
  5. wow baru tahu pasal polis jangan bunuh 1996. Bestnya dapat pendedahan baru :D

    ReplyDelete
  6. kesian kan..kehidupan gajah pun semakin terancam dengan pembangunan dan dengan pemburu haram yang nak keuntungan..

    ReplyDelete
  7. Wahhh... Best nyer dpt join aktiviti macam nih...

    ReplyDelete
  8. Jangan lupa join contest kat Jom Bercontest dan singgah jenjalan kat Kisah Hidup Ku ... Semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki ...
    🌸💓🌼🌸💓🌼🌸💓🌼

    #jombercontest
    #kisahhidupku

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Previous Post Next Post