Blogger Opzzpinky Bakal Kahwin Disember ini | Assalamualaikum, tajuk entry dah macam blogger terkenal pula, haha. Alhamdulilah tinggal beberapa hari lagi untuk menghabiskan masa-masa bujang yang ada sebelum bertukar status bini orang. Debarannya sudah terasa :P
Yeah akhirnya, sha akan menamatkan zaman yang terlalu bujang untuk melangkah dunia berdua lebih baik..haha, alhamdulilah hampir 2 tahun menempuhi zaman pertunangan bukanlah sangat mudah, eh sha dah ada tunang ya? hihi, pandai tak sha sembunyi? Hebatnya dugaan bertunang, kata Nabi S.A.W sembunyikan pertunangan, hebahkan perkahwinan dan sha minta maaf kepada sesiapa yang merajuk sebab sha buat majlis pertunangan dalam keadaan tertutup bulan 2 2016 yang lalu.
Di kesempatan ini, sha nak menjemput semua pembaca setia blog sha, untuk datang memeriahkan majlis perkahwinan seorang blogger comel bertempat di Sandakan, manalah tahu ada blogger yang sedang bercuti ditempat berdekatan boleh singgah ke rumah, makan nasi minyak hihi..save the date ya !!
alhamdulillah..tahniah sha..selamat pengantin baru in advance..:)
ReplyDeletetahniah! its on my birthday hehe <3
ReplyDeleteTahniah 😊 Dan selamat pengantin bark hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tahniah sha! Happy for you :)
ReplyDelete