Resepi Berbuka Puasa - Burger Sardin | Assalamualaikum, hi korang selamat berpuasa, alhamdulilah hari ini sudah puasa yang ke 15, tidak terasa cepatnya ramadhan berlalu, bagi korang yang masih tidak putus untuk membuat resepi berbuka puasa didapur sendiri, tahniahh, bukan mudah untuk tahankan hati lagi-lagi nak beli belah dekat bazaar ramadhan, maklumlah setahun sekali kan..hihi so hari ini sha nak kongsikan Resepi Berbuka Puasa - Burger Sardin
Comel kan? kalau korang nak tahu, ini adalah kali pertama sha buat makanan kegemaran sha ini, hihi dah berlaki baru nak berjinak-jinak buat kuih hasil tangan sendiri nak bagi suami makan lah kan..dapat pahala hihi. Ok sha kalau pergi bazaar mesti akan beli RM1 kuih burger sardin ini, tapi sha buat kuih ni memang puas hati, inti sardin banyak dan timun fresh punya, lagi kriuk kriuk bila dimakan hahaha.
Bahan-Bahan :-
4 cawan Tepung gandum
1/2 paket yis mauripan yang telah dikembangkan dengan air suam
3 sudu gula pasir (blend gula biasa)
1 sudu majerin (sha pakai minyak masak)
2 sudu susu tepung (sha pakai susu cap junjung)
Sedikit garam
Sedikit air untuk mencanai doh
Untuk inti sardin; Masak sardin bersama bawang putih, bawang besar dan sedikit garam
Cara buat :-
- Campurkan dan kacau sehingga larut yis bersama gula pasir, biarkan sehingga berbuih
- Masukkan tepung, buatkan satu lubang ditengah tepung tadi, masukkan majerin, susu tepung, garam, adunkan dengan sedikit air untuk menjadikan satu doh
- Biarkan sehingga 30-40minit, selepas itu, tumbuk perlahan doh tersebut untuk hilangkan angin
- Buat bentuk mengikut saiz kesukaan sendiri dan biarkan doh mengembang.
- Panaskan minyak dan goreng burger dengan api perlahan
- Apabila kekuningan, toskan burger tunggu sehingga sejuk baru belah 2 (jangan belah sehingga putus)
- Masukkan inti sardin dan timun
Untuk satu doh boleh buat sehingga 10-15 biji burger, so puas hati bila masak sendiri kan..jom try..selamat berpuasa :)
sedapnya
ReplyDeleterajin sha buat..:)
ReplyDeleteCiktie pun suka juga kuih mini burger ni hehe. Buat sendiri memang lagi puas hati kan
ReplyDeleterajinnya sha buat doh ...
ReplyDeletewahhh rajinnya sha buat :D
ReplyDelete