August 20, 2017

Tips Memulakan Langkah Pendakian


Assalamualaikum dan salam pendakian, kali ini sha terpanggil untuk berkongsi tips memulakan langkah pendakian memandangkan sha juga seorang yang sukakan aktiviti lasak ini. Bagi korang yang bertukar plan untuk kurus ataupun sihat dengan aktiviti ini, pilihan korang sangat tepat kerana setiap langkah pendakian itu memerlukan pergerakan seluruh anggota badan serta mental itu sendiri.


Mungkin langkah pendakian korang lebih banyak berbanding dengan sha yang hanya dapat menawan Puncak Gunung Kinabalu pada kali kedua serta beberapa bukit yang ada di Sabah sahaja, tapi tidaklah menjadi kekurangan untuk sha berkongsi tips ini kepada korang yang pertama kali memulakan pendakian, bukan?

Mari sha kongsikan apa yang korang perlu lakukan sebelum memulakan langkah pendakian.

1. Maklumkan kepada keluarga ataupun kawan bahawa kamu ingin mendaki ke bukit berdekatan untuk langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarangan hal yang tidak diingini berlaku. Sekurang-kurangnya mereka ini tahu keberadaan korang bila korang ada masalah ataupun sebaliknya. 

2. Mulakan pendakian dengan bacaan doa mengikut kepercayaan masing-masing, kebanyakan bukit yang ada di Kota Kinabalu, tempat sembahyang bagi penganut Kristian, namun itu bukan alasan untuk penganut lain tidak boleh mendaki.

3. Pelihara Alam Sekitar. Semestinya tempat korang memulakan pendakian adalah tempat yang penuh dengan alam flora dan fauna, jadi peliharalah alam sekitar dengan tidak membuang sampah, tidak sesuka hati mematahkan tumbuhan dan paling penting sekali jangan buat bising yang boleh menganggu hidupan lain.

4. Sediakan bekalan air secukupnya. Ini penting untuk pendaki kerana bukan semua puncak bukit menyediakan sumber air yang berbayar. Tapi jangan bawa air dalam kandungan yang terlampau banyak sebab korang yang akan mengusungnya nanti. Beg Water Bladder sesuai untuk pendaki.

5. Bawa tuala kecil untuk mengelap peluh dan ianya juga berguna untuk menutup hidung semasa mendaki ke bukit yang banyak debu dan pasir.

6. Jangan makan terlalu kenyang sebelum mendaki sebab dikhuatiri kamu akan muntah dan jangan memulakan pendakian dengan perut kosong bagi mengelakkan tiada tenaga. Makanlah sebiji epal atau coklat pun sudah memadai.

7. Jangan jalan terlalu cepat. Bagi pendaki yang pertama kali mendaki, korang dinasihatkan untuk tidak jalan terlalu cepat, sha tahu korang mesti teruja untuk sampai ke puncak, tapi biarlah jalan secara perlahan dan kalau boleh berhenti jangan terus duduk. Ambil langkah kecil dan rendah bagi menaiki tangga dan buat jalanan korang seperti zig zag untuk mengelakkan kekejangan kaki.

8. Atur pernafasan. Bernafaslah melalui hidung dan hembus juga melalui hidung, jangan banyak bercakap dan mengunyah sesuatu bagi mengelakkan badan mengeluarkan banyak tenaga.

Bagi pengalaman sha ikut pendakian kawan, ramai juga yang tertewas sebelum sampai kepuncak akibat mengambil mudah dengan tips diatas. Mungkin bagi mereka, mendaki ini sekadar naik bukit - sampai puncak - turun bukit. Tapi kalau korang nak mencuba lagi kenikmatan mendaki kali kedua dan seterusnya menjadikan mendaki sebagai hobi, korang boleh rujuk tips yang sha kongsikan, jika ada penambahan boleh komen dientry ini.

Reward paling best kita dapat untuk pendakian ini adalah sampai ke puncak dengan jayanya, menikmati keindahan sekelilingnya dan sebutlah Alhamdulilah, Subhanallah, Allahuakhbar.

Mulakan pendakian korang sekarang, korang akan merasainya sendiri. :)

RujukanTips penting sebelum memulakan mendaki

5 comments:

  1. Tq sha for the tips.😊

    Wawa lebih suka berjalan disekitar pantai. Daki bukit tak mo. Hehe

    ReplyDelete
  2. Air sangat penting kalau nak hiking. Adelia selalu make sure bawa air mineral & 100Plus untuk tmbh tenaga

    ReplyDelete
  3. selalunya bawak air mineral sampai 3 botol besar sebab kuat berpeluh hihi

    ReplyDelete
  4. tips yang baik sha.

    lama ju nda ke sini. offline berapa dekad xD rindu Blogwalking dan mnimba ilmu d sni =)
    semoga sukses slalu sha =) salam jumaat dan salam kmerdekaan

    ReplyDelete
  5. tips yang baik sha =) lama sis nda ke sni sejak offline brapa dekad =) rindu bw dan mnimba ilmu dekat sni. salam jumaat dan salam kmerdekaan sha =D

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)