Assalamualaikum
Sejak ditubuhkan pada tahun 1992, Kumpulan BTC Berhad mula berkembang seperti cendawan yang tumbuh segar, menjadikan ianya salah satu katerer makanan utama di Sabah. Selain dari Restoran dan kedai Roti, BTC juga terkenal dengan kepelbagaian tekstil, seperti baju kurung, kain langsir, tikar dan sebagainya.
Bangunan Darul BTC telah menambahbaik perkarangannya, dimana BTC Halal Mart (Saudagar Kurma) berdekatan dengan kawasan buffet, mensajikan pelbagai makanan ringan dan barangan kosmetik yang pastinya kita sendiri akan terpegun dengan keunikannya, dibawah khas dari Timur Tengah seperti Arab Saudi, Mesir, Iraq, Suriah dan Turki untuk tatapan para pengunjung.
Sabahan Blogger : Jun-zie, Ms Velentine, Opzzpinky, Mia Kassim, Curious Traveller( Lan & joe), NN Izati, Eca Dwinky Asha
Pihak BTC telah menjemput Sabahan Blogger untuk memeriahkan majlis Food Fiesta and Cultural Night diperkarangan Bangunan Darul BTC, Inanam. Seramai 8 orang wakil menghadirkan diri ke majlis berkenaan, dan sha antara blogger bertuah yang turut meraihkan makan malam tersebut.
Good time starts with great food
***************************
kepelbagaian menu makanan ala India, Melayu, Chinese dan Western turut dihidang pada malam tersebut
Kehadiran Maskot Iron Man dan Persembahan silap mata yang memeriahkan suasana majlis pada malam tersebut
Persembahan tarian daripada Art Collection yang menampilkan pelbagai tarian Etnik yang ada diBorneo turut menghiburkan para pengunjung
tidak lupa pada persembahan busking dari Styna Akustik Rangers turut menceriakan malam itu, gambar kredit kepada blogger eca :)
BTC Food Fiesta and Cultural Night mengajak korang untuk makan malam santai bersama sesi keluarga dan rakan taulan untuk menikmati pelbagai juadah tempatan beserta persembahan menarik seperti busking, cultural dance, silap mata badut dan kehadiran maskot iron man, Setiap Hari Sabtu dari jam 7 Malam - 11 Malam bertempat di BTC Halal Mart, Inanam.
Meskipun majlis tersebut hanya berlangsung sebelah malam, tapi korang jangan risau, kalau mahu lepak sampai pagi, Bangunan Darul BTC, Inanam merupakan restoran yang beroperasi 24 jam, boleh menjamu Roti Canai dan Teh Tarik kegemaran rakyat Malaysia.
Yuran :
Dewasa - RM45/seorang
Kanak-Kanak - RM20/seorang
5 tahun kebawah adalah percuma
Bangunan Darul BTC
28, Jalan Burung Keleto, KM 8, Off Jalan Tuaran Bypass, 88450 Inanam, P.O. Box 14180, 88847, Kota Kinabalu, Sabah
Facebook : Kumpulan BTC berhad
Instagram : Kumpulan_BTC_Berhad
Website : www.btc.com.my
088-438 786/ 088-435 786
Puan Suzie 016 442 8276
Mr.Saul Hamid 013 851 2082
Mcm mo pigi mkn lagi tau sana 😅
ReplyDeletePost a Comment
Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)