Cara Jimatkan Masa Melipat Pakaian | Assalamualaikum, hi guys melipat pakaian adalah suatu pekerjaan yang membosankan malah membuatkan orang melihat pakaian yang membukit boleh menyumbang kepada tekanan perasaan, terutamanya kepada golongan suri rumah dan ibu-ibu yang bekerjaya. Melipat pakaian akan menjadi jimat apabila korang tahu caranya, mari sha nak share dengan korang Cara Jimatkan Masa Melipat Pakaian.
Semasa kecil, melipat pakaian adalah rutin pekerjaan sha. Sehingga kini sha juga tidak lari dari pekerjaan tetap ini, lebih-lebih lagi sha sudah mengalas sepenuhnya jawatan suri rumah tangga selepas mendirikan rumah tangga bulan 12 tahun lalu.
Cara Jimatkan Masa Melipat Pakaian
1. Pilih masa yang sesuai - Melipat pakaian adalah aktiviti yang memerlukan mental yang tinggi, apabila korang melipat pakaian dalam keadaan penat, maka terbakarlah pakaian tersebut. Masa yang sesuai untuk melipat kain adalah waktu malam dan subuh, dimana waktu begini suasana agak tenang dan damai.
2. Asingkan pakaian - Mula melipat dengan jenis pakaian yang sama contohnya habiskan melipat baju dahulu baru seluar, diikut dengan pakaian kecil, dan letakkan ke dalam bakul mengikut susun mengelakkan pakaian bertabur.
3. Guna Hanger - Banyakkan penggunaan hanger dalam almari korang ini kerana ianya dapat membantu penjimatan masa dan kelihatan kemas berbanding dengan lipatan baju. Juga dapat mengelakkan baju berselerak apabila hendak cepat pergi kerja.
4. Melipat sambil tengok TV - Melipat juga sangat membosankan, jadi ambil masa korang tengok TV sambil tangan melipat pakaian, aktiviti ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa melipat pakaian sebelum habis rancangan TV tersebut.
5. Jangan bertangguh - Lipat sebaik sahaja pakaian di ambil dari jemuran, elakkan sikap bertangguh selagi mood masih ada, duduk dan mula tarik satu persatu pakaian dalam bakul tadi.
6. Ajak suami dan anak melipat kain - Tentu seronok bila aktiviti melipat pakaian ini dibuat bersama keluarga, bahagikan tugas anak dengan mengajar dia terbalikkan baju dan seluar budak dan ajak suami lipat benda yang tidak complicated seperti cadar atau tuala.
7. Upah orang melipat pakaian - Kerja hakiki membuatkan kurangnya masa untuk melipat pakaian, tapi terpaksa cari jalan untuk memastika rumah sentiasa kemas. Jadi, korang boleh upah adik/kakak untuk menolong melipat pakaian, tidak semestinya bayar dengan duit, tapi boleh juga belanja makan, atau masakkan makanan kegemaran mereka.
8. Hantar dobi - Self service dobi juga ada service melipat pakaian, hantar pakaian kotor korang dan ada penjaga dobi tolong korang settlekan selebihnya termasuklah melipat pakaian, anggaran melipat pakaian dalam RM2-4 untuk seorang.
Itu sahaja Cara Jimatkan Masa Melipat Pakaian dari sha, selebihnya tawakal banyak-banyak haha, tapi biasanya lepas habis melipat pakaian, kepuasan adalah reward terbaik untuk diri sendiri, sebab berjaya habiskan berbakul-bakul, selamat mencuba dan semoga berjaya hihi
no 4 tu umpama sambil menyelam minum air..kiki
ReplyDeleteSelalunya time lipat kain ni masa semua orang lain dah tidur. Kalau sambil tengok tv memang tak jala sangat..hehe
ReplyDeletekak fiezz tak suka kumpul baju menimbun dlm bakul..kering je baju, terus angkat..terus lipat..gituuu..
ReplyDeleteSamalah, lepas angkat terus lipat, tak la kain menimbun2 ....
Deletekak fiezz tak suka kumpul baju menimbun dlm bakul..kering je baju, terus angkat..terus lipat..gituuu..
ReplyDeleteInfo yang bagus.. Sesuai sangat buat mummy yang malas lipat kain ni..hehhe
ReplyDeleteselalu lipat baju sambil tengok movie
ReplyDeletekalau ada duit takde masa elok sgt upah org atau hantar dobi kan... tak penat.. hehe
ReplyDelete