June 6, 2018

Jana Pendapatan Dari Rumah Dengan BolehCompare

June 06, 2018 5 Comments
Jana Pendapatan Dari Rumah Dengan BolehCompare | Assalamualaikum, hi guys, salam ramadhan yang ke 21, sedar tak sedar kita semakin menghampiri bulan kemenangan umat Islam setelah berpuasa selama sebulan, mesti para suri rumah amnya berpusu-pusu membuat kuih raya, shopping baju raya dan shopping kelengkapan rumah dan sebagainya, nak cari duit lebih tak?? meh sha nak share dekat korang cara jana pendapatan dari rumah dengan BolehCompare :)


Apa itu BolehCompare?

Pada sha, ianya adalah laman web yang membantu pengguna mencari produk dengan perbandingan harga yang paling kompetitif, dimana pengguna dapat menjimatkan masa dan wang. Dengan adanya laman web sebegini pengguna lebih berhati-hati dalam pemilihan produk yang melibatkan ketidaksesuaian harga dan kekurangan sesuatu produk berkenaan.

BolehCompare menawarkan service ini secara percuma, jadi korang boleh bandingkan harga, kebaikan dan keburukan sesuatu produk bila-bila masa, dimana sahaja korang berada.

BolehCompare bandingkan Produk, antaranya :-

1. Broadband - Lebih dari 70 perbandingan dibuat setakat ini, korang boleh bandingkan kelebihan dan kekurangan dari segi Contract, Data Quota, Max Speed, dan Cost, kan dah jimat masa korang, selain itu juga korang boleh jimat duit hihi.



2. Postpaid Plan - Biasanya kalau postpaid plan akan sekali dimasukkan ke dalam pakej dengan upgrade mobile phone, so inilah masa korang bandingkan phone apa sesuai dengan telco yang mempunyai kelebihan serta plan yang terbaik.

Korang boleh buat 3 perbandingan antara plan untuk menentukan plan sesuai dengan korang punya penggunaan sebulan, seperti gambar dibawah.


Tapi kalau nak sim kad sahaja, korang boleh klik pada Telco > Postpaid Plan (Simcard only), sama seperti postpaid plan diatas cumanya, hanya buat perbandingan untuk bayaran sebulan, data, call dan sms sahaja, mobile phone tiada, jimat sikit kan kalau sudah ada mobile phone tinggal pilih telco terbaik sahaja.

3. Bank - Terbahagi kepada 3 perbandingan iaitu Card Credit, Home loan dan Personal Loan, sebenarnya part loan ini memang popular dikalangan kita, si peminjam, al-maklumlah, nak cari bank yang sesuai kena dengan kadar interest yang rendah, dalam web site BolehCompare ini disenaraikan bank yang memang sesuai dengan jangka masa long term atau short term pinjaman korang untuk korang plan berapa bayaran balik. Ikut kemampuan ya..


4. Insurance - Semestinya insurance sangat penting sekarang ini, baby dalam kandungan pun, parent dah boleh apply insurance tau, so dah boleh start untuk mencari perbandingan insurance terbaik untuk anak kita. Lagi satu, takdir menimpa ahli keluarga amnya kita sebagai pekerja, kos hospital kena tanggung, so insurance medical boleh bantu 100%, tapi kena banding betul-betul kotlah kan ada insurance yang tidak cover 100% tu, rugi tau.



Begitu juga dengan asset korang, seperti kereta, korang boleh renew dekat website ini, wow senang kan? renew secara online ja, jimat masa caranya korang hanya perlu isi borang seperti gambar dibawah.
Jana Pendapatan Dari Rumah Dengan BolehCompare

Sha dah terangkan secara menyeluruh tentang website ini, maka dengan itu mari sha nak share dekat korang cara menjana pendapatan pula, ish ish senang ja goyang kaki duit masuk zaman sekarang ni kan..hihi

1. Pergi ke laman web >> BolehCompare

2. Isi details korang pada link diatas


Sesudah berjaya sign up, secara automatik, korang akan mendapat RM100 sebagai bonus tapi untuk redeem bonus ini korang kena mencapai RM200.

3. Sign in dan pergi ke PROMOTE NOW



Copy link dan share dimedia sosial korang, buat caption menarik untuk pelanggan korang mahu klik dan seterusnya sign up produk yang korang share tadi. Tips fokus kepada produk yang tengah hangat orang cari sekarang, contohnya postpaid plan, insurance dan personal loan.


Sesudah pelanggan korang klik pada button pink diatas gambar, mereka akan mengisi satu borang untuk register. 

4. Lepas itu korang boleh semak status langganan mereka tadi di Lead Status pada portal utama

5. Klik Button Sales untuk lihat berapa komisen yang korang dapat

Senang bukan? so apa tunggu lagi jom Jana Pendapatan Dari Rumah Dengan BolehCompare >>Klik sini :)

June 5, 2018

Segmen 24 Jam Bloglist #30 Mialiana.com

June 05, 2018 4 Comments

Pencarian bloglist bagi bulan Julai, Ogos dan September 2018 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 5 Jun 2018, iaitu tepat jam 9.00 pagi sehingga hari esok, 9.00 pagi 6 Jun 2018. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #30 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2018.

** jom support Mia Liana....