Majlis Perkahwinan Sharina dan Azrin | Assalamualaikum, sha baru ada kesempatan untuk update blog walaupun hakikatnya sudah hampir 2 minggu majlis berlalu, maklumlah mood masih pengantin baru hahaha. Alhamdulilah, majlis perkahwinan dikediaman sha, Ran. Sungai Manila dan tempat suami Mini Dewan Balaban, Beluran, berjalan dengan lancar, meriah dan puas hati.
Pertemuan pertama sha dan suami pada raya ketiga 2015 dan bertunang pada 20.2.2016 dirumah sha sendiri, sha juga ingin abadikan kenangan kami ditempat dimana cinta ini mulai bersemi. Sejujurnya sha kenal dengan suami melalui Facebook sekitar 2011, suami terpaut dengan post sha dalam facebook, menjadi stalker tegar blog dan media sosial yang lain, eh sha ada secret admirer ka?? haha
Thanks b jadikan sayang isteri b :) zaman mengurat-ngurat dulu dan selepas bertunang sha dan suami masih lagi guna gelaran pakcik dan babu, lepas kahwin agak kekok sikit. Tapi trust me guys, lepas kahwin bila dah panggil pasangan dengan panggilan manja, lagi best, feel nya sangat berbeza, sebab dah halal kan.
Majlis Nikah - 22.12.2017 | Jumaat | Lepas Asar
Disebabkan ini adalah kali pertama sha menggunakan mekap, muka sha 100% berubah, sha sendiri tidak kenal muka sendiri, so beauty haha..sesuailah dengan impian sha selama ini 'aku akan cantik seperti mana cantiknya orang yang bernikah' cia cia cia..haha, sudah semestinya bakal pengantin mahu kelihatan cantik pada hari pernikahan mereka. kannn..Mekap oleh Nurshiela Chill



Abang sha merangkap wali, yang banyak membantu mengatur majlis perkahwinan adiknya tersayang hahha


Malam Berinai - 22.12.2017 | Jumaat | Lepas Isyak
Masa nikah tu, sha belum lagi pakai inai, pelik kan? haha sebab malam berinai sha buat selepas nikah, waktu ini suami sudah pulang ke rumah pakciknya untuk buat malam berinai masing-masing. Selain berinai, diadakan aktiviti karaoke dan ada hadiah, sha nak ikut tapi sibuk berinai haha. Inai kedua belah tangan dan tapak tangan siap pada jam 11.45pm. Inai oleh Mawar Hitam


Majlis Bersanding - 23.12.2017 | Sabtu | 11.00am - 11.00pm
Rombongan pengantin lelaki dan para jemputan sampai awal dari jadual, sha pula sibuk dimekapkan, jurumekap datang lewat jam 10am disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan sedangkan majlis bermula jam 11am, membuatkan jantung sha bagai nak terjatuh, semuanya belum settel lagi tapi jurumekap sha sangat pro, mengambil masa yang singkat untuk mencantikkan muka sha haha alhamdulilah sha sanding tepat pada masanya.
Mekap oleh Raisa Aisha
Busana dan Pelamin oleh Halim Iskandar
Indoor Photographer Fatni Aisah






Majlis Bersanding Baju Pertama Tema Hijau+Grey






Majlis Bersanding Baju Kedua Tema Biru+Putih






Thanks Blogger Lya dan Suami turut hadir ke majlis perkahwinan sha, nasib nda sesat haha.
Outdoor : sekitar kediaman pengantin perempuan
Sha dan suami tidak sempat untuk keluar mencari tempat photoshot disebabkan rumah sha jauh dari bandar dan keadaan cuaca yang mendung, namun alhamdulilah hasil semua cantik.
Outdoor Photographer Wan D'astroboy




Majlis Bersanding Baju Ketiga Tema Merah+Gold






Majlis Bersanding - 30.12.2017 | Sabtu | 11.00am - 1.00pm
Majlis bertingkuang atau majlis sebelah lelaki dibuat di Mini Dewan Balaban, Beluran, walaupun jurumekap last minit, tapi hasilnya juga buatkan muka sha berubah jadi cantik, tapi suami sha lebih muka suka tanpa mekap hahaha..Mekap oleh 2 orang cousin suami dan gambar oleh adik perempuan suami





Banyak lagi liku-liku kehidupan untuk sha dan suami tempuhi, semoga Allah permudahkan semuanya, terima kasih tidak terhingga pada semua yang menjayakan majlis persandingan kami, halalkan penat lelah selama majlis berlangsung, terutamanya keluarga sha, keluarga mertua, dan kawan-kawan. Terima kasih juga yang mendoakan dari kejauhan, lepas ini doakan pula kehadiran penyeri hidup kami berdua, InsyaAllah..
alhamdulillah..tahniah sha..moga bahagia hingga ke akur hayat...
ReplyDeleteselamat pengantin baru semoga berbahagia hinga ke syurga aminnn
ReplyDeleteBaju kaler putih tu bg kak pip la kan, paling cantik...
ReplyDeleteHehe, kak pip mmg suka kaler2 putih, so asal nampak baju kaler putih, cepat sgt terpikat..
Semoga sha n suami bahagia n kekal hingga ke jannah...
Alhamdulillah, tahniah kak sha. Selamat pengantin baru.. I'm so happy tgok pic2 kak sha.. Cgat comel dan cantik.. Semoga perkahwinan kak sha b'kekalan hingga ke Jannah.
ReplyDeleteSelamat pengantin baru kak sha
ReplyDelete"Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
ReplyDeleteWa jamaah baina kuma fee khair."
Mudah²an ALLAH memberkatkan bagi kamu berdua,
dan Tuhan berkatkan atas kamu daripada langit,
dan Moga² ALLAH himpunkan kamu sebagai suami isteri dalam kebajikan
Selamat pengantin baru. Semoga berbahagia hingga ke Jannah. Aamiin
ReplyDeleteSelamat Pengantin Baru Sha.
ReplyDeleteSorry ndak kesempatan pg majlis.
selamat pengantin baru!
ReplyDeletecantik sgt, org yg jarang makeup sekali makeup mmg naik seri kan!
good luck untk kehidupan sbgai isteri pula :)
selamat pengantin baru,..semoga bahagia kekal ke akhir hayat..amin2
ReplyDelete