Tips untuk Mencerahkan Ruang Rumah Anda | Assalamualaikum, Rumahku adalah Syurgaku, rumah adalah tempat untuk kita melepaskan lelah selepas seharian bekerja. Memang benar apabila orang mengatakan persekitaran rumah sangat memainkan peranan penting dalam menimbulkan suasana yang indah kepada penghuninya. Lebih-Lebih lagi bagi korang yang menghabiskan masa berada dirumah sepanjang hari.
Tidak kira korang tinggal rumah besar ataupun pangsapuri kecil dengan hanya mempunyai sebuah tingkap, pasti ada cara untuk mencerahkan ruang tersebut sekaligus membuatkan rumah korang kelihatan indah dan damai untuk didiami. Adakah korang merancang untuk membeli harta korang sendiri? Terdapat banyak hartanah di Cyberjaya klik properties in Cyberjaya untuk maklumat lanjut yang korang boleh usha-usha. Entry ini akan membantu korang yang dalam kebuntuhan melalui beberapa tips untuk mencerahkan ruang rumah.
1. Memilih warna cat yang betul ataupun dalam istilah English Choosing the right paint mampu menampakkan hasil yang besar. Penggunaan cat yang betul serta-merta memulihkan dan mencerahkan ruang rumah korang yang pada awalnya membosankan. Oleh itu, pilihlah warna yang akan mencerahkan ataupun warna kegemaran yang menambahkan lagi sentuhan untuk ruang rumah korang. Selepas berpenatan diluar, korang lebih tenang bersantai dirumah ditambahkan lagi dengan suasana rumah yang cerah dan besar, pasti mengembalikan aroma mood yang indah. Pastikan korang hanya menggunakan cat yang berkualiti serta melindungi ruang rumah korang dan pemilihan cat yang betul akan bertahan untuk beberapa tahun akan datang. Sekiranya korang tidak pasti warna apa yang hendak dipilih, korang boleh meminta nasihat dari kedai-kedai cat berhampiran, kerana kebanyakan kedai tersebut menawarkan pelbagai jenis warna dan mereka akan memberikan cadangan mengenai padanan warna yang sesuai dengan tema rumah korang.
2. Menggunakan kontras. Gunakan alatan memasak, aksesori dan hiasan yang korang suka. Korang juga boleh memilih untuk menggunakan backsplash mozek berwarna untuk melengkapi perabot korang di rumah dan menambah kecerahan kecil ke ruang tersebut.
3. Meletakkan cermin dikatakan boleh membuat ruang kelihatan lebih besar dan lebih terang daripada yang sebenarnya. Walaubagaimanapun, ianya tidak sama fungsi seperti cermin yang diletakkan di ruang-ruang yang redup seperti bilik air kerana tidak ada cahaya matahari langsung untuk tujuan refleksi. Sebaliknya, korang boleh menggunakan beberapa cermin berbingkai untuk menjadikan bilik mandi anda lebih cerah. Bukan sahaja cermin ini membuat bilik korang kelihatan lebih besar, ianya juga boleh memancarkan cahaya masuk membuatkan ruang rumah automatiknya menjadi cerah.
4. Tingkap baru. Jika rumah korang redup,adalah lebih baik korang menambah tingkap baru untuk menyerlahkan kecerahan ruang rumah korang. Di samping itu juga, ianya dapat menjimatkan bil elektrik daripada korang masih terus menghidupkan lampu pada disiang hari untuk kekalkan kecerahan.
5. Menghilangkan silau. Walaupun cahaya yang terlampau masuk ke dalam ruang rumah korang dapat mencerahkan persekitaran tapi kesannya sangat bahaya untuk korang. Oleh itu, korang boleh mempertimbangkan dengan meletakkan beberapa lampu LED kabinet untuk membuatkan cahaya yang sedap di lihat. Namun gunakan pencahayaan yang sesuai untuk ruang kerja korang. Lampu yang malap adalah tidak sesuai untuk mata.
6. Ubah suai Tingkap. Jangan anggap tingkap yang kurang obstruktif seperti tingkap semata-mata berfungsi hanya untuk memancarkan cahaya matahari maksimum ke rumah korang. Sebaliknya boleh digantikan dengan tingkap pemadam kebakaran Venetian yang boleh dibuka pada siang hari dan ditutup pada waktu malam.
7. Lihat persekitaran luar rumah. Boleh rujuk link Trim the bushes of the trees outside your house. Bersihkan semak-semak dari tumbuhan di luar rumah korang kerana pokok-pokok yang terbiar atau semak yang ditumbuhi semulajadi adalah satu sebab mengapa cahaya matahari terhalang daripada memancar ke rumah korang.
8. Gantikan pintu. Korang boleh mempertimbangkan untuk menggantikan pintu depan berkayu dengan pintu kaca yang berwarna untuk membolehkan cahaya matahari menerangi rumah korang. Jika tidak, korang juga masih boleh memilih pintu berwarna terang, seperti putih untuk mencerahkan ruang rumah korang.
9. Bersihkan tingkap. Cara yang paling asas dan termudah untuk menjaga ruang rumah adalah membersihkan rumah sepanjang masa. Pastikan tingkap korang dalam keadaan bersih didalam dan diluar untuk membolehkan cahaya matahari maksimum menembusi melalui tingkap ke rumah. Debu juga menghalang cahaya masuk ke dalam ruang rumah korang.
Sedikit petua pembersihan tingkap yang mudah, jangan gunakan alat pembersihan tingkap dengan tuala seperti yang kita biasa lakukan. Sebaliknya, gunakan span dan sabun. Selepas itu, lap tingkap menggunakan squeegee dan polish menggunakan chamois lembut.
Kesimpulannya, ini adalah beberapa tip yang boleh korang ikuti untuk mencerahkan ruang rumah korang sekaligus menjadikan tempat yang indah. Paling penting, perbelanjaan pastinya berpatutan dan tidak memerlukan pengubahsuaian utama yang akan menganggu dompet korang hihi. Korang akan mendapati berapa banyak perbezaan yang besar yang dapat dibuat jika korang mengikuti semua tips ini. Terdapat juga banyak artikel mengenai bagaimana korang boleh mencerahkan ruang korang, korang boleh baca di link how you can brighten up your space.
tq fr yr info
ReplyDeletebest ni info ... nextime kak pip mau cat rumah, kena pilih warna yang betul betul boleh mencerahkan ruang rumah ....
ReplyDeletebagus tips ni...thank u sis sbb share..mau try la utk bilik tidur sy nantii..😊
ReplyDeletebgus ini.. nnti nk masuk umah baru boleh prac kan
ReplyDelete