Doa Susah Tidur | Assalamualaikum, hi semuanya, meskipun sudah larut malam, dunia masih kelihatan sibuk, tidak kurangnya ada yang sudah baring dikatil tapi masih membelek smartphone dan gadget yang lain. Aishh sudah menjadi kebiasaan bukan? Sedarkah kita, bertapa pentingnya tidur yang cukup untuk prestasi kerja yang maksimum pada keesokkan harinya?
Allah SWT menciptakan siang dan malam untuk kepentingan manusia. Siang adalah waktu untuk menghabiskan masa mencari nafkah, malam pula adalah masa untuk istirahat, kerana tubuh kita pun punya hak untuk istirahat.
“Sesungguhnya tubuhmu punya hak atas dirimu. Kedua matamu memiliki hak atas dirimu,” sabda Nabi Saw (HR. Bukhari dan Muslim).
“Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan di siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur(mu) yang telah ditentukan…” (QS. Al-An’aam:60).
Tidur kurang dari 6 jam boleh membawa maut.
Menurut kajian dari London, menunjukkan mereka yang suka tidur lewat berisiko 48% menghidap atau meninggal dunia akibat serangan jantung dan 15% menghidap atau meninggal dunia akibat serangan angin ahmar, bahaya kan? maka dengan itu, sha ingin berkongsi doa bagi mereka yang susah untuk tidur.
Namun tidur yang panjang juga, iaitu lebih daripada 9 jam mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit. Jadi, tidur perlu dijadualkan, waktu siang pun perlu rehat sekurangnya 30 minit, namun kita ditegah untuk tidur selepas waktu asar boleh memudaratkan pada otak kita.
Amalkan hidup sihat, InsyaAllah tidur pun enak hihi
Semoga bermanfaat :)
Insyaallah, terima kasih dengan perkongsian ni sha
ReplyDeletePost a Comment
Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)