February 23, 2018

Aku Bunting Pelamin?

Aku Bunting Pelamin? | Assalamualaikum hi guys, kandungan sha sudah memasuki 2 bulan seiring dengan usia perkahwinan sha dan suami, actually anggaran kiraan lepas dari sha kahwin, masa perut dalam keadaan 'kosong' hanya seminggu, lepas itu dah mula tunjukkan simptom mengandung, cepatkan sha detect haha boleh baca entry sebelum ini Alhamdulilah Im Pregnant. Jadi ramai yang musykil, sha ni dalam kategori bunting pelamin ka tidak?


Apa itu Bunting pelamin?

Menurut blog sweetcherry Bunting pelamin adalah ‘misnomer’. Ia seolah-olah menggambarkan pengantin perempuan telah hamil ketika bernikah dan menaiki pelamin sedangkan bukan itu yang berlaku sebenarnya. Bagi individu yang bunting pelamin, anda akan mendapati usia janin anda akan awal 1-2 minggu sebelum tarikh pernikahan dan mungkin boleh mengundang pandangan seorang orang ramai.

So sha kahwin pada 22/12/17, sha period pada 27/12/17 kalau sha kahwin selepas 14 hari waktu sha period sha memang akan dikategorikan sebagai bunting pelamin, usia kandungan lebih 2 minggu dari tarikh kahwin, tapi sha kahwin sebelum period, so itu kira rezeki awal lah kan? *betulkan sha kalau sha salah ya* then itulah sebabnya sha ada masa seminggu gap antara tarikh kahwin dan usia kandungan. Ini korang kena rujuk balik subjek sains tingkatan 4 haha.

Aku Bunting Pelamin? tidak sebenarnya, cuma kitaran subur sha kebetulan kena pada tarikh tu, alhamdulilah, sha diberi rezeki awal, happy ka tidak? of course happy sebab sha memang nak sangat dapat baby diawal perkahwinan, tapi orang cakap bagus lagi puas-puas honeymoon, haha sekarang sha dah tahu kenapa orang selalu cakap begitu, sebab alahan mengandung sangatlahh hebat, ada masa sha story pasal mengidam dan alahan ya.

Bunting pelamin kah tidak, itu semua ketentuan Allah, yang penting, hubungan kita dengan suami halal dulu ya, jadi zuriat kita pun InsyaAllah jadi soleh dan solehah kelak, amin. 

Doakan sha dan baby dalam perut selamat mengharungi 9bulan 10 hari..hihi

Sekian dari sha dan baby dalam perut hihi

6 comments:

  1. alhamdulillah tahniah rezeki awal..liez kahwin 2010 dan dpt anak thn 2013..Allah swt dah tentukan rezeki dapat anak awalatau lambat je

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah. selamat pengantin baru dan selamat menimbang cahaya mata sis! doakan azah pulak ye. hehe. moga2 baby dilahirkann jadi anak yang soleh solehah penyejuk ayah ibu. allahumma aameen

    ReplyDelete
  3. tahniah sya. seronok nyaa dengar pregnant. rezeki Allah tak pernah salah alamat

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah tahniah sis! :)

    ReplyDelete
  5. betul, bunting pelamin ataupun tak, kesihatan ibu & baby yang utama. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)